Sweet

12 0 0
                                    

"Cinta itu seperti gula-gula..

Manis je rasanya..

Tetapi,

Manis itu tidak berkekalan...

Dengan perlahan,

Ia akan menghilang bersama dengan pelbagai makanan yang kita makan...

Bukan itu sahaja..

Ia akan meninggalkan kesan yang baik juga buruk kepada manusia..

Begitu juga dengan cinta..

Pada mulanya ia akan manis..

Tetapi pada akhirnya ia akan pahit..

Kerana cinta meninggalkan kenangan manis dan pahit kepada kita..

Tetapi jika memang kita sudah berjodoh,

Manisnya akan tetap berkekalan di dalam kepahitan itu...

Seperti gula-gula,

Ia akan meninggalkan kesan yang manis di dalam mulut kita walau sudah habis...

Jika tidak ada yang mengacaunya..."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"hari nie lemon?"
"hmm...kenapa?"
"masam..tak nak.."

Alice membuat muka saat Zack menolak pemberian gula-gulanya lagi dengan pelbagai alasan...

"tak nak sudah!!"

Alice menyimpan semula gula-gula lemon yang diberinya kepada Zack..dia berjalan sambil menghentakkan kaki menuju ke tempat duduknya...seperti biasa..adegan itu sudah tidak menarik perhatian rakan sekelasnya kerana setiap pagi adegan itu berulang..kadang-kadang mereka bingung..betulkah si Alice dan Zack itu pasangan kekasih..kerana Zack sering menolak pemberian Alice dan melayan Alice seperti bukan kekasihnya...dan Alice pula sering menjerit di hadapan Zack seolah mereka berdua sedang bergaduh sedangkan situasinya berbeza...keduanya pernah berlovey-dovey selama 2 bulan pertama mereka berdua menjadi kekasih...dan selepas 2 bulan itu,Alice sering memberi gula-gula pelbagai rasa dan sering ditolak oleh Zack..semenjak itu,mereka berdua sering melakukan perkara yang sama seolah-olah mereka adalah musuh..tetapi yang dihairankan oleh kesemua warga sekolah adalah mereka berdua tidak pernah mengeluarkan kata putus untuk satu sama lain..sehingga kini sudah 3 tahun mereka bersama..
.
.
.
.
.
.
.
.
"Alice.."
"Ahh...Roy?asal?"
"tak..aku just nak tanya..kau dan Zack tu masih tak berdamai?"
"huh?maksud kau?"
"maksud aku..korang sering bergaduh..setiap hari pulak tu..tak penat ke..dan Zack tak pernah pun terima gula-gula yang kau beri tu.."
"hahahahaha!!"

Roy mengernyit hairan melihat Alice yang ketawa tak ingat dunia..lawak ke apa yang dia kata tadi?

"aku serius lah..asal ketawa.."
"Seriously,lawak giler lah yang kau kata tu..dengar ya Roy..dan explain ini kat orang lain kalau diorang tanya..aku dan Zack itu tak pernah gaduh..dan buat pengetahuan kau,Zack adalah lelaki yang paling romantik yang pernah aku tengok..."
"maksud kau...romantik?kenapa selama nie dia dingin je kat kau?"
"dia tu bukannya dingin kat aku..dia just gugup..kau tahu tak bahawa si Zack tu sebenarnya pemalu..yang lawaknya,kami dah bersama selama 3 tahun..dan dia masih malu-malu dekat aku.."
"ehhh?!!!"
"Dia saja buat macam tu sebab nak cover malu dia..haha..korang memang dah kena dengan dia.."

Alice ketawa besar melihat wajah dumbfounded Roy..

Duk!!

"auchhh..sakit!!"

Alice menggosok kepalanya dan melihat siapakah insan yang begitu kejam memukul kepalanya..rasa geram di dalam hatinya hilang ditukar dengan perasaan yang berbunga melihat wajah si pelaku..

"ahh..Zack!!"
"balik.."
"ok.."

Alice berdiri dari duduknya..sebelum beredar,Alice mengambil sesuatu dari poketnya dan meletakkan sesuatu itu di depan Roy..dia membungkukkan sedikit badannya dan wajahnya berada dekat di hadapan Roy..

"dan dengar ya Roy...si Zack tu tak suka makanan manis..dan orang yang memberi gula-gula itu sebenarnya Zack..aku pura-pura tak tahu...dan aku sengaja memberinya gula-gula itu just nak sakat dia..hehe..oklahh..dadah!!"

Alice meninggalkan Roy yang masih membeku di tempat duduknya..selama ini mereka tersalah sangka dengan Zack dan sering bersimpati dengan si Alice..sepatutnya mereka melakukan yang sebaliknya..Roy melihat pemberian Alice tadi...

"gula-gula lemon?"

Dia mengambil gula-gula tersebut lalu melihat dua pasangan sejoli itu..dia melihat Alice yang kini mengalungkan tangannya pada tangan Zack dan menceritakan sesuatu yang nampaknya tidak dipedulikan oleh Zack...dan tidak lama kemudian,dia melihat Zack yang memandang Alice yang masih berbicara dengan gembiranya dengan pandangan yang lembut dan tersenyum lembut ke arah Alice yang masih berceloteh..sungguh selama ini mereka tidak pernah mengira Zack yang kurang tersenyum itu boleh tersenyum dengan lembutnya pada si Alice..sungguh ajaibnya kuasa cinta..

"arghhh!!!sakitnya kehidupan jomblo ini!!"

Roy...seusungguhnya author faham perasaanmu😂
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan pada masa yang sama,Alice yang masih bercerita tiba-tiba berhenti..

"Hey Zack...kau jeles kan Roy bercakap dengan aku tadi?"
"jangan merepek.."

Bukk!!

Sekali lagi dengan kejamnya Zack memukul kepala Alice dengan bukunya..

"kejam!!nasib sayang...hmpphh.."

Zack tersenyum kecil melihat Alice yang mengembungkan pipinya tanda merajuk..Zack mengecup sekilas bibir Alice lalu berjalan di depan Alice dengan segera sambil tersenyum melihat Alice yang masih membeku..

"arghh!!Zack kau buat aku jatuh cinta lagi!!"

Alice memeluk lengan Zack mengikut langkah Zack untuk balik ke rumah...

"aku tahu kau jeles dengan si Roy tu kan Zack..."
"jangan merepek.."
"awww..my hubby malu.."

Alice terus mengusik Zack kerana dia suka melihat wajah Zack yang memerah apabila diusik..sungguh..Zacklah lelaki yang paling romantik baginya..dan dia bersyukur Zack tidak menunjukkan sikap itu pada orang lain..biarlah orang fikir Zack tiada perasaan kerana hanya dia yang boleh melihat sisi manja kekasihnya..dan kisah cinta mereka seperti gula-gula yang sentiasa manis...walau orang tak dapat melihat manisnya ketika ia sudah habis,tetapi kita dapat merasakan manisnya yang masih tersisa...
.
.
.
.
.
.
.
.
#enddenganpeliknya
#thelonersquad
#jangankecam

Haha..seriously suka dengan watak Alice yang gila2 tu..dan Zack yang dikira cool tetapi pemalu ituu..
Arghhh..sakitnya single.. (menangis di hujung penjuru bersama Roy)😂

Sweet Short Story Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang