Surprise(?)

13 0 0
                                    

"Mana Ion nie...dia lupa bahawa dia janji nak jumpa aku hari nie lagi ke?"

Mary mundar mandir di taman itu..hari ini dia menyuruh Ion menjumpainya di taman untuk meraikan hari jadinya...dan Ion berjanji untuk datang tetapi sampai sekarang Mary tidak melihat batang hidung si Ion..

"dia lupa ke hari ini hari jadi aku.."

Mary menundukkan kepalanya memandang rumput seolah rumput adalah perkara yang paling menarik di dunia baginya..3 jam sudah dia duduk di situ..menunggu kehadiran sang kekasih yang entah berada di mana..Mary mendongak ke langit untuk mengelakkan air matanya jatuh..dan saat dia mendongak ke langit,setitis hujan jatuh ke mukanya..

"huh..dia tak akan datang..aku yakin itu.."

Mary berangkat dari bangku sebelum hujan turun semakin lebat..sungguh dia kecewa dengan Ion..memang Ion selalunya lambat saat perjumpaan mereka..tetapi kali ini Ion sudah melampau..dia tidak datang terus...dan itu sungguh membuat Mary kecewa dengan Ion..setelah sampai di rumah,Mary segera menuju ke biliknya dan  merebahkan diri di atas katil..Mary memandang syiling biliknya yang dipenuhi dengan pelekat bintang yang dilekatnya bersama Ion..
.
.
.
.
.
.
.
'Dia tak cintakan aku lagi ke?

Kerana kali terakhir aku mendengar ucapan cintanya adalah...

Saat dia meluahkan cinta padaku..

Dan itu adalah 1 tahun lepas..

Tepat hari lahirku yang ke 24..

Adakah dia dah bosan padaku?

Ke dia cinta aku hari tu je?

Bukannya aku nie obses nak dengar kata cintanya..

Tetapi aku hanya ingin tahu adakah dia masih mencintaiku..

Kerana selama ini dia tidak pernah menunjukkan rasa cintanya padaku..

Kerana setelah menjadi pasangan kekasih...

Dia melayanku seperti biasa..

Seperti kawan baiknya..

Tidak ada perubahan..

Betulke dia mencintaiku?

Atau dia hanya ingin menunaikan janjinya padaku waktu kecil dahulu?

Aku keliru..

Betulke dia masih mencintaiku?

Aku ingin tahu..

Kerana aku takut kehilangannya..

Dan yang paling penting..

Kerana aku cinta separuh mati terhadapnya..'
.
.
.
.
.
.
.
"huh...aku sudah membuat keputusan.."

Mary menggapai telefonnya dan menelefon Ion..

"Hello.."
"Ion?"
"Mary?..ada apa?..boleh cepat..aku sibuk nie.."
"huh..baiklah..Ion..aku rasa kita memang sepatutnya tidak bersama..mungkin kau sudah muak terhadap aku..mungkin aku ini membosankan..dan aku tidak layak untuk mendampingi lelaki sebaik kau..aku tidak tahu adakah kau memang betul mencintai aku atau tak..tetapi aku sudah penat Ion..kau tidak pernah mengucapkan atau membuktikan bahawa kau mencintai aku..atau mungkin kau tidak pernah mencintai aku..jadi sebelum aku menhabiskan ucapanku..aku ingin kau tahu bahawa aku cintakan kau..begitu cinta sampai aku takut kau tidak mencintaiku..mungkin dengan melepaskan aku kau akan bahagia..oleh itu..mari kita pu-"

Tutt..
Tutt..
Tutt..

Belum habis ucapan yang keluar dari mukut Mary,Ion memutuskan panggilan itu secara sepihak..Mary mengeluh..mungkin Ion memang tidak pernah mencintainya..Mary melepaskan telefonnya..Mary menutup matanya dan air mata mengalir perlahan dari matanya..Mary menangis..kerana hatinya begitu sakit..melepaskan orang yang begitu kau cintai tidak mudah..kerana kau akan merasakan sakit yang sukar untuk diucapkan..tetapi untuk melihat kebahagiannya..dia sanggup menahan rasa sakit itu..perlahan,Mary mula memasuki alam mimpi...mungkin efek kerana menangis,penat dan hujan yang seolah menyanyikan lullaby untuk mengubati hatinya..
.
.
.
.
.
.
.
.
Tokk!!
Tokk!!
Tokk!!

Mary terbangun mendengar bunyi bising di tingkapnya..dengan langkah yang mamai,dia membuka tingkapnya..dan dia yang pada mulanya masih mengantuk menjadi segar melihat Ion yang berdiri di depan rumahnya dalam hujan lebat..

"Ion!!apa yang kau buat!!"
"Mary!!izinkan aku menemuimu!!"

Tanpa berfikir dua kali,Mary berlari menuju pintu dan segera keluar menemui Ion..dia mengambil payung dan berlari menuju ke arah Ion..

"apa yang kau buat bodoh!!kau boleh demam tahu tak!!"
"aku tak peduli jika aku demam disebabkan kau..aku tak peduli jika kau memanggilku bodoh berkali-kali..tapi aku takut jika kau menangis disebabkan aku..aku takut kau terluka disebabkan aku..dan aku takut kehilangan kau..kerana aku sesungguhnya sangat mencintai kau..bukannya aku tak mahu mengucapkan kata cinta dan menunjukkan rasa cintaku padamu..tetapi aku tidak tahu bagaimana caranya menunjukkan dan mengucapkan cintaku kepadamu kerana kau adalah cinta pertamaku..aku memang bodoh kerana membuat kau berfikir bahawa aku tidak mencintai kau..tetapi ketahuilah bahawa aku juga cinta separuh mati pada kau..dan panggilan kau itu membuatkan duniaku hampir musnah..oleh sebab itu,aku segera berlari menemui kau dari bandar..aku takut kehilangan kau..dan aku takut mendengar kata putus dari kau..tolong...jangan pergi dari hidupku.."

Ion memeluk Mary..Mary terpaku..dia tidak tahu bahawa Ion mencintainya lebih dari dirinya mencintai Ion..dan payung yang ada ditangannya terlepas dari tangannya saat dia merasakan ada sesuatu yang hangat di bahunya..Ion menangis..dengan segera,Mary membalas pelukan Ion..

"maaf Mary...maaf..."

Ion tidak berhenti mengucapkan kata maaf..

"aku mencintaimu.."
"aku juga.."

Ion melepaskan pelukannya dan menatap ke dalam anak mata Mary...Mary tersenyum..

"tetapi kenapa kau tidak datang hari ini?"
"aku ingin mengadakan surprise birthday party pada kau tepat pukul 11 malam nanti..tetapi saat mendapat panggilan dari kau,aku meninggalkan segala rancangan untuk surprise party itu dan menemui kau dengan segera di sini.."

Mary terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Ion..

"ma..maaf..."
"tak apa.."

Ion mengeluarkan sesuatu dari poketnya..Ion menggapai tangan Mary dan menyarungkan sesuatu di jari Mary...

"cin...cincin?"
"ya..sebenarnya hari ni aku ingin melamar kau setelah surprise party itu tamat di depan semua keluarga kita..tetapi batal juga.."
"ma..maaf sekali lagi.."
"tak apa..sungguh..sepatutnya aku yang minta maaf..maaf tidak seromantis yang kau impikan..maaf kerana sering membuatmu terluka..tetapi,sudikah kau menjadi isteri kepada lelaki yang bodoh dan mencintaimu separuh mati ini?"

Ion melutut di depan Mary dan mengecup lembut cincin yang ada di jari Mary..

"ya.."

Dengan segera Ion membawa Mary masuk ke dalam pelukannya..tidak mempedulikan hujan yang membasahi badan mereka,mereka berdua tetap memeluk satu sama lain untuk menyalurkan rasa cinta mereka yang begitu hangat..semoga mereka akan bersama selama-lamanya..
.
.
.
.
.
.
.
.
#theend
#thelonersquad

Cringey tak?
Suwit tak?
Jeles tak😂
Haha..takpe..author pun jones(jomblo ngenes) jugak..
Dan nampaknya makin panjang pulak😂
Rate ?/10 untuk tahap keromantisannya ya..
Vote and comment..

Sweet Short Story Where stories live. Discover now