Aku tak sangka aku pandai - meletakkan darah zombi pada perempuan ini untuk mengelakkan zombi lain daripada mengejarnya. Aku tak rasa aku seorang pencopet atau seorang chef jika IQ aku setinggi ni. Seorang saintis? Oh, tidak mungkin. Tidak mungkin seorang saintis sekacak aku.
Kami keluar dari hotel sambil tangan kanan perempuan tadi aku pegang kuat sebaik saja yakin tiada zombi mengecamnya. Kelihatan suasana di Jalan Chow Kit bertambah teruk daripada sebelumnya. Berbondong-bondong zombi berlari ke sana-sini. Mengejar manusia yang tak henti menjerit apabila dikejar. Masih ada manusia berkeliaran rupanya. Rasanya ada port mereka yang dicerobohi. Sebab tadi manusia tiada sebelum aku memasuki kawasan hotel.
Perempuan tadi menarik-narik tangannya. Dari matanya, aku tahu dia hendak menjerit tetapi dia takut dengan keadaan sekeliling. Aku menggeleng kepala, memberi amaran agar dia tidak lakukan perkara yang mengancam nyawanya sendiri. Oh, aku kena pandai rancang strategi. Makan dia buat masa sekarang bukan idea yang baik. Aku tak nak mati sebelum sempat melapah daging manusia.
"Argh... Argh..." Aku letak kedua-dua belah tapak tangan pada dada. Kemudian membuat isyarat makan. Dan akhir sekali, aku menggeleng kepala. Kalau dia faham, aku cuba kata aku tak nak makan dia.
"Kau tipu..."
Aku menggeleng lagi.
"Guargh?"
Langkah kami terhenti. Seorang zombi bertangan satu memandang kami hairan. Mukanya berang memandang perempuan sebelah aku. Alamak, jangan kata dia tahu perempuan ini bukan zombi. Aku pandang perempuan tadi, mengerutkan dahi - menyuruh dia mengikuti apa yang aku lakukan. Kalau dia bijak-
Dia mengangguk kemudian mula berjalan lembab seperti aku. Okay, dia bijak. Aku lepaskan tangannya.
Zombi tadi berlari ke arah aku kemudian melanggar bahu aku. Shit, dia sengaja nak cabar aku. Dia tahu, zombi akan terus berjalan jika dilanggar apa sahaja. Maka, aku teruskan berjalan. Memang entah sejak berminggu yang lalu, aku berjalan aneh seperti ini. Namun tidak bagi perempuan tadi, aku lihat dia kekok.
Zombi tadi kembali ke arah kami. Aku memberi isyarat kepada perempuan itu agar berpura-pura jadi zombi. Okay, perempuan itu memang bijak. Dan berani. Aku akui dia memang seorang yang berani. Tercingut-cingut hidung zombi tadi cuba menghidu bauan manusia. Aku pasti dia ada instinct perempuan ini manusia. Haih haih haih!
Aku mula berjalan laju. Tangan perempuan tadi aku genggam erat kembali. Dup-dup-dup. Sekali lagi, jantung aku berdegup dua saat. Ah, tak kisah! Perempuan itu bagaikan faham, dia mula berlari. Terdorong badan aku ke hadapan mengikuti lariannya. Oh shit, how come I feel like I am in the middle of lo- wait what?
Zombi tadi terkejut - berlari laju mengejar kami. Dia yakin perempuan ini manusia. Nampaknya darah aku pada perempuan ini tak kuat atau mungkin tak berkesan. Zombi, apabila mereka lapar, mereka punya kudrat sangat-sangat kuat. Daya ketahanan kami sangat kuat sehingga jika kami ditembak sekalipun, kami mampu berdiri.
Zombi lain yang terpandang turut bertukar arah - mengejar kami. Malah, ada yang kaki tiada, mengesot pada tar jalan untuk turut mengejar kami. Usus-ususnya diseret pada tar jalan. Ada sedikit daging ditinggal di tar jalan. Woah, gila cool mamat ni. Kahkahkah. Semata-mata nak puaskan nafsu, sanggup dia seret usus dia? Begitu lah manusia sebenarnya. Bagi aku, manusia hidup hanya untuk puaskan nafsu mereka.
Entah bila masa, perempuan tadi hilang dari pandangan aku. Aku memusing-musing tubuh, mencari kelibatnya. Malangnya badan aku dilanggar zombi yang berduyun-duyun berlari ke arah jam tiga dari tempat aku berdiri. Damn, macammana boleh ada koordinat dalam kepala aku? Aku hairan betul macammana aku boleh survive dan bukannya jadi zombi yang mengagau entah ke mana-mana.
Ah, sudah. Mana perempuan tadi?
*****
Berkepul-kepul asap keluar dari bonet depan kereta yang menunjuk ke langit. Seorang lelaki berkot hitam di dalamnya cuba melepaskan kakinya yang tersangkut di stereng. I am sorry brother, I don't really think I want to help you. Seorang pun dah cukup membahayakan aku sebagai seketul zombi. Zombi berlari ke arahnya, mengerumuninya seperti semut mengumpul gula.
Aku berjalan biasa di tengah kawasan. Ada dua flat dua belas tingkat di belakang dan hadapan aku. Aku mendongak memandang atas. Kawasan ni tak begitu ramai zombi berkeliaran. Kerana kami tahu zombi dari atas ramai yang dah turun bawah. Maka, daripada aku buang tenaga lebih baik aku balik ke tempat aku.
Harini aku dah melepaskan makanan aku buat kali pertama selama berminggu aku jadi seketul zombi. Argh, should I sighed? Aku menapak masuk ke kawasan rumah flat. Butang lift aku tekan. Pintu lift terpelahang buka dan aku terus melangkah masuk ke dalam lift. Belum sempat aku tekan butang tutup, ada satu suara kedengaran-
"Tunggu!"
Perempuan tadi.
Dia cepat-cepat masuk ke dalam lift kemudian menekan butang tutup dengan ibu jari tangan kanan. Ada kayu besbol di tangan kirinya. Rambut yang sebelum ini dibiar lepas paras dada sekarang diikat ekor kuda. Mana pulak lah dia dapat getah rambut. "Kenapa kau tinggalkan aku? Kau nak aku mati tengah jalan ke?" tanya dia bengang.
Aku diam statik. Hairan bagaimana dia jumpa aku dan bagaimana dia boleh selamat di kota yang penuh zombi. Woaw, nampaknya dia bukan seorang perempuan yang biasa. "Guarghhh gu-" Alamak.
Bukkk!
Sebiji penumpuk hingga di muka aku tanpa sempat aku habiskan kata-kata aku. Oh, aku lupa dia tak faham. Kayu besbolnya diangkat tinggi. Sebelum sempat dia menghayun kayu besbol, aku angkat tangan tanda serah diri. Memang sah lambat lagi aku dapat meratah daging manusia. Jangan dia lari sudah lah.
Perlahan-lahan tangannya dijatuhkan. Helaan berat dilepaskan dan dia menjarakkan dirinya daripada aku. Aku yakin dia tidak yakin sepenuhnya dengan aku. Tetapi dia tahu dia boleh membunuh aku sekelip mata. Yang dia mahu sekarang cuma selamat dari zombi yang lebih bahaya daripada aku. Yang agresif semestinya.
"Terima kasih." ucapnya.
Aku memandang pintu lift sebaik saja pintu lift terbuka. Langkah aku atur laju keluar lift. Lebih cepat lebih baik kerana aku malas nak bertembung dengan zombi lain. Perempuan tadi mengikuti aku dengan rapat. Tak takut pulak dia? Aku hairan betul dengan dia ni. Aku rancang lain, lain pulak yang jadi.
Pintu aku buka. Perempuan tu menerobos masuk ke dalam rumah sebelum aku sempat melangkah masuk ke dalam rumah. Lain macam betul dia ni. Aku kunci pintu sebaik saja kami berdua berada di dalam rumah. Kejap, apsal aku bercerita macam dalam buku? Gila baku.
Dia duduk di sofa. Sekejap je dia duduk sebelum dia baring telentang suka hati dia dekat sofa aku. Aku abaikan dia dan bergerak ke meja sebelah sofa. Suis televisyen aku hidupkan. Setakat ni bekalan elektrik belum terputus. Aku pasang CD filem World War Z dan duduk di sofa. Aku masih mengkaji bagaimana zombi hidup. Aku mahu tahu tentang mereka sebab aku bosan jadi zombi yang tak normal.
YOU ARE READING
Apokalips
RomanceKemusnahan zaman manusia tiba tetapi seketul zombie tersekat di antara cinta dan kelaparan. So, what is the damn thing will happen when a zombie meet a girl? Warning : Not suitable for underage.