En-namph

1.1K 117 57
                                    

Beep. Beep. Beep.

Bunyi mesin elekrokardigram berbunyi normal. Tiub berselirat di sekujur tubuh seorang zombi yang terlantar di atas troli mayat. Tubuhnya langsung tak bergerak setelah aku cucuk bius sejak tiga hari lepas. Aku culiknya ketika dia baru saja kena gigit dan hampir jadi zombi sepenuhnya. Manusia akan bertukar menjadi zombi selama 12 saat maka aku suntiknya sebelum tamat saat tu. Tetapi makin hari makin dia jadi zombi cuma dia tak sedarkan diri.

Sejak dua minggu lepas aku cuba cari penawar untuk pulihkan zombi ni. Malangnya semua tak berkesan. Aku cuba pelbagai jenis vaksin tetapi semua tak menjadi. Aku pun keliru dengan diri aku. Ada desire paling dalam dalam dada aku menyuruh aku meneruskan penyelidikan aku ke atas zombi ni. Tetapi aku juga lapar dan nak makan manusia. Semuanya saling bertingkah. Bertentangan. Aku berlawan dengan diri sendiri.

Hanna membelek semua alat di rak. Bilik kaca ini diperhatinya lama. Ini bilik khas di hospital ni sebenarnya. Bilik bawah tanah yang dikhaskan untuk pembedahan orang tertentu. Selalunya askar yang akan menggunakan bilik ini tetapi sejak askar juga menjadi zombi, bilik ni telah selamat jadi milik aku.

'Jangan sentuh apa-apa'

Hanna memandang aku pelik. Kemudian mendekati, berkerut mukanya. "Apa kau cuba buat dengan zombi ni? Kau ni memang pelik lah. Aku ada jugak tengok cerita zombi, sekor pun tak macam kau."

Aku pandang Hanna kejap. Sabar, zombi kacak. Sabar. Sikit je lagi masa untuk aku jadi baik dan tak telan perempuan yang mulutnya agak biadap ni. Sedikit cecair kuning yakni vaksin yang ke-dua puluh tiga aku cuba - aku tuang dalam picagari dari botol kaca kecil. Botol kaca tu aku letak ke tepi. Jarum picagari aku cucuk di lengan kiri zombi tadi.

Aku bersandar di dinding, menunggu vaksin itu berfungsi. Ambik masa untuk vaksin itu mengalir ke seluruh darah apatah lagi bila darah itu membeku. Tetapi itu lah fungsi aku salurkan air melalui tiub yang berselirat di tubuhnya itu. Agar darah cair dan boleh mengalir. Malah setakat ni jantungnya masih berfungsi. Virus tak makan sel jantungnya sebaliknya hanya mengalir dalam salur darahnya. Pada awalnya aku rasa perkara ini mustahil kerana virus akan makan apa saja yang menghalangnya.

Mengeluh.

Walau cuma dalam hati.

"Kau buat apa sebenarnya?"

'penawar'

Bulat mata Hanna mendengar soalan aku. Keningnya hampir bertaut. Bibirnya bergetaran. "Pe... penawar? Are you insane? There's no cure for zombies!" bentaknya tidak percaya. Baginya, tiada penawar bagi zombi. Tak mungkin. Jika tidak, pasti ramai yang dah pulih sekarang.

'ada'

Jawapan pendek aku membuatkan Hanna mengeluh panjang. Kalau kau tak percaya ada penawar untuk zombi, kenapa perlu kau percaya pada aku? Zombi yang sebenarnya berlakon lindungi kau tetapi sebenarnya tak nak kau jatuh ke tangan zombi lain. Kau lauk aku seorang! Psiko gila aku kahkahkah.

Hampir lima minit dan langsung tiada perubahan yang berlaku. Aku rasa nak menjerit sekuat hati tetapi bunyi bising boleh menarik zombi lain di atas. Lagi-lagi Black Shadow. Bukan cuma Hanna, dengan aku mati sekali nanti. Dalam keadaan dunia yang dah tak stabil macam ni, setiap tindakan kena dilakukan dengan berfikir sebanyak dua tiga kali. Tak boleh mengikut nafsu dan emosi semata.

Nampaknya vaksin tadi tak menjadi.

Cermin mata hitam aku tanggal. Pandangan mula bertukar samar-samar. Aku malas melihat dengan jelas. Memeningkan kepala aku memikirkan penawar untuk musnahkan virus ni. Malah aku sendiri tak pastu virus apakah ini. Aku cuma mencuba-cuba semua vaksin yang ada di hospital ni.

"Zack..."

"Arr?"

Hanna mengambil cermin mata hitam aku, memakainya di kepala. Rambutnya kali ini dibiar lepas. Aku lihat gaun yang dipakainya dah mula kotor. Malah masih ada kesan darah kotor zombi di tepi-tepi gaunnya.

ApokalipsWhere stories live. Discover now