#SemangatMayat
#Part9Tajuk : Semangat mayat.
Genre : Seram.MAJLIS konvokesyen berlangsung hari ini. Semua pelajar menerima ijazah. Masing-masing menerima sijil. Selepas terima sijil, Remy mengajak Rania ke dewan makan. Ramai pelajar yang berada di situ. Remy memandang Rania. Dia rasa gembira kerana Rania kini menjadi miliknya. Tapi, dalam masa yang sama, dia merasa serba-salah kerana telah menakluki hati Rania dengan cara yang kotor.
Selesai saja majlis konvokesyen itu, Rania terus balik rumah. Dia merasa letih yang teramat sangat. Apa yang ada di hatinya saat ini hanyalah untuk berehat.
Malam itu, selepas makan malam, Rania berbaring di atas katil. Dia rasa letih. Dia pun rasa hairan kenapa sejak sebulan dua ini dia merasa letih yang teramat sangat. Dia juga merasa wajahnya panas membahang saja pada waktu malam. Waktu itu, jendela biliknya masih terbuka luas. Mungkin kerana dia merasa wajahnya panas semacam jadi, dia biarkan saja jendela itu terbuka luas. Perlahan-lahan dia memejamkan kelopak matanya.
“Raniaaaa...” Dia mendengar dengan jelas namanya dipanggil. Suara itu kedengaran seperti suara-suara halus yang menyeramkan yang dia selalu lihat dalam movie seram. Rania membuka kelopak matanya. Dia cuba mendengar sekali lagi. Mungkin suara itu masih ada. Suara itu telah hilang. Rania menutup kelopak matanya sekali lagi.
“Mariii Raniaaa... Mariiii...
Rania... Raniaaa...” Suara halus itu kembali bergema.Rania membuka kelopak matanya pantas. Dia bangun dari katil dan menuju setapak ke arah jendela yang terbuka luas. Dia cuba terangi matanya walaupun keadaan di luar terlalu gelap. Jelas di pandangan matanya. Satu lembaga putih sedang terbang berdekatan dengan pokok pisang di kawasan rumahnya. Lembaga putih itu mengilai, mengilai dan terus mengilai.
Rania cepat-cepat menutup daun jendela. ‘Apa yang aku nampak tadi tu? Hantukah itu?’ Rania tidak fikir panjang. Dia terus menghumban diri ke atas katil dan cuba untuk melelapkan mata.
Malam esoknya, Naufal dan Liyana mengintip Erika dan Remy. Mereka akan ikut kemana saja Erika dan Remy pergi. Rupanya mereka pergi ke kawasan pendakian. Sampai di kawasan pendakian, Erika dan Remy melangkah masuk ke rumah Dukun Pak Itam. Dua puluh minit selepas itu, mereka turun dari rumah dan bergerak menuju ke kawasan perkuburan. Naufal dan Liyana cuba ikuti jejak mereka.
Selepas memberikan sebuah botol kecil kepada Remy, Dukun Pak Itam melangkah pergi. Rupanya dia hanya menghantar Erika dan Remy ke kawasan itu.
“Cepat... Tanam benda tu sekarang,” suruh Erika.
Remy mula melangkah ke satu kawasan kubur. Dia menggali satu lubang di tepi kubur itu. Naufal dan Liyana melangkah laju ke arah mereka.
“Remy! Tunggu!” Teriak Naufal.
Erika dan Remy terkejut.
“Berhenti guna-gunakan Rania, Remy. Kau tidak bahagia buat begitu. Kau akan menyesal sepanjang hayat,” kata Naufal.
“Aku...” kata-kata Remy tidak bernoktah.
“Apa yang kau cakap ni, Naufal? Tiada siapa yang guna-gunakan Rania. Kau sudah salah faham,” kata Erika acuh tak acuh.
“Kau jangan tipu, Rika. Kau gunakan Remy untuk miliki cinta kau dengan cara yang kotor. Kau guna-gunakan Rania tapi, dalam masa yang sama, kau guna-gunakan Remy juga. Manusia jenis apa kau ni?” sampuk Liyana dengan wajah marah.
“Ya, aku sanggup buat semua tu. Naufal milik aku. Milik aku!” Erika ketawa terbahak-bahak.
Naufal dan Liyana menggeleng-gelengkan kepala. Remy pula seperti tidak percaya kenyataan itu. Seperti sukar untuk dia percaya yang Erika turut mempergunakannya. ‘Kenapa aku bodoh sangat?!’
“Fal, Remy... undur belakang. Cuba tengok depan.” Liyana bersuara.
Satu lembaga putih dengan rambut panjang mengurai berdiri seperti melambung-lambung di awangan. Darah-darah pekat memenuhi mata dan mulut lembaga putih itu. Lembaga putih itu berdiri di belakang Erika tetapi, Erika tidak sedar.
“Kembalikan semangat aku,” Lembaga putih itu bersuara garau.
Erika berpaling ke belakang. Dia terkejut.
“Aku benci orang yang ada sikap dengki di hati.” Lembaga putih itu maju ke arah Erika. Erika jatuh dan mukanya mencium kubur bila lembaga putih itu menolaknya dengan kuat. Erika tidak berdaya untuk bangun. Dia terus pitam.
Remy terkejut. Dia tidak sedar pun botol yang telah dijampi itu terbuang dari tangannya. Naufal dan Liyana cuba melihat keadaan Erika. Remy turut ikuti mereka. Tanpa berfikir panjang, mereka segera membawa Erika ke hospital.
#Bersambung