Semangat Mayat

30 1 0
                                    

#SemangatMayat
#Part6

Tajuk : Semangat mayat
Writer : Iza Halizah
Part : Part 6
Genre : Seram

📖📖📖

#Seminggu_kemudian...

Peperiksaan hujung tahun dijalankan hari ini. Itupun selepas tenaga pengajar info dua minggu sebelum. Rania, Naufal dan Ljyana belajar berkumpulan bersama. Mereka memilih perpustakaan sebagai tapak belajar. Remy pula entahlah, tidak tahu dia ulangkaji di mana. Mungkin dia lebih selesa ulangkaji di pondok belajar. Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan. Mereka akan ambil kertas terakhir.

Selepas peperiksaan, pelajar belum dibenarkan balik. Mereka terpaksa menunggu masa sebulan untuk mendapat keputusan peperiksaan. Selepas itu, mereka akan menerima ijazah dalam majlis konvokesyen pula. Sungguh, Rania tidak sabar menanti hari itu.

Liyana duduk di kantin kampus sambil menekan-nekan skrin telefonnya. Sudah berkali-kali dia menghubungi Remy namun, tiada jawapan. Suara operator juga yang dia dengar. Kerisauannya terhadap Remy berganda-ganda. Entah kenapa dia selalu berfikir soal Remy yang jiwa batu itu dan tidak pernah melayannya dengan baik.

"Yan..." Rania menepuk bahu Liyana lembut. Dia menarik kerusi dan duduk di depan Liyana.

"Naufal mana?" soal Liyana.

"Ohh... dia balik awal. Ada jamuan keluarga di rumah dia," jawab Rania.

Liyana mengangguk.

"Kau banyak termenung, Yan. Kau fikir pasal Remy, kan?" Terkejut Liyana bila Rania dapat baca hatinya.

"Nia..." Liyana sebut nama Rania.

"Aku boleh nampak kau risau pasal Remy. Aku nampak kau selalu ambil berat pada Remy. Tapi, aku tida tahu apa yang kurang. Remy bersikap dingin dengan kau," kata Rania.

Liyana memandang ke arah lain. "Remy cintakan kau, Nia..."

Rania mengeluh. "Yan... Remy teman karib aku sejak kecil. Kasih itu ada tapi, hanya sebagai kawan. Cinta tida timbul di hati aku untuk dia. Tapi, untuk Naufal. Yan, aku doakan kau dapat miliki hati Remy... Dia lelaki yang baik."

"Terima kasih, Nia," ucap Liyana.

Rania mengangguk.

MALAM ESOKNYA, misi Erika dan Remy diteruskan. Mereka harus bertemu dengan Dukun Pak Itam. Mendaki bukit pun mereka sanggup demi untuk melihat Naufal dan Rania berpisah. Erika dan Remy terus mendaki. Akhirnya, sampai juga mereka di kawasan rumah Dukun Pak Itam dengan hanya bertemankan lampu suluh.

Dukun Pak Itam menyambut kedatangan mereka. Setelah berbincang, Dukun Pak Itam membawa mereka turun dari rumah. Waktu itu, sudah pukul 12.00 tengah malam. Mereka melalui paya-bakau untuk sampai ke tempat yang harus ditujui. Sampai di puncak, Dukun Pak Itam membawa mereka ke kawasan tanah perkuburan. Remy terkejut. Erika tenang saja.

"Kita buat apa di sini, Pak Itam?" soal Remy.

"Untuk ambil semangat mayat," jawab Dukun Pak Itam.

Terbeliak mata Remy. "Untuk apa?"

"Nanti Remy akan dapat cinta Remy," jawab Dukun Pak Itam.

"Dengan cara apa?" Remy bertanya lagi.

"Saya akan keluarkan satu mayat yang masih baru di tanah perkuburan ni. Yang masih fresh. Kamu akan gunting sedikit rambut mayat itu. Lepas tu, letak satu tempat dengan rambut dan darah orang yang kamu cinta," jelas Dukun Pak Itam.

"Aku tida mahulah, Rika. Aku mahu balik..." Remy mula melangkah.

Erika tarik tangan Remy. "Kau jangan cuba tarik diri, Remy. Langkah kita sudah jauh..."

"Tapi, aku takut..." Air muka Remy betul-betul risau.

"Apa yang kau mahu takut? Aku ada. Mari..." Erika menarik kembali tangan Remy ke tempat Dukun Pak Itam.

"Baiklah, Pak Itam," ujar Remy lambat-lambat.

Dukun Pak Itam mula menggali tanah perkuburan itu. Selepas 20 minit, dia berjaya mengeluarkan satu mayat perempuan. Remy disuruh menggunting sedikit rambut mayat itu. Mayat dikuburkan kembali. Dukun Pak Itam membawa Remy dan Erika kembali ke rumah.

Di sana, Dukun Pak Itam mencampurkan rambut dan darah Rania dengan rambut mayat itu. Dia lakukan jampi agar semangat mayat itu melekat ke badan Rania.

"Remy... Nah, ambil botol ni. Kamu kena sapu darah ni di muka dia sebanyak tiga kali. Lakukan sekali saja di waktu malam," jelas dukun Pak Itam.

"Lepas tu, kamu kembalikan botol ni pada saya. Kamu kena tanam botol ni di pesisir kubur tadi," tambah Dukun Pak Itam lagi.

"Baiklah, Pak Itam."

"Ini upah untuk malam ni, Pak Itam..." Erika menghulurkan wang kertas berjumlah RM200 kepada Dukun Pak Itam.

Erika dan Remy meninggalkan kawasan pendakian itu. Myvi Erika bergerak laju.

"Kau kena sapu darah tu di muka Rania, Remy." Erika bersuara.

"Aku cuba..."

"Jangan cuba saja. Kau kena buat betul-betul!" tegas Erika.

Remy menelan air liurnya. Walaupun dia berbelah-bahagi, dia terpaksa juga buat. Aku cintakan kau, Rania... Hati Remy terus mendesah.

#Bersambung

Semangat MayatWhere stories live. Discover now