Semangat Mayat

87 2 0
                                    

#SemangatMayat
#Part3

Tajuk : Semangat Mayat

📖📖📖

Perjumpaan tenaga pengajar dengan pelajar akan dibuat hari ini. Semuanya berkumpul di dewan depan. Seramai 5 orang guru dan 20 orang pelajar akan memasuki kawasan hutan untuk sesi pendakian. Pelajar akan dibahagikan kepada empat kumpulan. Dalam satu kumpulan ada 5 orang. Puas memilih, akhirnya Remy, Liyana, Rania, Naufal dan Erika berada dalam satu kumpulan.

Perjalanan bermula hari ini. Di orang semua mula mendaki di satu kawasan hutan. Di dalam bas yang suda kena sewa, Liyana duduk dekat Remy. Dia boleh nampak muka tida puas hati Remy bila nampak Rania dan Naufal yang begitu mesra. Sampai di kawasan hutan, di khemah dipasang bagi memudahkan semua pelajar. Satu khemah untuk pelajar lelaki dan satu lagi untuk pelajar perempuan. Lepas pasang unggun api, Remy duduk di tebing sungai. Liyana duduk di sebelah Remy.

“Aku tau apa yang kau sedang fikir, Remy. Tapi, kalau betul kau anggap Rania kawan kau, jangan cuba buat benda yang tida baik pada dia...” Liyana cuba bagi nasihat.

“Jangan cuba ajar aku, Yan. Aku tau apa yang aku buat...” Malas Remy mau layan Liyana. Setiap apa yang dia cuba buat mesti Liyana dapat hidu. Entah. Macam perisik pun ada dia di situ.

“Kau kawan aku, Remy. Aku tida mau kau terpesong jauh,” tegur Liyana.

“Aku tau.” Remy bangun dan tinggalkan Liyana bersendirian.

Keesokannya, pendakian berjalan dengan lancar. Rania dan Naufal mendaki beriringan. Walaupun letih namun, semua itu tida berapa terasa. Naufal banyak bagi semangat. Rania rasa bahagia bila Naufal di sisinya. Macam ada kekuatan bila Naufal sentiasa bagi semangat.

“Untunglah kalau ada orang yang sayang kan, Nia? Penat pun tida kita rasa kan, Yan?” Erika bersuara. Ayat itu berupa satu sindiran. Sindiran kerana dia mencemburui Rania. Rania selalu mendapat tempat di hati Naufal. Dia benci semua itu.

“Apa yang kau cuba cakap ni, Rika? Cuba cakap tu biar terang sikit...” kata Liyana.

“Tiada apa²lah...” Erika kembali mendaki mengejar Remy yang suda jauh di kaki bukit. Rania, Naufal dan Liyana masih berada di bawah.

“Jangan fikir kata² Rika, Nia. Kasi biar saja dia,” ujar Liyana. Rania mengangguk dan tersenyum. Di orang kembali mendaki.

Di kaki bukit, Remy cuba berehat di satu kawasan. Penat betul² terasa. Dia duduk sambil meneguk air mineral yang dibawanya. Baru dia mau bangun, Erika pula yang duduk di sebelah dia. Erika tahan lengan Remy supaya Remy kembali duduk.

“Aku mau cakap dengan kau kejap,” ujar Erika.

“Apa dia?” soal Remy.

Erika pandang depan. Dia tau, Rania, Naufal dan Liyana masih jauh belakang. Tadi dia berlari naik bukit semata² untuk kejar Remy. Dia perlu bakar semangat Remy untuk dapatkan Rania.

“Remy, aku tau kau cinta pada Rania,” ujar Erika.

“Apa tujuan kau untuk uji aku, Rika?” soal Remy.

Erika tersenyum. “Aku boleh tolong kau untuk dapatkan Rania balik...”

“Apa tujuan kau, Rika? Baik kau cakap cepat...” Remy tau, Erika memang ada tujuan lain. Takkan dia suka² saja mau bagi pertolongan?

“Kau dapat Rania, aku dapat Naufal...” ujar Erika. Ohh... fahamlah Remy sekarang. Rupanya Erika mahukan Naufal. Hmm... siapa yang tida mahukan lelaki kacak macam dia? Semua aset lengkap.

“Bukan senang, Rika. Rania suda bagi hati dia pada Naufal. Naufal pula macam tida boleh tinggalkan Rania...” Hati Remy semakin tawar. Dia yakin, harapan dia suda tipis.

Erika tersenyum sinis. “Ada cara dia, Remy...”

“Kau boleh ubah hati Rania untuk berhenti cintakan Naufal? Macam mana cara kau?” Remy bertanya lagi.

“Aku ada kenal saturang dukun di kawasan bukit ni. Aku dengar dia boleh buat kita dapat orang yang kita cinta. Nanti kita jumpa dia bila kem mendaki ni suda habis,” beritahu Erika.

Remy terkejut, lepas itu dia menggeleng. “Dukun? Aku tida mau lah...”

“Kau mau kah tida Si Rania ni?” tekan Erika.

“Mestilah aku mau tapi, tiada cara lain lagikah?” Remy pandang Erika.

“Ini saja cara cepat yang ada, Remy. Nanti sampai kampus kita bincang lagi. Tu, dua belangkas tu suda sampai. Aku gerak dulu...” Erika kembali mendaki.

Remy pandang depan. Dia nampak Rania, Naufal dan Liyana baru sampai. Remy tida tunggu lama. Dia kembali mendaki. Kata² Erika bergema di telinganya. Bolehkah tida aku dapatkan cinta Rania melalui dukun???

👩Writer Iza Halizah
👩Album Semangat Mayat
👩Part 3
👩Coming soon part 4

#Bersambung

Semangat MayatWhere stories live. Discover now