Em-mmph-pat

736 124 47
                                    

"Aku pelik... Kau ni zombi apa sebenarnya? Apa pun, terima kasih selamatkan aku dekat hotel..." katanya, memandang lama spageti di hadapannya, langsung tak terusik. Ah common, aku usaha kot nak buat spageti tu.

"Spageti ni... Kau tak letak apa-apa. kan?" soalnya, mula bermain dengan spageti di dalam pinggan.

Aku menggeleng kepala. Dia mengangguk, mula makan perlahan sebelum bertukar gelojoh. Shit, aku kena berkomunikasi dengan dia. Tetapi macam mana? Kepala aku berpusing sembilan puluh darjah ke kanan. Terpandang doodle board, spontan senyuman terukir. Nice!

'Apa nama awak?'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Apa nama awak?'

Walaupun tulisan aku buruk tapi aku berjaya menulis dengan baik. Aku angkat doodle board. Tangannya berhenti daripada menyuap, matanya menikam mata aku, tangannya dijatuhkan perlahan. "Hanna..." Aku tak tahu kenapa, tetapi matanya berair. Dia kenal aku?

"Arrr..." Aku mengangguk faham. Sekurang-kurangnya itulah yang aku boleh buat.

'OK?'

Dia ketawa kecil, terhibur. "Aku okey lagi setakat ni." balasnya.

"Nama kau Akid?" soalnya.

Aku mengecilkan mata, tak faham kenapa nama aku Akid. "Arrr?" Damn, bahasa aku! Aku harap aku boleh bertutur dengan baik.

"Baju kau... I am a kid."

Aku tunduk memandang baju. I am a kid that will last forever cantik melekat pada kain baju. Aku ketawa dalam hati. 'No way! I don't think my name is Akid.' Aku angkat doodle board, memandang wajahnya.

"Woaw, you can speak well. Kalau macam tu, I will give you a name. Is it okey" tawarnya dengan senyuman paling manis aku pernah nampak dari manusia mahupun zombi.

'OK'

Pinggan yang dah kosong ditolak ketepi. Jari-jemarinya disilang antara jari, "How about Zomman? Zombi-man?" dia mencuba.

Aku menggeleng. Buruk betul dia bagi nama. Cuba bagi nama manusia yang normal. Contohnya Neo, Nicky atau Rick. Ini nama zombi-man dibaginya. Setakat ini aku masih berjiwa manusia. Nama superhero zombi yang diberi olehnya itu tak kedengaran logik langsung.

"Haah kan. Pelik sangat nama tu. Jap, bagi aku fikir eh." Meliar matanya ke setiap penjuru ruang dapur, termasuklah dinding dan siling dan kemudian aku. "Aku rasa ada satu nama sesuai dengan kau. Zack. Aku akan panggil kau zack. Sebab kau zombi. Z stand for zombi. Haha OK?" tanya dia.

Aku tersenyum suka kemudian mengangguk laju.

Hanna bangun, membawa pinggannya ke sinki. Rambut depan yang berjuraian di dahi diselit ke belakang telinga. Kelopak matanya digosok berkali-kali. Pinggan dibiar di sinki, dia kembali duduk menghadap aku.

"Kita pergi tempat lain? Aku rasa rumah tinggi macam ni boleh tarik zombi." Sekali lagi, Hanna melemparkan senyuman manisnya.

Dummm!

Senyuman aku mati. Senyuman Hanna juga mati. Dia mula panik, mula mengepal kedua-dua tangannya. Aku letak jari di bibir, mata mencari tempat aku boleh sembunyikan Hanna. Almari dapur!

Dummm!

'Duduk dalam almari dapur. Jangan keluar.'

"Can I go with you? I'm scared."

Aku menggeleng kepala.

Selesai dia masuk dalam almari dapur. Aku bergerak ke pintu. Tombol pintu dipulas dan dua ekor zombi tercingut-cingut hidung menghampiri aku. "Arrr? (manusia?)" Mukanya separuh hilang, tinggal sebelah kanan. Nampak macam ditembak dengan senapang. Yang sebelahnya berbadan tegap, otot berketul-ketul di perut. Oh shit, ini yang agresif ni. Zombi askar.

Aku menggeleng. "Arrr arrr arrr
.. arrr arrr. (Aku bawak balik barang manusia.)" jawab aku. Dia mendengus, cukup mengerikan aku sebagai zombi.

Bahu aku ditolak. Selamba dia memasuki runah aku bersama hambanya. Matanya tertutup, cuba mengesan di mana datangnya bau manusia. Ah damn damn damn! Tolonglah, itu lauk aku! Makanan aku! Aku tak nak berkongsi dengan zombi lain! Aku nak buat daging bakar OK!

AUKKK AUKKK AUKKK.

Seekor anjing menyalak di depan pintu. Nice timing ah, dog! Zombi tadi menjeling tajam ke arah aku sebelum mengejar anjing tadi. Aku segera tutup pintu. Aku kena cari tempat lain. Bunyi anjing menyalak kedengaran di luar kawasan runah flat. Laju betul anjing tu lari. Kedengaran ngauman zombi-zombi di sekitar. Aku kena bawak Hanna keluar dari sini. Tetapi ia sangat berisiko.

Aku duduk di sofa. Aku masih mencari fungai zombi berfungsi di samping aku cuba buat penawar untuk hapuskan virus yang merebak dalam badan zombi. Kejap lagi, aku akan pergi ke hospital. Itu rutin biasa. Waktu tengahari adalah waktu aku keluar. Zombi jarang keluar waktu panas. Ia menyilaukan mata kami sehingga pandangan kami gelap. Waktu ini, kebanyakan zombi berada di bawah tanah. Mereka tak akan keluar.

Apa susah, gunalah kaca mata hitam.

Bodoh betul mereka ni.

ApokalipsWhere stories live. Discover now