ST : 01 ✅

580 14 0
                                    

Hari ini adalah hari yg paling mendebarkan bagi rina kerana hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi tingkatan lima.
Saat rina memasuki sekolahnya, betapa ramainya pelajar-pelajar berkeliaran di koridor sekolah . Ada beberapa pelajar baru .

Sudah lama rina tidak melihat sekolahnya setelah lama bercuti di Jepun semasa cuti sekolah tahun lepas .

Rupa sekolah pun dia dah lupa haha . " rina! " jerit seseorang lalu memeluk tubuh rina dengan erat . Terkejut rina .

Rina beristighfar di dalam hati kerana terlalu terkejut . Rina melepaskan pelukan tersebut lalu merenung ke arah manusia yg memeluknya dengan erat bagai tidak mahu lepas sahaja .

" weyhh, rindu sia dekat kau! " kata rina dengan teruja lalu memeluk aida . Aida?

Aida ialah kawan sejati rina yg sentiasa ada bersamanya semasa dia susah dan senang .

Aida sudah lama berkawan dengan rina . Rina agak selesa berkawan dengan aida .

" aku pun rindu kau gila! Kau asal pergi jepun tak ngajak aku? Shakainya! " kata aida dengan geram .

Rina ketawa kecil . Aida ni comel sangat laa aduishh! Rina mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya .

Aida hanya menunggu sahaja barang yg mahu dikeluarkan dari poket baju oleh rina yg semakin cantik itu .

" surprise! " kata rina dengan gembira lalu memberikan beberapa keping coklat untuk aida .

Terbeliak mata aida melihat coklat tersebut yg disukainya . " ya allah, terima kasih dear! Aku fikir tak ada ole-ole dari Jepun! " kata aida gembira .

Rina ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya sahaja.

" ehh jom laa pergi kantin sekejap! Aku haus laa " kata rina lalu mengusap lehernya kerana terlalu haus .

Padahal baru tadi dalam kereta dia minum air . Namun hatinya kuat mengatakan bahawa dia harus pergi ke kantin .

Aida menganggukkan kepalanya lalu menarik tangan rina .

Mereka berdua menuju ke kantin namun terhenti apabila pelajar-pelajar perempuan berkerumun ke arah sesuatu . Rina mengecilkan matanya .

" apahal ni? Ada artis ke sampai ramai macam ni sekali? Ke ada orang meninggal? " tanya aida dengan selamba .

Rina menahan ketawa apabila aida berkata begitu . Rina merasakan bahawa ada seseorang disebalik pelajar-pelajar itu .

Rina menghampiri pelajar-pelajar itu . Aida juga turut mengikut jejak rina .

" hoi, ni apahal berkumpul kat sini? Masuk kelas sekarang! " tengking rina . Satu kantin boleh dengar suara rina .

Semua pelajar-pelajar itu mengundur ke belakang .

Baru laa rina dan aida nampak dengan jelas siapa yg terperangkap disebalik pelajar-pelajar perempuan sekolah ini .

Terperanjat rina dan aida apabila melihat siapakah gerangan lelaki itu . " yg lain pergi masuk kelas! Tak payah nak bertenggek kat sini! " tengking aida .

Pelajar-pelajar lain terus masuk ke dalam kelas mereka . Takut sangat dengan rina dan aida . Rina memandang lelaki itu tak berkelip .

Lelaki itu bangun lalu mengibas bajunya yg kotor sedikit dan meraup rambutnya ke belakang kerana tadi disentuh oleh perempuan-perempuan tak tahu malu .

Aida memandang ke arah rina . " rina, ni bukan crush kau ke? Sejak bila dia sekolah sini? " bisik aida pada telinga rina .

Rina terus memandang ke arah aida . Kemudian rina memandang ke arah lelaki itu semula .

Dulu, boleh tengok dalam instagram tapi sekarang face to face! Rina rasa berdebar sangat .

" nabil adrian " gumam rina dengan perlahan namun dapat didengari oleh lelaki itu .

Entah mengapa dia rasa lain macam apabila perempuan dihadapannya menyebut namanya .

" ehermm! Tak reti nak cakap terima kasih ke bila orang dah tolong? Jangan nak sombong sangat! " kata aida dengan selamba .

Terus tersentak rina dan nabil . Rina memandang ke arah lain . Nabil berdiri menghadap rina .

" thanks sebab tolong aku tadi . Aku chaw dulu! " kata nabil dengan selamba tanpa riak di wajahnya .

Aida mencebikkan bibirnya . Rina merenung anak mata nabil . " macam tak ikhlas je! " bidas aida .

Nabil merenung tajam ke arah aida . Aida hanya beriak selamba sahaja . Rina menggelengkan kepalanya melihat kelakuan mereka berdua .

" kau ni apahal suka sangat cari pasal? Dia tak kata apa-apa pun! Yg kau kecoh sangat apahal? " bengang nabil .

Aida menggulingkan anak matanya . Rina hanya mendiamkan diri sahaja . Nak tunggu pergaduhan ni selesai .

" suka hati aku laa mulut aku! Bukannya pakai mulut kau! " balas aida dengan geram . Nabil menggempal penumbuknya .

Dia merasakan bahawa dia mahu sahaja menumbuk perempuan dihadapannya .

" kau diam! Hal ni antara aku dengan dia . Kau tak payah nak masuk campur!

Senang citer kau blah laa dari sini . Semak je! " kata nabil dengan tegas . Rina memandang ke arah aida .

Aida menjeling tajam ke arah nabil lalu pergi dari situ . Nabil memandang ke arah perempuan dihadapannya kini yg menarik perhatiannya .

" kenapa halau kawan aku? Suka hati je halau orang! " kata rina dengan geram . Nabil merenung anak mata rina .

Rina terus mendiamkan diri kerana diperhati sebegitu rupa .

" mulut kawan kau tu bising sangat! Tak sama pun macam kau!

Btw, terima kasih sebab selamatkan aku tadi . Aku nak mintak tolong tapi tak ada siapa nak tolong tadi " kata nabil dengan tenang .

Rina tersenyum nipis . Nabil lega melihat senyuman dari perempuan dihadapannya .

" kau tak perlu nak berterima kasih dengan aku . Tu dah memang tugas aku untuk tolong semua orang!

Sekarang ni aku nak masuk kelas! Kita dah lambat! " kata rina lalu meneliti jam tangannya .

" tunjukkan aku kelas boleh tak? Aku kelas 5B1 " kata nabil . Rina hanya mengangguk sahaja .

Mereka berdua jalan beriringan menuju ke kelas milik nabil . Nabil kan budak baru .

Mana tahu kelas kat mana . Ramai yg memandang ke arah mereka berdua namun mereka hanya membiarkan sahaja .

Suratan Takdir ✔Where stories live. Discover now