ⓣⓤⓙⓤⓗ ⓑⓔⓛⓐⓢ

205 10 1
                                    

"Lagi tiga hari wedding Danial kan? Abang pergi dengan Eda ke? Bila abang nak bagitahu perkara sebenar dekat Eda? Abang,abang dengar tak apa Sya tengah membebel ni?" Aku menggoncang kuat bahu Syahmi yang tengah tersengih sengih sambil bermain phone. Tadi dia jugak yang semangat ajak aku tengok movie tapi sekarang?

"Iya abang dengar. Nanti kalau abang rasa dah ready abang story la dekat dia. Buat masa sekarang boleh tak jangan kacau abang? Abang tengah busy ni. Oo so sweet" dia terus tinggalkan aku yang terpinga pinga lepas dia cakap so sweet tu. Apa kena dengan lelaki ni sebenarnya? Macam macam tau.

PIN PIN!!!

Hon motor dipicit beberapa kali oleh orang diluar. Aku memakai tudung sebelum keluar ke arah bunyi di luar rumah tersebut. Aku keluar dari pagar rumah aku. Aik tak ada orang pulak. Siapa yang hon tadi?

Aku berjalan masuk kembali ke dalam kawasan rumah. Baru sahaja aku mahu membuka semula pagar,aku terasa tubuhku diheret dari belakang. Mulut aku ditekup dan muka ku ditutup dengan plastik hitam lalu aku diheret kedalam sebuah kenderaan.

Aku meronta untuk diminta dilepaskan. Aku ditendang diperut lalu aku berhenti meronta. Kesakitan diperut aku sudah cukup membuatkan aku seperti sudah hampir kehilangan nyawa. Akhirnya aku pitam dan imej terakhir aku lihat melalui plastik itu ialah muka Aliff Firhad.

"UMI! Abah! Mana Sya? Syahmi nak ajak dia keluar tapi Syahmi tak nampak dia." Syahmi mengambil kunci kereta yang berada di penyangkut kunci di belakang pintu.

"Entahlah Syahmi. Umi rasa di keluar tadi. Mungkin ada dekat luar bersembang dengan jiran sebelah" Umi keluar sebelum menuju ke dapur sambil mengikat tali apron yang tengah dia pakai.

Aku mengintai langsir yang terdapat di sliding door untuk menjenguk Sya. Sudahlah wanita itu masih belum sembuh sepenuhnya, lagi mahu keluar bersembang dengan jiran. 

Tubuh Sya yang ditarik masuk ke dalam van yang betul betul berhenti dihadapannya itu membuatkan bukaan mata aku menjadi semakin besar. Laju sahaja langkah kaki mendekati pintu utama dan tanpa memakai selipar aku mengejar van itu. Aku sempat mengambil nombor plat kenderaan itu. Setelah aku merasa sudah kehabisan tenaga, aku berehat ditepi jalan. Jauh juga aku berlari mengejar van tersebut. Aku melepas lelah di sebuah tiang sighboard.

Smart phone aku keluarkan dan membuat panggilan. Setelah dua cubaan panggilan telefon tidak diangkat, cubaab ketiga aku diangkat dengan suara serak abah. 

"Assalamualaikum Syahmi. Kenapa ni call abah banyak banyak kali? Abah tengah solat tadi"

"Sya abah! Sya!" aku menjerit tidak keruan. 

"Kenapa dengan Sya? cuba cakap biar terang sikit. Abah tak faham" suara abah sudah bertukar risau. 

"Dia kena culik!" aku mengucapnya dengan satu lafaz. Aku mengelap peluh yang sudah menitik di dahiku.

"Astaghfirullahalazim Syahmi. Macam mana dia boleh kena culik pulak? sekarang kamu dekat mana?" tanya abah kalut. Aku yakin yang abah sudah tidak senang duduk sekarang ni.

"Syahmi sekarang tengah berhenti dekat jalan besar sekarang ni. Syahmi tak sempat nak kejar van tu. Laju sangat dia pecut. Sekarang ni abah jangan buat apa apa lagi. Tunggu Syahmi balik dan kita bincang dulu. Syahmi rasa Syahmi tahu siapa punya angkara ni" Aku kata bersungguh. 

"Baiklah Syahmi. Balik cepat nak. Keselamatan Sya penting untuk kita semua" Sesudah menyampaian pesanan, abah mematikan panggilan antara kami.

Baru sahaja aku ingin memulakan perjalanan pulang, sebuah kereta berwarna merah darah berhenti dihadapan aku.

"Syahmi! Kau nak kemana dengan selipar tak pakai ni? " tanaya orang didalam kereta. Aku sedikit menunduk untuk memandang orang tersebut. Danial rupanya.

LELAKI ITU ✔Where stories live. Discover now