Semangat Mayat

33 1 0
                                    

#SemangatMayat
#Part4

Tajuk : Semangat Mayat

📖📖📖

KEM pendakian berakhir hari ini. Sudah menjadi budaya di bumi melayu. Selesai saja kem pendakian, pasti akan ada penerimaan sijil. Lepas itu, jamuan pun akan diadakan. Kem pendakian diadakan untuk melatih minda setiap pelajar. Tida mau minda tertutup akibat belajar. Sekurang²nya ringan sikit minda lepas kem.

Prof. Danny dan tenaga pengajar yang lain siapkan jamuan di dewan depan. Pentas dihias sikit dan meja kerusi disusun atur menjadi satu bulatan. Pelajar² diminta untuk duduk di tempat yang disediakan. Ada banyak makanan yang disediakan. Biskut dan minuman kotak juga ada di atas meja.

Prof. Anuar, selaku pengetua UMS berucap di atas pentas memberi ucapan tahniah bagi semua yang terlibat. Pelajar² sambut dengan senyuman gembira. Jamuan makan dimulakan lepas ucapan demi ucapan selesai di atas pentas. Ramai pelajar² yang mengabadikan kenangan melalui selfie. Begitu juga dengan Rania dan Naufal. Dan sungguh, Remy tida boleh tengok babak mesra itu. Liyana duduk di sebelahnya.

"Remy, kau mau minum? Nanti aku tolong ambil," ujar Liyana.

"Aku suda kenyang tengok babak mesra tu," balas Remy.

"Mana?" soal Liyana.

"Tu..." Remy menjuihkan mulutnya pada satu sudut. Rania dan Naufal berselfie di situ.

"Suda²lah rasa cemburu yang begitu, Remy. Hati kau sendiri yang sakit..." Liyana menggeleng²kan kepalanya dan angkat kaki dari situ. Malas mau layan sikap cemburu Remy.

Erika ambil peluang duduk di sebelah Remy bila Liyana sudah pergi. Dia perlu cuci otak Remy. Dia mahu Naufal menjadi miliknya. Hanya dengan cara berjumpa dengan dukun itu saja boleh buat Rania tinggalkan Naufal.

“Macam mana cadangan hari tu, Remy?” soal Erika.

Remy pandang Erika. Perempuan ini takkan serik tanya itu dan ini sampai aku bagi keputusan, fikir Remy.

“Rika, aku takut ikut rancangan kau. Aku tida mau bomohkan Rania. Aku sayangkan dia,” kata Remmy.

Erika sentuh dan genggam tangan Remy. “Kau takkan dapat Rania selagi di hati Rania ada Naufal. Hanya dengan jumpa dukun saja kita boleh pisahkan diorang...”

Remy masih tida bersuara.

“Kalau kau sayangkan Rania, kau kena ikut cakap aku. Aku dapat Rania dan aku dapat Naufal. Ikut saja rancangan aku, Remy...” Tidak putus² Erika cuci otak Remy.

“Tapi, aku jumpa dukun tu sekali saja,” ujar Remy.

“Okeyyy... kita jumpa dukun tu sekali saja...” jawab Erika. Dia tersenyum dalam hati kerana berjaya bawa Remy berjumpa dengan dukun.

“Bila kita boleh jumpa dukun tu?” soal Remy.

“Malam esok...”

MALAM ESOKNYA, Remy dan Erika pergi ke kawasan pendakian itu. Di sana, diorang mendaki untuk sampai ke rumah dukun seperti yang Erika ceritakan. Sampai sana, diorang disambut oleh seorang lelaki bermisai tebal berumur dalam lingkungan 50 tahun. Lelaki itu jemput diorang duduk di atas hamparan tikar mengkuang.

“Panggil saya Pak Itam. Kamu boleh ceritakan apa masalah sampai boleh datang jumpa saya...” Pak Itam mulakan bicara.

Remy dan Erika saling berpandangan.

“Tida apa... baik atau jahat, saya tetap akan tolong asalkan ada upah untuk saya...” Pak Itam tersenyum sambil menyentuh misainya yang tebal.

“Saya mau dapatkan cinta saya,” akui Remy.

“Ohh... ada bawa gambar?” soal Pak Itam.

“Ada...” Remy mengeluarkan gambar Rania dari dalam dompetnya. Dia hulur gambar itu pada Pak Itam.

Pak Itam pandang gambar itu. Lepas itu, dia pandang Remy.

“Kamu dapatkan rambut dan sedikit darahnya. Lepas tu, bawa jumpa saya,” ujar Pak Itam.

“Bila?” soal Remy.

“Secepat mungkin...”

Remy dan Erika pulang dari rumah Pak Itam. Remy masih fikirkan pasal kata² Pak Itam tadi. Rambut dan sedikit darah Rania? Macam mana aku boleh dapatkan semua itu? Remy masih memikirkan ikhtiarnya.

“Macam mana aku boleh dapatkan rambut dan darah Rania?” soal Remy setelah diorang ada dalam kereta.

“Pasal tu kau jangan risau. Aku akan tolong kau...” jawab Erika.

Erika sudah ada rancangan dia sendiri. Dia akan bantu Remy untuk dapatkan rambut dan darah Rania...

👩Writer Iza Halizah
👩Album Semangat Mayat
👩Part 4
👩Coming Soon Part 5

#Bersambung

Semangat MayatWhere stories live. Discover now