Bab 56

5.3K 191 14
                                    

Mia melangkah laju menghampiri Mikail,Syafiq dan baba yang berada di persisiran pantai.Sudah selesai menjala ikan.
Mia menahan kemarahannya.Sakit hati!

Dia sedaya upaya memaniskan muka.

"Baba..Umi dah siapkan minum petang.."

Mikail mencebik.

"Mesti akak tak tolongkan?Akak kan pemalas!Abang Fiq!Kak Mia ni pemalas tau..Pemalas ya amat!"

Mia menjegilkan mata.Sekilas dia memandang wajah Syafiq yang sedang mengukir senyuman pada dirinya.

"Pandai je kamu,Mika!Akak buat kuih seri muka dengan ketayap tau...Karipap pun ada..So..Disebabkan Mika kata macam tu dekat akak,Mika tak usah makan!"

Mia menjeling Mikail.Geram dengan adiknya itu.

Mikail menarik muncung sedepa.Mahunya tidak,kuih kegemarannya tu

"Dah..Jom balik..Nanti menunggu pula umi dekat rumah tu.."

Sela baba.Mikail dan Syafiq mengatur langkah mengikut langkah baba.Mia pantas menarik lengan suaminya membuatkan Mikail dan baba menoleh.

"Baba dengan Mika baliklah dulu..Mia ada benda nak cakap dengan suami Mia."

Baba dan Mikail mengangguk serentak.

"Kakak jangan nak dating dekat sini,eh!"

Mikail segera melarikan diri setelah mengenakan kakaknya.Baba menggeleng seraya mengikut langkah Mikail.

Jauh sahaja baba dan Mikail daripada mereka,Mia merenung tajam wajah kacak suaminya.

Syafiq berkerut.Hairan.

"Sayang nak cakap apa dengan abang?Mustahak sangat ke sampai tak boleh cakap dekat rumah?Ke..Anak papa rindukan papa?"

Syafiq tersenyum kecil seraya ingin menyentuh perut Mia namun ditepis kasar oleh Mia.

Syafiq tersentak.Walaupun sedikit berkecil hati,Syafiq tetap cuba melorekkan senyuman manis buat isterinya.

Hatinya sudah berasa tidak sedap.

Ya Allah..

"Puaskan permainan awak selama ini?"

Sinis kedengaran suara Mia.Dia tersenyum sinis.

Syafiq masih belum faham.

"Permainan?Permainan apa pula ni,sayang?"

Mia menutup kedua dua belah telinganya sambil menggelengkan kepala beberapa kali.

"Jangan awak panggil panggilan itu!Benci!"

Syafiq cuba merangkul Mia ke dalam dakapannya namun sekali lagi dada bidangnya di tolak kasar.

Disebabkan badannya agak tegap dan sasa,dia tidak berganjak.

Mia menjerit.Tension!

Air matanya bertakung di tubir mata.

"Sudah puas awak sakitkan hati saya?!Selama ni awak kahwin dengan saya sebab mama dan papa nak menantukan?!Disebabkan saya ni nampak macam dungu awak pilih saya kan?!Jawab,Syafiq Danish!"

Syafiq mencekak rambutnya.Stress.

"Apa yang Mia mengarut ni?Abang kahwin dengan Mia sebab abang cintakan Mia!Abang sayangkan Mia!Kenapa Mia selalu meragui cinta abang pada Mia?!"

Mia tak dapat membendung air matanya.Air matanya menitis satu persatu dan mengalir deras.

"So..Apa ini semua?"

Mia menunjukkan chat Whatsapp daripada Sofia.

Syafiq berkerut.Sejak bila?

Dia tak mengerti dengan corak permainan dan muslihat Sofia.Hadiah?Pernah ke sekarang dirinya memberi hadiah kepada gadis itu?Serasanya tidak.

Apa yang Sofia mereka reka cerita ini?

Sengaja mahu meruntuhkan rumah tangganya kah?

Berbagai soalan menujah akal fikirannya.

"Answer,Syafiq!"

Syafiq tersentak daripada lamunan.Wajah lecun isterinya dipandang penuh pengharapan agar Mia tak termakan fitnah yang ditaburi oleh Sofia.

"Sayang.."

Syafiq cuba merangkul Mia namun seperti biasa,Mia menolaknya.

"Saya sudah letih dengan kisah antara kita ni..Saya seolah boneka yang awak permainkan..Saya cukup bodoh kerana mempercayai awak...Saya rasa sayalah wanita paling malang kerana pernah bertemu dengan awak!"

Syafiq tersentak.Hatinya bagaikan dilayangkan sebilah pedang.Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Air matanya bertakung di tubir mata.Dia cuba kuat.Tidak mahu menanggis di hadapan Mia.

"Syafiq..Awak dengar sini jelas jelas..Selepas saya lahirkan baby saya..Saya nak awak lepaskan saya..Biarkan saya bersama anak saya."

Hati yang masih berdarah dan luka itu diperisakan pula dengan limau dan garam.Syafiq terkelu.Dia tak dapat menahan air matanya.Setitis mengalir di pipi.

Mia merenung anak mata biru kehijauan milik Syafiq.Mata indah lelaki itu sudah merah.

Sama ada bengang ataupun sebaliknya.

"Awak jangan sesekali titiskan air mata murahan dan palsu awak untuk mengaburi permainan ini semua!Awak tak mungkin dapat meraih kepercayaan saya semula!"

Bentak Mia.Biarlah dirinya dilabel isteri derhaka pun..Asalkan hatinya puas dengan melepaskan apa yang berbuku di hati.

Syafiq tergemap.

"Listen to me,Syafiq Danish...I hate you and always hate you..Rumah tangga kita ni memang dah tak boleh nak teruskan..Saya mohon sangat supaya awak hentikan permainan awak dan lepaskan saya..Biar saya kecapi hidup saya tanpa dipermainkan oleh awak lagi"

Mia mencampak Iphone itu ke pasir pantai.Dia segera mengorak langkah ke hujung pantai.Ingin melepaskan apa yang ingin dikatakan.

Syafiq memandang sayu langkah Mia dari arah belakang.

Air matanya merembes membasahi pipi cerahnya.

Dia menanggis teresak esak sendirian ditemani deruan angin pantai bersama kicauan burung yang mendayu dayu.






Hey..Jangan lupa vote comments and share😊☺😉😍😘

Sayangku Cik Arkitek ✔Where stories live. Discover now