ⓢⓔⓜⓑⓘⓛⓐⓝ ⓑⓔⓛⓐⓢ

207 8 2
                                    

Bunyi detikan nadi yang bergerak secara lancar pada mesin itu membuatkan aku tersiksa. Tangan masih lagi erat mengenggam wanita yang masih belum sedarkan diri ini.

Sudah dua bulan berlalu. Dua bulan juga tiada perubahannya. Masih kekal dalam keadaan kaku begini. Rasanya masa berdetik begitu lama. Sangat lama sehingga aku rasa aku juga sudah tidak sanggup hidup.

Pintu yang dibuka dari luar membuatkan aku mengangkat kepala. Sisa air mata disapu laju. Aku tersenyum kepada orang tersebut. Huluran yang diberi kepada aku disambut.

"Macam mana?" Tanyanya sambil mengusap kepala Sya yang bertudung.

"Macam ni la. Masih kaku dan tak bergerak macam mula mula masuk dulu" balas aku sambil menyusun barangan yang dibawa Eda di atas meja sisi katil.

"Sya, apa khabar kau hari ni? Sorry sebab tak dapat melawat selalu sebab aku sibuk sikit dengan urusan kolej. Wah kau semakin berisi la." Gurau Eda walaupun dia sudah sedia maklum dengan keadaan Sya kini. Sebentar sahaja dia menarik senyuman panjang sebelum ianya mati.

"Weh. Bangunlah. Bukak mata kau tu. Weh Sya." Seru Eda lagi sebelum menggenggam kuat tangan kanan Sya dan menangis di birai katil bertentangan dengan aku.

Aku bangun dan keluar dari wad itu. Mungkin Eda mahukan masanya sendiri dengan Sya. Aku mengeluh perlahan sebelum menduduki kerusi yang ada diluar wad. Aku menundukkan kepala bertongkatkan tangan.

Tepukan lembut di bahu aku menyebabkan aku mengangkat kepala. Aku melihat lelaki yang baru sahaja duduk di kerusi sebelah aku.

"Bro. Allah datangkan satu satu ujian kepada hambanya kerana Dia tahu hambaNya mampu tempuhi. Dia tahu kau dengan family mampu galas ujian ni. Dia sayangkan family kau. Mesti ada hikmah disebalik semua yang terjadi ni. Percayalah" Aku mengangguk dan tersenyum nipis kepada lelaki itu.

"Thanks Hafiz. Kau dah banyak tolong Sya. Kau tak pernah skip pon datang melawat Sya. Aku tahu kalau Sya dapat tahu dia pasti gembira. Yelah first love dia datang selalu tengok dia." Aku tersengih mengusik Hafiz. Mukanya dah naik merah padam.

"Apalah kau ni cakap macam tu pulak. Aku datang sebab free. Selagi aku ada kudrat aku datang. Aku tak mengharap apa apa pon" dia memperlahankan suaranya menghabiskan ayat tersebut. Aku tahu dia masih cintakan Sya.

"Tapi aku tak sangka kau sanggup sakitkan Sya masa kecil dulu kan? Tangan adik aku sampai berdarah tau" aku memandang lelaki itu dengan muka geram manakala dia pula hanya tersengih.

"Alah aku bukan sengaja. Masa tu syaitan hasut aku kot. Aku pon tak sangka sampai tahap berdarah semua. Bunga yang aku bakar tu pulak sebab aku tak nak Sya terus berharap dengan aku. Aku takut sebab masa tu kami masih kecil. Ni kau tengok." Dia mengeluarkan dompetnya. "Gambar dia aku simpan dalam ni tau." Dia menunjukkan gambar Sya semasa perempuan itu masih kecil di dalam dompetnya.

Bunyi pintu dibuka dengan mengejut membuatkan aku berpaling ke Eda yang sedang menayangkan muka yang sukar aku tafsirkan.

"Panggil doktor" tanpa berfikir, aku terus berlari ke kaunter jururawat. Meminta kehadiran seorang doktor.

Setelah jumpa doktor tersebut, aku mengikuti doktor yang berjalan mendahului aku. Masuk sahaja ke dalam bilik itu, aku sudah melihat Eda menangis dan Hafiz meraup mukanya.

"Cik dan Encik sila keluar dulu ya." Kami bertiga dihalau keluar oleh seorang jururawat.

"Apa yang dah jadi?" Eda yang sedang tak senang duduk itu aku tanya.

"Jari Sya bergerak lepastu dia tiba tiba macam menggelupur. Saya terkejut sebab tu saya suruh panggil doktor." Dia mula berjalan kehulu dan hilir.

Dalam masa 10 minit juga, doktor dan dua orang jururawat keluar dari bilik itu. Wajah doktor itu yang tersenyum turut mendapat balasan senyuman dari aku.

"Macam mana keadaan adik saya dok? Ada apa apa berita baik ke?" Aku sangat mengharap. Mengharap Sya kembali tersenyum macam dulu.

"Alhamdulillah pesakit sudah sedarkan diri berkat doa kepada Allah s.w.t. Cuma saya perlu bercakap secara personal dengan ahli keluarga pesakit. Boleh ikut saya ke bilik?" Doktor itu kembali seriouskan mukanya. Hati aku mula gundah. Aku hanya ikut langkah doktor itu.

"Kenapa doktor?" Tanya aku selepas mengambil tempat di hadapan doktor lelaki ini.

"Keadaan Cik Syafiqa parah. Hasil daripada tembakan tu dan beberapa jenis ubatan yang dimasukkan ke dalam badan dia, dia mengalami lumpuh separuh badan. Lumpuh separuh badan ni boleh sembuh kalau pesakit sendiri yang berusaha untuk sembuh. Mungkin akan ambil masa yang lama tapi dengan sokongan orang ramai insya-Allah penyakit ini boleh sembuh." Aku tidak dapat bercakap lagi. Air mata tetap jatuh dan aku mengesat laju.

"Ubat apa maksud doktor? Setahu saya adik saya tak makan ubat sesuka hati selain dari ubat yang doktor dahulu bekalkan" tanya aku untuk mendapatkan kepastian.

"Ubat tu saya dapati dia ambil dalam masa yang lama. Mungkin bukan dia yang ambil tetapi penculik yang culik dia yang buat kerja ni. Dekat tempat kejadian tempoh hari, pembantu saya ada jumpa sampel ubat yang dimasukkan dalam badan adik awak." Terang doktor itu lagi. Aku sudah menyirap hingga ke atas. Dah masuk penjara tapi masih menyusahkan orang di luar ni.

"Jadi apa yang perlu saya buat sekarang doktor?"

"Kamu dan keluarga hanya perlu beri sokongan yang kuat kepada pesakit. Pesakit mungkin tidak akan mudah untuk terima kenyataan pada awalnya, tapi lama kelamaan dia akan terbiasa. Jangan tinggalkan dia seorang diri kerana mungkin dia akan lakukan benda yang berbahaya. Yang penting sekali kamu kena bantu dia untuk sembuh, yakinkan dia supaya dia teruskan hidup" pesan doktor itu lagi sebelum aku mengangguk dan meminta diri untuk keluar.

Diluar bilik doktor itu aku menelefon umi dan abah. Gembiranya umi sehingga termenangis dia disebelah sana. Mereka akan sampai tak lama lagi. Aku menguatkan diri menuju ke wad Sya semula. Aku kena kuat!

Aku masuk ke dalam wad dengan senyuman dan mendekati Sya. Nampak matanya mengeluarkan air hangat. Aku sapu air matanya itu.

"Terima kasih Sya" aku ucap ditepi telinganya. Dia hanya mengangguk. Pegangan tangan aku tidak dilepaskan.

Aku melihat Eda yang sudah bermandi air mata disebelah sana sambil tangannya juga digenggam erat oleh Sya. Hafiz pula lebih senang bersandar pada dinding wad.

"Hafiz call Danial. Cakap Sya dah sedar." Arah aku sebelum tangan aku ditarik kuat oleh Sya. Aku berpaling dan dia menggelengkan kepalanya. Aku memandang dia pelik.

"Kenapa tak nak bagi abang call Danial?" Sya hanya menggeleng. Aku memandang semula ke Hafiz dan hanya menurut permintaan Sya. Hafiz meletakkan semula telefonnya kedalam poket.

"Aaa..bang ke..ken..apa Sya t..tak ra..rasa kak..ki Sya?" Aku menelan air liur kesat mendengar soalan Sya. Hafiz dengan Eda pula turut memandang ke arah aku juga.

"Sya kena banyak berehat. Awak masih lemah. Nanti lama lama okay la tu" aku hanya jawab soalan dengan jawapan selamat buat masa ini. Tidak sanggup tengok Sya nangis lagi.

Dia mengangguk lalu memejamkan matanya. Sedar sedar dekuran halus mula kedengaran. Aku mengeluh lega.

"Apa yang doktor cakap?" Aku, Hafiz dan Eda mula menjauhi Sya. Aku menggaru dahi kerana tidak mahu memulakannya bagaimana.

"Doktor bagitahu yang Sya lumpuh. Lumpuh separuh badan. Yang mana kaki dia memang tidak akan berfungsi langsung tapi jangan risau sebab lumpuh ni akan pulih cuma ia akan ambil masa. Kita kena always support dia. InsyaAllah dia akan semakin cepat sembuh."

Kini pandangan kami bertiga menghala ke Sya yang sedang lena itu. Aku berasa sangat serba salah. Sebab nak selamatkan aku dia yang jadi mangsa. Aku dayus! Aku lembik!

____________

_17 MAY 2019_

LELAKI ITU ✔Where stories live. Discover now