ⓔⓜⓟⓐⓣ

318 10 3
                                    

Dua hari masuk hospital rasa macam bertahun tahun. Mana taknya asyik makan sindiran manis bak tebu je kerja aku sepanjang dekat hospital oleh Danial. Tahu la kau benci aku tapi tak payah la tunjuk sangat.

"Cepat la jalan tu. Slow macam kura kura la kau ni. Kura kura pon cepat lagi dari kau" bidas Danial yang sudah berada jauh dariku.

"Tadi saya nak balik kolej naik grab awak tak bagi. Lepastu awak nak banyak cakap pulak. Dah la saya nak balik dengan grab. K bye " kataku lalu berjalan ke arah stesen bas yang berada berdekatan dengan pagar hospital. Application grab dibuka.

"Semalam aku ada baca dalam phone yang seorang penumpang grab kena rogol oleh tukang yang bawak grab tu. Rasanya dekat dekat sini jer dan kau tahu tak yang pemandu tu masih belum ditangkap??" Serentak bulu romaku naik. Dia ni betul ke?? Seram la pulak. Dah la dia cakap dekat dengan telinga aku.

Aku pandang belakang dimana Danial sedang berjalan menuju ke keretanya. Aku lajukan langkah berjalan sebelah Danial. Apa dia ingat aku tak nampak muka dia merah tengah tahan ketawa.

Sepanjang perjalanan,aku hanya mendiamkan diri. Tak nak cakap. Kang kalau buka mulut ada sahaja yang ingin dibahaskan. Telefon berbunyi. SyahmibuahhatiEda calling.

"Hello assalamualaikum" aku terlebih dahulu memberi salam. Aku nampak yang Danial mendekatkan dirinya kearahku dengan meletakkan tangan kirinya di penghadang antara kami. Kepala pon disengetkan mendekatiku. Kau dah kenapa bang??

Peluang ni peluang. Aku pon turut mendekatkan diriku dengannya. Ruang diantara kami sekarang hanya aircond yang boleh lalu. Masa untuk mencemburukan sang jejaka sombong ni.

"Sya dah balik la. Sorry tak sempat nak bagitahu. Mesti dah susahkan awak kan?? Nanti kita jumpa di kolej sahajalah." Suara sengaja dimanjakan. Sorry Eda aku pinjam kekasih kau sekejap.

"Okay bye wak love you....muahhhh" sengaja aku menguatkan bunyi ciuman di hujung talian. Sebenarnya masa love you muah tu Syahmi dah letak. Bukan aku tak nampak yang stereng tu dah macam nak patah empat. Galak dalam hatiku sedang ketawakan muka Danial dah nak bertukar hijau.

"Siapa call" suara Danial seperti menahan sesuatu.

"Pakwe" jawab aku selamba. Tapi tidak bagi Danial. Laju sahaja di berhentikan keretanya mengejut dibahu jalan. Kepala aku terhantuk dekat dashboard kereta. Sakit weh!!! Nak bunuh aku ke??

"Kau dah kenapa hah!? Kau nak bunuh aku ke? Kalau tak nak aku tumpang kau cakap ajalah. Aku boleh keluar" dah hilang saya awak. Tak ada maknanya lagi aku nak bercakap dengan dia lagi lepas ni. Pintu kereta aku buka. Aku keluar dengan hati yang panas. Dahi bengkak lagi.

Macam cerita cerita melayu pukul 7,kebetulan sebuah teksi datang dan aku terus naik. Aku nampak Danial keluar dan kejar teksi yang aku naik. Padahal kereta ada kan?? Yang kau keluar tu kenapa? Naik la kereta kejar. Biasalah tipikal hero dalam cerita melayu tv3

Sampai kolej,hostel aku tuju. Yang pertama kena tuam ais dulu dekat dahi ni. Peti sejuk mini yang aku berkongsi dengan roommate aku buka. Aduh ais pulak tak ada. Eda jer la harapan.

Dalam 5 minit Eda sampai dengan membimbit seplastik besar ais. Bapak banyak. Kau nak bagi dekat orang sebelah jugak ke??

"Banyak nya kau beli. Kau nak buat kenduri ke??" Tanyaku sambil tangan tengah cari tuala kecil dalam almari.

"Weh!!! Kenapa dahi kau biru?? Siapa pukul kau?? Bagitahu aku biar aku tai chi dia. " kata Eda lalu menunjukkan gaya tai chi dia dekat aku. Macam mentadak. Mentadak mentadu macam mana sajat tidur?? Oky bye

"Ala aku terhantuk tadi. Tak nampak ada pokok lepastu aku main lompat lompat dan kau tahu la kan apa jadi lepas tu." Sorry Eda aku terpaksa tipu kau. Tangan aku lincah melipat tuala yang berisi ais sebelum dibawa ke dahi.

"Weh Sya. Terangkan dekat aku kenapa Syahmi ada hari tu. Dan macam mana dia boleh kenal kau??" Dah agak dah. Aku ingat kan dah lost memory.

"Panjang cerita nya. Tapi aku akan pendekkan. Macam ni kau pergi baca bab 2. Kat sana aku ada tulis macam mana aku boleh jumpa dengan dia"

"Tapi aku rasa bodoh sangat sebab boleh minat dekat dia. Dia tak pernah pon suka dekat aku masa high school. Kakak aku yang sekelas dengan dia pon jarang bercakap dengan budak braces lebih besar dari gigi tu." Eda menayangkan muka sedih.

"Ala kau ni lek la. Minat dekat jantan tu tapi menyindir bukan main eh" sindirku.

"Abang Aliff kirim salam" kata Eda dan menyebabkan aku tersedak air liur.

"Macam psiko je aku nampak dia tu. Kau jangan rapat sangat weh dengan jantan macam tu. Kang sebab dia kita putus kawan. Lelaki ni lebih dasyat dari perempuan tau." Pesanku. Sungguh aku bimbang. Rapat je dua orang ni. Macam belangkas aku tengok

"Aku mana ada rapat dengan dia. Kau la tak layan dia. Aku pula jadi mangsa buruan dia. Habis benda dia nak korek pasal kau. Tapi aku kan jenis yang tak suka cerita dekat orang yang baru aku kenal."

What?! Gila betul jantan tu. Dengan ini saya berjanji tidak akan menghumbankan diri saya ke dalam sangkar buaya mahupun harimau lagi iaitu dekat Danial atau Aliff psiko.

"Kau termenung apa?? Hah kau balik dengan apa tadi?? Aku nak pergi ambik kau tak nak" eluh Eda sambil mengacau air milo yang baru dibancuhnya semasa aku termenung tadi.

"Aku balik dengan teksi tadi tapi kan Eda aku rasa Syahmi tu berkenan dekat kau la. Pandangan mata dia masa dekat hospital haritu lain macam. Macam 'dah lama tak berjumpa rindu rasa hati ingin ku bertemu denganmu' Hah macam tu"
Pantas aku tukar topik. Siap masukkan lirik lagu lagi.

"Tengkorak kau. Entah entah dia meluat jer dengan aku. Aku jer yang bodoh tergila gila dekat dia. Dia mesti perasan kan?? Tapi yang peliknya kakak aku cakap dia pemalu. Pelik kan??"  Terang Eda lalu mencelupkan biskut pula dalam air milo. Amboi buat macam bilik sendiri nampak. Kang roommate aku balik tak ke naya. Sudah la orangnya pembersih

"Pemalu??? Are you sure?? Aku nampak macam tak tahu malu jer masa sekolah dulu. Jalan macam menteri. Dongak kepala bagai. PM pon jalan berbongkok" jelingan maha tajam diberi kepadaku.

"Kau ni pon kalau nak mengata pon jangan la depan janda dia ni. I pon ada hati perasaan okay" merajuk pula janda si Syahmi ni. Mulut kata tak nak tapi hati siapa tahu kan

_16 NOVEMBER 2017_

LELAKI ITU ✔Where stories live. Discover now