ST : 02 ✅

189 6 0
                                    

Rina bersiar-siar di taman-permainan dalam kawasan perumahannya . Dia bosan sebenarnya duduk kat rumah .

Bukannya ada sesiapa pun . Rina duduk di salah satu kerusi sambil melihat kanak-kanak kecil bermain taman-permainan .

Ramai sungguh orang di taman ini . Rina mengeluarkan telefonnya lalu menekan kata laluan di skrin telefonnya .

Kemudian dia terus membuka aplikasi instagram . Rina nak stalk crush dia .

Rina hanya scroll dan like sahaja namun tangannya terhenti pada satu gambar . Gambar in menarik perhatiannya .

" nabil adrian! " gumam rina . Rina hairan melihat gambar tersebut .

Taman-permainan? Macam pernah nampak je taman nihh! Takkan laa? Rina memandang sekelilingnya .

Matanya terhenti pada susuk tubuh seorang lelaki yg memakai hoodie berwarna kelabu dan seluar skinny berwarna hitam .

Lelaki itu juga memakai topi di kepalanya . Rina segera memandang ke arah telefonnya semula .

Dia tidak mahu melihat lelaki itu terlalu lama nanti lelaki tu perasan pula . Susah pulak nanti kang!

Gambar nabil tadi, rina teliti dengan betul . Dari segi pemakaian nabil, memang sama dengan lelaki tadi .

Rina kembali melihat lelaki tadi namun lelaki itu sudah tiada . Rina memandang sekeliling semula .

Rina mengerutkan dahinya . Cepatnya lelaki tu hilang? Memang tiada langsung kelibat lelaki itu .

" kau cari aku ke? " tanya seseorang yg berada di belakang rina . Rina segera menoleh ke belakang . Terkaku rina .

Rina terlalu terkejut sehinggakan telefonnya terlepas dari genggamannya .

Lelaki itu melihat telefon rina yg berada di atas rumput lalu tersenyum sinis . " kau stalk aku? " tanya lelaki itu dengan sinis .

Rina terdiam . " mana ada aku stalk kau! " nafi rina . Lelaki itu menjongket sebelah keningnya sambil memandang sinis ke arah rina .

Lelaki itu terus mengambil telefon rina yg berada di atas rumput . " kau berani nafikan lagi? Gambar aku penuh dalam telefon kau!

Lain kali jangan menipu dengan aku " kata lelaki itu dengan sinis sambil melihat sesuatu di telefon milik rina . Rina mengeluh bosan .

" bagi laa fon aku, sakai! " bengang rina lalu cuba untuk merampas telefonnya di tangan lelaki itu namun gagal kerana lelaki itu lebih tinggi darinya .

Lelaki itu hanya beriak selamba sahaja .

Lelaki itu duduk di sebelah rina . Kedudukan mereka berdua tersangat laa rapat seperti sudah kenal lama sahaja .

Rina memandang ke arah telefonnya yg berada di tangan lelaki itu .

" kau ni memang obses sangat dengan aku ke apa sampai penuh gambar aku satu galeri?

Aduhai aku tak pernah jumpa perempuan macam kau nihh! " kata lelaki itu lalu ketawa kecil . Rina terus memukul lengan lelaki itu .

Lelaki itu ketawa lagi . Rina mengembungkan pipinya kerana malu .

Crush yg sudah lama dia stalk, kini sedang periksa telefonnya . Dia tidak sangka bahawa perkara itu akan berlaku .

Suratan Takdir ✔Where stories live. Discover now