Suis tutup aku tekan.
Berdasarkan cerita World War Z, manusia tak dapat dikesan bila diorang berpenyakit. Jadi, zombi pilih orang yang sihat untuk sebarkan virus. Berdasarkan cerita tu jugak, aku nampak pandangan zombi lain. Diorang punya mata berfungsi tapi tak dapat berfikir. Maknanya diorang bergantung pada kesan, hanya kejar manusia yang tak berpenyakit untuk sebar virus.
Hmm.
Otak manusia, terbahagi kepada beberapa bahagian di mana, bahagian pertama, serebrum memegang hampir kebanyakan fungsu seperti superior temperal sulcus memegang deria perasaan dan deria otot - ingatan, fikiran dan pertururan. Bahagian ke-dua, serebelum pulak mengawal keseimbangan badan, kawal dan koordinasi pengecutan otot.
Parietal lobe melibatkan penglihatan. Ada hipotalamus di tengah otak, mengesan lapar, letih dan dahaga. Itu bahagian lain. Macammana pulak dengan medula oblongata yang kawal tindakan luar kawal seperti denyutan jantung, pernafasan, kawal tindakan refleks seperti muntah, batuk dan bersin? Serta hipokampus yang pegang memori?
Kesimpulan yang boleh aku buat, virus mula menyerang jantung kemudian otak, sebelum menyerang bahagian lain melalui salur darah. Tetapi, zombi masih boleh melihat dan mendengar. Maknanya serebrum mereka tak diserang sepenuhnya. Macammana pulak dengan aku? Macammana aku boleh memahami perkataan, boleh berfikir dan boleh bergerak normal apabila aku usaha?
Medula oblongata, serebrum dan serebelum aku tak diserang sepenuhnya.
Macammana perkara ni boleh berlaku?
Aku pandang perempuan yang terbaring di atas sofa. Macammana aku nak bawa dia jauh dari zombi lain tanpa dia tahu aku nak makan dia dan tanpa dikejar oleh zombi? Buat masa ni, aku tak ada idea langsung. Di samping aku nak makan, aku juga tengah asah otak aku supaya berfikir.
Tadi aku rancang untuk jadi penyelamat dia tapi rasanya dah terbalik sebab dia yang selamatkan diri sendiri. Lingkup! Macam mana aku nak berkomunikasi dengan perempuan tu kalau dia tak faham langsung apa aku cakap? Perempuan ni tak makan lagi rasanya. Bingkas aku bangun, menuju ke dapur.
Jom tengok apa yang ada.
Benda pertama aku nampak adalah spageti. Hmm, how about spaghetti bolognese? Sounds good. Walaupun aku bukanlah seorang chef (kot) tapi masak spageti adalah perkara paling senang. Aku masak bukan kerana kesian tetapi aku tak nak makanan aku sakit atau ada penyakit. Okay-
Bahan-bahan.
1 paket spaghetti
1 tin sos prego tradisional
1 biji buah tomato bersaiz besar
1 labu bawang holland
5 ulas bawang putih
6 batang sosej dihiris nipis
1 keping daging kisar Ramlee
Cendawan butang
Garam
Gula
Air secukupnya
2 sudu besar daun oregano
Minyak zaitunOkay, siapa sangka barang dapur orang ni cukup lengkap. "Arrr..." Aku genggam tangan. Makin kuat. Cuba untuk menguatkan otot tangan. Magic! Tangan aku boleh bergerak normal. Aku mulakan dengan basuh tangan. Aku rasa aku dah boleh jalan dengan normal. Seriously?! Aku boleh bergerak dengan normal! Nampaknya, usaha aku untuk bergerak normal dah berjaya.
Baik aku sambung.
Paket spageti aku gunting di hujungnya. Air aku biar dididihkan dalam periuk. Usai spageti aku basuh, aku celur pulak. Kemudian aku panaskan minyak zaitun. Laju tangan aku menghiris bawang putih dan bawang holland. Macam profesional. Bukan nak bangga lah. Selesai basuh, aku campak ke dalam minyak. Tumis. Percikan minyak kecil terkena kulit. Yang kelakarnya, aku tak rasa apa-apa.
Tomato aku potong dalam bentuk dadu. Melihat bawang-bawang aku campak tadi kekuningan, aku campak tomato tu. Aku rasa aku memang seorang chef. Kahkahkah. Sos prego aku tuang ke dalam kuali bersama-sama daging kisar dan sedikit air. Apabila aku rasa daging dah mula empuk, aku tabur garam dan gula, diiringi dengan cendawan butang dan daun oregano.
Mari kita tengok, wah kelihatan asap-asap kecil berkepul ke atas. Minyak dan air yang tak akan pernah larut mula memain peranan. Pappp! "Arrr!" Belakang kepala aku gosok. Siapa pulak tepuk belakang kepala aku. Eh?
"Kau buat apa?" Perempuan tu pandang aku pelik sebelum dia terkejut melihat hasil kerja aku.
"Kau... kau masak?!"
Aku mengangguk laju.
"Serious?"
Aku urut kepala yang mula terasa sakit. Dup-dup-dup. Ah, apahal dengan aku ni? Sekejap, sebelum kedua-dua rasa tu hilang. Aku fokus pada masakan aku. Kedua-dua api aku padam. "Arrr arrr arrr..." Aku tarik kerusi di meja makan.
Faham, dia duduk di meja makan.
YOU ARE READING
Apokalips
RomanceKemusnahan zaman manusia tiba tetapi seketul zombie tersekat di antara cinta dan kelaparan. So, what is the damn thing will happen when a zombie meet a girl? Warning : Not suitable for underage.