Semangat mayat

28 1 0
                                    

#SemangatMayat
#Part7

⏩i come back..sorry lambat update..busy sikit..ok hari ni sa update #Semangat_Mayat #Part_7⏪

📖📖📖

Seminggu kemudian...

REMY terpaksa atur strategi. Petang itu, dia berkunjung ke rumah Rania. Rania gembira menyambut kedatangan kawan baiknya. Sudah lama Remy bersikap dingin dengannya. Dia sendiri pun tida tau kenapa. Nama pun kawan, dia sentiasa mengharap Remy menjadi tulang belakangnya. Terus bagi sokongan untuk menggapai impian.

Kebetulan bulan sudah mau tenggelam di kaki awan, jadi Mak Leha tida benarkan Remy balik. Dia sudah menganggap Remy seperti anak sendiri jadi, dia mau Remy makan malam bersama. Pada mulanya Remy menolak tapi, Rania pula yang meminta Remy makan malam bersama dulu. Selepas makan malam, Remy duduk di luar rumah sambil merasai angin malam. Tidak lama selepas itu, Rania keluar dengan membawa secawan kopi. Kopi itu diberikan pada Rania.

“Kau tida minum?” soal Remy.

“Aku suda kenyang makan tadi, Remy. Entahlah. Aku penat sikit malam. Mungkin sebab banyak kerja di kampus,” jawab Rania.

“Jadi, kau tida dapat teman aku minum kopilah ni?” Remy memandang muka Rania. Ada ekspresi penat di wajahnya.

Rania menggeleng. “Mungkin tida, Remy. Aku mau rehat dalam bilik. Mungkin terus tidur.”

Rania mengangkat kaki menuju ke bilik tidur. Remy menghirup kopi yang Rania berikan tadi. Dia teringat pasal botol yang Dukun Pak Itam berikan. Dia memandang ke arah dapur. Mak Leha masih sibuk mengemas dapur. Bunyi percikan air di singki masih kedengaran. Aku mesti segera bertindak, fikirnya.

Remy melangkah ke bilik Rania. Rania sudah terlena di atas katil. Ini saja masa yang dia ada untuk menyapu darah itu ke muka Rania. Peluang kedua takkan ada untuknya. Dia mengeluarkan botol itu dari poket seluarnya. Dituangkan sedikit ke tangannya. Kemudian disapu sedikit ke muka Rania sebanyak tiga kali. Cepat-cepat Remy keluar dan bergegas ke dapur dengan membawa cawan tadi.

“Mak Leha, saya balik dulu,” ujar Remy.

“Awalnya balik? Rania mana?” Mak Leha memandang Remy.

“Suda tidur, Mak Leha...”

“Hati-hati balik tu, Remy. Mungkin Rania penat. Sebab tu tidur awal.”

Remy keluar menuju ke tangga dan memakai selipar. Dia melangkah meninggalkan rumah Rania. Dia berharap jampi itu menjadi.

Sebulan selepas itu, pelajar-pelajar membuat persiapan untuk majlis konvokesyen. Prof. Danny suda mengumumkan keputusan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Nama Rania, Remy, Rania, Liyana dan Erika turut tersenarai. Selepas membuat persiapan itu, Naufal dan Liyana segera mendapatkan Rania. Dia mahu ajak Rania makan di kantin pelajar. Tapi, dia merasa hairan kerana Rania menolak ajakannya.

“Aku suda janji dengan Remy,” ujar Rania.

“Apa yang suda jadi ni, Nia?” soal Liyana. Dia turut merasa hairan. Sudah berapa lama Rania tida keluar makan dengan Remy sejak Rania rapat dengan Naufal. Bukankah itu pelik?

“Aku keluar dengan Remy...” Rania terus menuju ke meja Remy.

“Biarlah, Yan. Kita pergi berdua saja.” Naufal menarik lengan Liyana menuju ke kantin pelajar.

Remy tersenyum memandang Rania. Rania membalas senyumannya. Nampaknya jampi Dukun Pak Itam itu suda meresap dalam tubuh Rania. Cinta kau hanya untuk aku, Rania... Hati Remy terus berkata-kata.

Erika yang melihat drama itu tersenyum puas. Bukan susah pun mau gunakan kau, Remy. Air jampi guna-guna suda masuk dalam badan kau. Aku akan gunakan kau untuk dapatkan cinta Naufal.

Rupanya bukan Rania saja yang terkena jampi guna-guna. Remy turut terkena tempiasnya. Cuma bezanya, jampi untuk pergunakan Remy dimasukkan ke dalam air minuman. Erika tersenyum puas. Dia akan miliki cinta Naufal secara perlahan-lahan.

👩Writer Iza Halizah
👩Album #Semangat_mayat
👩Part 7
👩Coming soon part 8

#Bersambung

Semangat MayatWhere stories live. Discover now