Bab 20

6.9K 291 1
                                    

Mia terbatuk batuk.Mukanya sudah sembap.Pintu diketuk sebelum wajah uminya tersembul di depan pintu.Puan Melah membawa dulang berisi nasi ayam air tangannya

Mia mengemaskan balutan selimut.

Puan Melah duduk dibirai katil.

"Mia..Meh makan sikit..Dari pagi tadi Mia tak makan apa apa...Mia jangan macam ni,nak.."

Puan Melah mengusap rambut Mia yang panjang.Mia tersenyum hambar.

"Mia tak lapar"

Mia terbatuk batuk lagi.Kali ini batuknya semakin kuat bunyinya.Tanpa sedar..

Darah keluar dari mulutnya.Mia mengesat.Puan Melah pantas mendakap anaknya.

"Nanti Mia melarat lagi.."

Esakan uminya membuatkan Mia tersenyum hambar.Walaupun tak semekar dulu.Wajahnya pucat lesi.

"Mia tak lapar..Jangan paksa Mia!"

Mia sudah menanggis teresak esak.

"Ya Allah..Anak umi..Kenapa Mia jadi macam ni?Mia makan sikit..Mia kena kuat..Lawan penyakit batuk berdarah tu..Abang Ad ada kirim wang untuk rawat Mia"

Mia menolak Puan Melah.Dia menggeleng

"Biar Mia mati daripada terima duit dia!"

Mia mengangkat kedua dua belah lutut lalu memeluknya.Wajahnya disembam ke lutut.Puan Melah tak dapat membendung perasaan sedihnya.

Dia menanggis teresak esak.

"Umi izinkan Mia kawan dengan Syafiq..Tapi dengan syarat Mia makan sikit"

Mia menggeleng

"Baba tak bagi Mia kawan dengan dia!"

Bunyi pintu dikuak membuatkan Mia mendongak.Wajah bengis babanya membuat dia kembali menyembam muka ke lututnya

"Kenapa Mia degil sangat ni?!Baba tak izinkan Mia berkawan dengan anak Raizal!Baba tak kira!Balik saja kita ke Malaysia...Baba nak nikahkan Mia dengan Ad!Jangan bangkang!"

Mata Encik Yahya tajam menikam wajah anak sulungnya.Puan Melah pantas bersuara sambil memeluk anaknya

"Abang!Kenapa buat Mia macam ni?!Biarlah dia nak kawan dengan anak Raizal sekali pun..Mereka sekeluarga pun baik..Tak pernah dendam dengan kita selepas apa yang terjadi..Sekarang ni abang yang berdendam!"

Puan Melah memandang suaminya.Mia mendongak.Wajahnya sudah basah dengan air mata.

Encik Yahya mendengus.

"Kamu diam,Melah!Ini urusan kami je!Abang tetap tak izinkan Mia kahwin dengan si Syafiq tu!Muktamad!!"

Mia menjerit kuat.Habis dulang berisi pinggan kaca nasi ayam terbalik dan pecah disebabkan dia.

"Biar Mia mati!!Mia tak akan pergi hospital kalau baba dan umi tak izinkan Mia kawan dengan dia!!!Mia benci baba!!!"

Pang!

Mia terjelepok lemah di atas katil.Dia menanggis teresak esak.Babanya banyak berubah selepas tahu siapa Syafiq.Puan Melah sudah memeluk Mia

"Abang!Mia ni sakit tau!Kita kena cepat rawat dia..Nanti melarat..Abang tu tambahkan kesakitan dia..Biarlah dia nak cintakan siapa pun..Hati dia!"

Encik Yahya mendengus seraya melangkah keluar berserta hempasan pintu yang kuat.

Mia menanggis sekuat hati.Membiarkan air matanya mengalir sederas yang mungkin.Puan Melah menarik anaknya ke dalam pelukan

"Syu...Umi faham perasaan Mia..Syuu..Jangan nanggis..Mia sayang..Makan sikit ya?Lepas tu Mia makan ubat?"

Mia memeluk uminya.

Hanya uminya memahami dirinya..

Dan..Hanya uminya menyayanginya..

*************

Suasana di pejabat hening sekali.Sara mengeluh perlahan.Dia mencapai telefon pejabat lalu cuba mendail nombor Mia.

Tutt...Tut..

"Hello?Assalamualaikum..Ni Mia ke?"

Sara menyoal.

"Mia tidur nak..Ni siapa?"

Suara macam umi Mia.Gerutu Sara

"Ni Sara..Kawan penabat lama dia.Sajalah call..Nak tahu dia..Lama tak dengar khabar berita..Dia sihat auntie?"

Bunyi keluhan berat.

"Hmm..Sihat..Auntie nak pergi dulu.Ada hal"

Tutt..Talian putus.Sara mengeluh.Dia kesian melihat bossnya.Murung je sejak dua menjak ni.

Macam mana ni?Setiap kali dia call mesti suara orang tua je angkat.Bukan Mia.

Sara mengeluh panjang

Dia memang dulu nak sangat tengok bossnya bersama Mia..Sebab nampak sepadan sangat..Bukan dengan Sofia.

Mia lebih baik..Perangai pun baik..Tak sombong walaupun dia sangat cantik bak bidadari.

Sofia ni angkuh..Bukannya cantik pun..Over je lebih..

Kutuk Sara.


#Sila tekan bintang di bawah..sorry kalau tertypo.

Sayangku Cik Arkitek ✔Where stories live. Discover now