#SemangatMayat
#Part10ERIKA dimasukkan terus ke zon merah setelah mereka berjaya menghantarnya ke hospital. Erika masih tidak sedarkan diri selepas tragedi di tanah perkuburan itu. Mungkin betul semangat mayat di tanah perkuburan itu kuat. Lembaga putih itu pasti salah satu darinya.
Doktor masih melarang melawat keadaan Erika yang belum berapa stabil. Kalau mahu melawat pun dalam jangka masa yang tidak kerap. Remy pula seperti menyesali kesilapannya. Dia tahu, cinta itu perlukan penyatuan dari dua hati. Dia tersalah mengatur langkah kerana cintanya terhadap Rania. Dia tahu, Rania cintakan Naufal.
"Remy," panggil Naufal.
Remy memandang Naufal. "Maafkan aku, Naufal. Aku salah pilih jalan."
Naufal menepuk bahu Remy perlahan. "Aku maafkan. Tiada orang yang tidak pernah buat silap. Jalan yang salah kita akan perbetulkan."
"Remy, belum terlambat lagi kalau kau mahu perbetulkan semua ini." Giliran Liyana pula untuk bercakap. Remy pandang muka Liyana. Ada keikhlasan di balik cahaya wajahnya.
"Kami akan bawa kau untuk berjumpa dengan seseorang, Remy. Rania pun ikut sama," ujar Naufal.
"Bila?" soal Remy.
"Malam esok," jawab Naufal.
Malam esoknya, Naufal dengan Liyana membawa Remy dan Rania untuk berjumpa dengan Pak Karim. Remy dan Rania perlukan rawatan. Mereka tahu, hanya Pak Karim yang dapat melakukan itu. Pak Karim menyambut kedatangan mereka secara baik.
"Saya akan cuba rawat Remy dan Rania. Tapi, kita akan buat di luar rumah," ujar Pak Karim setelah Naufal memberitahu tentang maksud kedatangan mereka.
Sebelum mereka semua berganjak dari rumah, Remy bertanya. "Pak Karim kenal dengan Pak Itam?"
Seketika Pak Karim pejamkan kelopak matanya. "Kenal. Kami belajar dengan guru yang sama. Tapi, Pak Itam salah gunakan ilmunya. Dia amalkan ilmu hitam."
Remy mengeluh. "Saya sudah salah pilih jalan bila berjumpa dengan Pak Itam."
"Sudahlah. Jangan sesali diri. Kita masih boleh perbetulkan. Mari... Kita buat rawatan di luar," kata Pak Karim.
Mereka semua keluar dari rumah. Di sana, Pak Itam memasang unggun api. Dua buah baldi berisi air turut disediakan. Rupanya Pak Karim akan memandikan Remy dan Rania. Air mandian itu pula telah dicampurkan dengan 7 jenis bunga. Setelah selesai mandi, Pak Karim menyuruh mereka menukar pakaian. Liyana menemani Rania menukar pakaian di dalam rumah.
Rawatan seterusnya, Pak Karim melakukan tiupan asap pada keduanya. Ikhtiar untuk membuang semangat mayat itu dari tubuh Remy dan Rania akan dibuat. Sedang Pak Karim sedang melakukan rawatan itu, datang satu lembaga putih yang terbang seolah-olah mahu menyerbu mereka. Wajahnya penuh dengan rasa amarah. Terkumat-kamit mulut Pak Karim membacakan sesuatu. Tidak la selepas itu, lembaga putih itu hilang. Selesai rawatan, mereka kembali ke dalam rumah.
"Lembaga putih itu datang kerana semangat dia telah diambil. Tapi, jangan risau. Dia takkan datang ganggu lagi. Rawatan Remy dan Rania pun sudah selesai," kata Pak Karim.
"Terima kasih, Pak Karim," ujar Naufal.
"Sama-sama. Kalau perlukan apa-apa lagi, datang saja rumah Pak Karim," jawab Pak Karim.
Naufal, Remy, Rania dan Liyana meninggalkan rumah Pak Karim. Naufal dan Liyana tersenyum melihat wajah Remy dan Rania kini menampakkan cahaya.
Sebulan kemudian...
Erika mulai sedar namun menampakkan impaknya. Naufal, Rania, Remy dan Liyana hanya mampu menggelengkan kepala mendengar penerangan doktor yang merawatnya.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku sebelum Erika pengsan. Kami sudah usaha untuk kembalikan ingatannya namun ini yang terjadi. Erika disahkan sakit mental. Tolong maklumkan pada keluarganya tentang hal ini."
Mereka berempat keluar dari hospital dengan perasaan berat hati. Mereka bersimpati dengan Erika. Naufal mengajak mereka semua minum petang di warung yang berdekatan.
"Terima kasih kerana kau sudah banyak cuba untuk pulihkan aku, Fal," ucap Rania.
Naufal menggenggam tangan Rania sambil tersenyum. "Aku sayangkan kau, Rania. Tidak mungkin aku tergamak biarkan orang yang aku sayang jatuh."
Remy tersenyum melihat kebahagiaan Naufal dan Rania. Naufal memang sempurna untuk Rania. Dia hanya mampu doakan kebahagiaan untuk mereka sampai azali. Remy pandang Liyana yang duduk di depannya. Liyana seorang kawan yang baik, yang sudah banyak berusaha mengedarkannya. Dia yang silap kerana mengejar cinta yang tidak pasti.
Remy tahu, Liyana mencintainya. Dia yang sengaja menutup hatinya terhadap Liyana. Remy menyentuh tangan Liyana. Liyana terkejut.
"Maafkan aku, Yan. Aku sudah banyak buat salah pada kau," kata Remy. Berkerut dahi Liyana.
"Aku akan belajar untuk berikan cinta pada kau. Kau terlalu baik untuk aku."
Liyana tersenyum mendengar pengakuan ikhlas Remy. Rasa tenang saja dengar semua pengakuan itu.
Remy memandang jauh ke dasar awan. Jalan salah yang dipilih buat dia menyesalinya. Erika sudah tidak mampu untuk berpatah balik. Kerana Erika, dia turut terjebak dengan semangat mayat. Mudah-mudahan satu masa nanti Erika akan pulih dan menyesali kesilapannya. Tidak mungkin aku akan terjebak dengan semangat mayat buat kali kedua, kata hati Remy.
♥Hanya ini saja yg dapat saya berikan dlm story semangat mayat...hmm...saya yakin,memang banyak kekurangan dlm story ni...x seram sangat?x apalah kan?yg penting reader faham jalan cerita...tq reader yg sporthing semuanya...boleh bg komen sikit?😊😊kalau ada idea buat story baru,ada jga tu saya tayang muka...🙏🙏
#TheEnd