SAYANGKU CIK ARKITEK RAYA

6K 190 28
                                    

MIA memandang tajam wajah kacak Syafiq yang sedang memeluk tubuh duduk di atas sofa yang menghadap kaca televisyen dengan wajah yang tenang. Alahai! Sakit hati dia melihat ketenangan di wajah suaminya itu. Nasib kacak, kalau tak dah lama dikasi penampar sulung. Cis!

"Abang!!" Jerit Mia nyaring. Nasiblah rumah banglo itu kukuh binaannya jikalau tidak sudah runtuh dek penangan suara nyaring Mia. Teriman kasih kepada arkitek yang melakar rumah tersebut.

Mia mencebik geram dengan muka sebek. Dia segera berlari anak berdiri menghalang pandangan Syafiq daripada menonton TV.

Syafiq tersenyum senget. Anak mata biru kehijauannya membalas rendungan mata hitam isterinya yang memanah tajam ke arahnya.

"Yes, my lovely wifey?" Suara hots itu menembusi gegendang telinga Mia. Mia mencebik.

"Jom lah pergi beli baju raya..." rengek Mia sambil berwajah sebek. Misya sudah terlena di dalam bilik mereka berdua.

Syafiq menjungkit keningnya. "Abang malaslah sayang.. Lagipun sayang tu larat ke berjalan? Dengan usung perut besar tu lagi.. Dah macam mak buyung dah abang tengok,"

Mia mengetap gigi. Matanya disepetkan. Kecil besar kecil besar sahaja dia melihat suaminya tika itu. Segera dia berlari menerkam tubuh sasa Syafiq biarpun jejaka itu sudah berumur lebih 30 tahun.

"Sampai hati abang cakap macam tu dekat sayang? Abang yang mengandungkan sayang! Abang yang buat sayang jadi mak buyung. Abang jangan nak perli-perli sayang." Mia membaling bantal pada sofa tepat mengenai dada bidang Syafiq.

Syafiq ketawa terbahak-bahak sambil tangannya menepis serangan bertubi-tubi daripada si isteri.

"Dah sayang, cukup.. Letih dah abang ni ha," Syafiq masih lagi ketawa. Mia menjeling tajam wajah Syafiq.

"Okey. Kasi tahu abang sekarang. Sayang nak shopping barang raya apa lagi? Bukan semuanya dah cukup ke? Sayang bukannya larat jalan pun. Dah sarat sangat dah ni," ujar Syafiq sambil merangkul pinggang Mia. Perut besar Mia diusap penuh kasih sayang.

"Alah.. Sayang nak beli baju raya untuk Misya lagi," terjongket kening kanan Syafiq mendengar kata-kata isterinya.

"Sayangku cik arkitek, Misya tu dah ada lima pasang baju raya tau? Banyak dah tu. Buat apa nak beli banyak-banyak dekat dia? Membazir ajelah sayang. Misya tu kecil lagi. Nanti bila dah besar, mana boleh pakai dah baju tu semua," panjang lebar Syafiq membebel sehingga berkerut-kerut keningnya.

Mia memeluk tubuh. "Sejak bila Syafiq Danish yang sayang kenal ni jadi kedekut tahap tahi hidung pahit ni? Dengan anak sendiri kan? Kita hanya ada Misya je bang. Takkanlah dengan anak sendiri pun nak berkira?" Bebel Mia sambil mencebik.

"Ya Allah sayang.. Membazir tu amalan syaitan tau? Anak kita tu dah ada lima pasang baju raya tau? Terlebih daripada cukup dah tau? Ni ha, abang ni ada sepasang je baju melayu. Itupun yang tahun lepas punya," Syafiq merenung wajah isterinya.

"Alah.. Kalau bukan untuk Misya pun, untuk sayang pun okey juga. Alah abang.. Jomlah.. Sayang nak beli baju raya. Alah, yang trend terkini tu ha!" Mia menarik-narik lengan berotot Syafiq.

Syafiq memejam matanya seketika sebelum dibuka semula. "Allah.. Sayang dah ada lapan pasang baju raya, sayang. Dah lebih daripada Misya dah ha.. Buat apa beli banyak-banyak? Allah tak suka tau orang membazir ni semua,"

Mia mencebik. "Nak baju raya juga! Huaaaa!" Mia menghamburkan tangisan nyaringnya membuatkan Syafiq terpejam mata rapat seraya menutup telinga.

"Sayang, tolonglah jangan buat perangai macam budak-budak! Sayang tu dah besar. Dah tiga puluh tahun dah. Malu je kalau Misya tengok," Syafiq mengusap rambut Mia sambil menggeleng kepalanya.

Sayangku Cik Arkitek ✔Where stories live. Discover now