Bab 1

19.6K 465 15
                                    

Mia Kaisara sempat lagi mengelamun diatas motosikal LC merahnya.Hailah..Jam tangan dikerling sekilas.Pukul 7.50 pagi..Masuk kerja pukul 8 pagi.Mia meneruskan lamunan saat motosikalnya berhenti ketika lampu isyarat merah.Fikirannya menerawang memikirkan keluarganya.

'Aku kena cari kerja yang ada gaji tetap ni..Nak kena bantu ummi dan baba..Angah lagi nak masuk U'

Getus hatinya.Otaknya ligat berfikir.Kotlah..Teringat ada tempat yang memerlukan pekerja.

"Kedegang!"

Mia terjatuh dari motosikalnya.Terpejam matanya akibat sakit yang teramat pada kakinya.Bunyi derap kaki mendekati dirinya tak dihiraukan.Sakit ni!!Takkan nak pergi berhai pulak!Mia mencelikkan mata.Matanya sempat tertancap pada motosikalnya yang sudah terbalik.Ada calar juga.Kurang ajar!Siapa yang rempuh dia?Tak nampak ke lampu isyarat merah?

Rasa panas hatinya!

"Kau dah kenapa tak jalan lagi lampu isyarat dah bertukar hijau?Buta warna ke?!"

Sergahan itu membuatkan Mia mendongak.Mulut cibai siapakah?Bila masa pula lampu isyarat tu bertukar warna?Mia mengagahkan diri untuk bangun.Walaupun terasa kakinya macam terseliuh.

"Eh!Yang awak tu tak tahu nak break kenapa?!"

Mana boleh dirinya saja disalahkan!Mencerlung mata Mia memandang lelaki berkaca mata hitam dihadapannya.Walaupun perlu mendongakkan kepala sebab lelaki itu tinggi maa..Kacak.Getus hati kecilnya.Eh!Tak payah puji!Kacak buat apa kalau perangai macam kucing Pak Akob jiran sebelah rumah aku yang selalu melepas bahan merata!Pangkas otak Mia.

"Nak break kenapa pula?Kau tu yang tak jalan?Kau rabun warna ke?Silalah pakai kanta..Takut kau punya SPM terjejas pula nanti!"

Sinis sekali kata-kata lelaki itu.Mia memeluk tubuh.Selendang kelabunya dibetulkan.Senget!Dia kata aku calon SPM?Salah dengar kot..

"Yang awak tu rabun jauh ke?Tak nampak saya ni tak sempat nak jalan?Saya nak jalanlah tu..Tak perlulah rempuh bagai!!Kalau saya mati tadi memang awak kena bayar insurans!Saya ada insurans tau!!"

Mia menjegilkan matanya yang bundar.Nampak lelaki itu macam nak gelak.Tapi ditahan.

"Dah aku ingat kau nak jalan!Lain kali ambik lesen ye,dik..Ingatkan insan yang tersayang..Adik ni baru sekolah menenggah,jauh lagi tu perjalanan."

Mia jadi geram!Hola!!Aku dah umur 24 tahun dah tau?!Mia sudah bercekik pinggang.Wajah lelaki itu dipandang macam nak ditelan.

"Hello!!Saya nak awak bayar apa-apa tentang moto saya ni!Termasuk saya!"

"Kau ni baru sekolah menenggah dah biadap..Mak bapak kau tak pernah ajar ke?"

Berdesing telinga Mia.Dia mengetap gigi.Eee!!Apa ni mention mak bapak?Mia mendekatkan dirinya pada lelaki mulut biadap itu

"Hey!!Saya ni dah umur 24 lah!!"

Nampak lelaki itu terkejut.Mia mendengus seraya mengangkat motosikalnya.Kang tak pasal-pasal jam pula jalan sebab mereka bergaduh.Sempat lagi Mia menjeling lalu menutup cermin helmetnya.LCnya memecut laju.Bodoh punya mamat!!

*********

Mia masuk ke dalam kedai bunga itu dengan muka masam 14.Nina merenungnya pelik.Peliklah tengok sahabatnya tercapik-capik masuk ke dalam kedai itu.Sahabat baiknya didekati

"Kaki kau kena apa tu?"

Mia duduk di sofa.Kakinya diurut.Tadi pun dia bawa slow je moto.Sakit juga kakinya.

"Aku jatuh moto tadi"

Terkejut beruk Nina.Dia pantas duduk disisi rakannya.Buku lali kaki Mia nampak merah juga.

"Kau pergi kliniklah..Risau pula aku..Nanti masuk angin pula.."

Mia mencebik.

"Katanya nak ke klinik waktu lunch ni"

Nina menampar bahu Mia.

"Aku tolong minta cuti dekat Puan Zita nanti..Kau baliklah naik teksi..Meh,kunci moto kau..Nanti aku bawa balik."

Mia menghulurkan kunci motonya.Dia mengerutkan dahi.Sakit juga.

"Kau nak aku call Ziyad ke?"

Mia terus mendongak.Pantas sekali dia menggeleng.

"Tak payah..Dia dah banyak tolong aku sekeluarga..Menyusahkan pula..Time kerja sekarang ni."

Nina hanya buat bodoh.Dia tetap mendail nombor telefon Ziyad.Mia mendengus.

"Keras kepala punya kawan"

Nina tersengih sambil mengakhiri perbualan.

"Dia kata 5 minit nanti dia sampai.Risau gila suara dia..Untunglah kau.."

Mia buat-buat tak dengar.Dia mengurut kakinya.Aduh..Sakit..

********

Ziyad menolak daun pintu lalu menerpa ke arah gadis yang dicintainya.

"Mia!Macam mana boleh jadi macam ni?Dah-dah jom kita ke klinik.Macam nak bengkak kaki tu.Boleh jalan?"

Mia mengerling sahabatnya yang sudah mengekek ketawa.Ishh!Bertuah punya kawan!Mia tercapik-capik bangun lalu melangkah.

"Boleh jalan lagi..Biasa je"

Ziyad menuruti langkah Mia.Keluar sahaja dari kedai bunga itu,dia membuka daun pintu kereta Mercedez Banz hitamnya.Mia masuk.Ziyad masuk ke tempat memandu.Enjin kereta dihidupkan lalu kereta itu laju meluncur laju membelah jalan.Hening yang membaluti segenap ruang di dalam kereta itu menimbulkan rasa tidak selesa buat Ziyad.

"Macam mana boleh jadi macam ni,Mia?Risau abang..Mia jatuh ke?"

Mia mengerling wajah lelaki tampan itu.Risau bagai..Inilah Ziyad Hakim,terlalu mengambil berat tentangnya dan keluarga.Mereka sudah kenal lebih pada 5 tahun.Kawan rapat.Sehinggakan Ziyad membahasakan dirinya abang kerana tua 2 tahun dari dirinya.

"Saya okay..Tadi adalah jatuh moto masa nak datang kerja..Sikit je"

Ziyad menoleh memandang gadis cantik disisinya.

"Sikit Mia kata?Sampai lebam macam ni?Ya Allah..Mujurlah tak teruk lagi"

Mia mendiamkan diri.Dia masih tidak membahasakan lelaki itu abang kerana baginya,tak nak bagi harapan palsu..Macam dia tak tahu jejaka itu menyimpan perasaan padanya.

*************

Mia merebahkan diri ke atas katil.Kakinya yang berbalut itu ditenung.Dia mengeluh.Telefon Samsungnya berbunyi.Mesej.

'Assalamualaikum..Kaki Mia macam mana?Sakit lagi tak?'~Ziyad

Mia mencebik.Dia memang tak suka menerima budi orang...Alah..Macam umminya selalu kata..Kerana budi badan binasa..Kang dia buat aku jadi isteri dia tak ke naya?Desis otaknya.

'Waalaikumsalam..Jangan risaukan saya..Kaki saya okay.'~Mia

Mia menunggu SMS masuk

'Oh,okay..Abang dengar Mia nak cari kerja yang gaji tetap..Dekat pejabat kawan abang ada jawatan kosong sebagai arkitek binaan..Kan dulu Mia ada PhD dalam bidang ni?'~Ziyad

Mia tersenyum.Arkitek!Memang dia teringin sangat nak bekerja macam tu!

'Ye ke?Mereka buat sesi temuduga bila?'~Mia

Mia mula memikirkan jawatan itu.Tak salah mencuba nasib kan?

'Tak salah abang bulan depan kot sebab dia punya arkitek bersara hujung bulan ni..Dia saja iklan awal..Takut tak sempat'~Ziyad

Hah!Okay sangat tu!Sempat kakinya okay dulu!

'Okay juga tu..Boleh saya mencuba nasib..Okaylah..Saya nak tidur..Bye,assalamualaikum'~Mia

'Waalaikumsalam,Mia'~Ziyad

#thanks sebab sudi baca..Sorry kalau tertypo..Sila vote and comments..🙈🙈

Sayangku Cik Arkitek ✔Where stories live. Discover now