ST : 05 ✅

105 8 0
                                    

Rina masuk ke dalam kelas dengan perasaan yg sedih . Not in mood!

Rina duduk di tempatnya dengan perlahan lalu mengeluh . Rina hanya termenung sahaja . Aida memandang ke arah rina .

" rina, kau okey tak? Nampak macam tak okey je! " tanya aida.

Rina memandang ke arah aida lalu menggelengkan kepalanya sahaja tanpa berkata apa-apa . Aida mengeluh perlahan .

" kau banyak berahsia dengan aku . Kita kan bestfriend, kenapa kau tak pernah nak share masalah kau dengan aku?

Kau anggap aku apa, rina? " tanya aida dengan sebak .

Rina mengeluh perlahan lalu memandang ke arah aida . Rina memegang kedua-dua tangan aida dengan lembut .

" aida, tak semua masalah yg perlu kita kongsikan dengan orang . Lebih baik aku pendam daripada aku luahkan! " kata rina dengan lembut .

Aida mengusap tangan rina dengan lembut .

》》》》》

Cikgu aisyah mengajar mereka seperti biasa macam selalu . Mereka semua menyalin nota yg tertulis di papan putih oleh cikgu aisyah .

Rina sudah lama siap menyalin nota . Dia memang pantas menyiapkan kerja .

" rina, cikgu nak minta tolong sikit boleh? " tanya cikgu aisyah yg berada di hadapannya .

Rina memandang ke arah cikgu aisyah . Rina dan aida duduk dihadapan sekali iaitu dihadapan meja cikgu .

" saya nak awak panggil Tengku Nabil Adrian dari kelas 5B1 . Suruh dia datang sini! " kata cikgu aisyah lalu menghulurkan pas keluar .

Rina hanya menurut sahaja . Namun dia tertanya-tanya mengapa cikgu aisyah memanggil nabil .

Rina terus menuju ke kelas 5B1 . Terpaksa laa dia hadap muka nabil . Nasib baik crush dunia akhirat hahaha .

Rina terus mengetuk pintu apabila sudah sampai dihadapan kelas 5B1 .

Matanya terarah pada nabil . Sakit hatinya apabila melihat nabil bermesra dengan perempuan lain .

Perempuan itu memegang tangan nabil . Nabil hanya biarkan sahaja . Pelajar baru ke? Pegang-pegang tangan je kerja! Panas pulak hati kita .

Rina terus mengalihkan pandangannya pada cikgu yg berada di dalam kelas itu .

Kenapa laa asyik dia sahaja yg kena hadap dengan nabil? Benci betul laa!

" cikgu aisyah nak jumpa dengan Tengku Nabil Adrian sekejap! " kata rina dengan tegas sedikit .

Rina sengaja menekan nama nabil dengan kuat . Nabil hanya terdiam sahaja lalu menepis tangan Leyla yg memeluk lengannya .

Rina terus keluar dari kelas itu . Nabil terus keluar dari kelas dengan pantas untuk mengejar rina .

Rina hanya mendiamkan diri sahaja tanpa mempedulikan nabil. Nabil mengeluh perlahan . Salahnya juga!

" nis! " panggil nabil dengan lembut namun rina hanya tidak menghiraukan sahaja panggilan dari nabil .

Sampai sahaja di tempat yg tiada orang, nabil terus menarik tangan rina . Rina menoleh ke belakang . Nabil merenung anak mata rina .

Nabil menggenggam tangan rina dengan kemas dan lembut sahaja.
Rina mahu memandang ke tempat lain namun dia tidak boleh berpaling ke arah lain . Dia tak tahu kenapa tak boleh .

" kau kenapa? Jangan laa macam ni . Kau jeles ke tengok aku dengan perempuan tu? " usik nabil .

Nabil sengaja mahu menguji rina . Rina menggempal penumbuknya . Dia rasa macam nak tumbuk je muka nabil . Nabil tanya soalah bodoh!

" siapa je yg tak jeles bila crush dia bermesra dengan perempuan lain?! " kata rina dengan tegas .

Nabil tersenyum manis . Baru dia tahu yg rina sukakannya . Rina memandang ke arah lain . Dia geram dengan sifat nabil .

" kau sayang aku ke? Jangan risau laa! Aku tak pernah layan perempuan lain selain kau .

Aku layan kau sebab kau special bagi aku . Aku sayang kau sorang je . So, lepas ni tak payah laa nak jeles-jeles lagi dengan aku! " kata nabil dengan lembut .

Setitis air mata rina mengalir kerana terharu dengan kata-kata nabil .

Dia tidak menyangka bahawa nabil menyayanginya . Kalau dia boleh peluk nabil, dah lama dia peluk .

" dah laa jangan menangis lagi . Nanti tak comel laa muka tu kalau kau menangis . " kata nabil lalu mengelap air mata rina dengan menggunakan jarinya .

Rina tersenyum manis . Mereka berdua terus menuju ke kelas 5D1.

Sampai sahaja di kelas, mereka hanya beriak selamba sahaja . Nabil macam biasa laa .

Tangannya di dalam poket seluar. Setiap hari dia memang macam tu . Bajet macho hahaha . Tapi memang macho pun!

" rina, kenapa lambat sangat? Dating ehh? " usik cikgu aisyah . Terus terbatuk-batuk rina .

Nabil menahan ketawa lalu berdiri di sebelah cikgu aisyah . Cikgu aisyah ketawa kecil melihat muka rina yg sudah mula merona kemerahan .

" rina, kau dengan nabil bertengkar ke? Lama betul kau panggil dia! " bisik aida pada telinga rina . Aida ni ada je nak bergosip .

Tak menyempat langsung! Rina hanya menggelengkan kepalanya sahaja memikirkan perangai aida.

" tak ada laa . Tadi aku tolong cikgu sebab tu lambat sikit . " bohong rina . Tipu sunat! Aida hanya mengangguk sahaja tanpa syak wasangka .

Rina mendengar perbualan antara nabil dan cikgu aisyah .

" nabil, kenapa awak minta cuti seminggu? Lama tu, nabil.. " kata cikgu aisyah dengan hairan . Tergamam rina .

Rina terus memandang ke arah nabil . Nabil juga turut memandang ke arah rina . Cikgu aisyah memandang nabil dan rina silih-berganti .

" hm saya ada hal keluarga . Saya rasa cikgu pun tahu hal keluarga saya . " kata nabil dengan tenang .

Namun rina tetap curiga dengan nabil . Cikgu aisyah mengangguk faham .

" kau rasa nabil nak pi mana cuti seminggu? " tanya aida . Rina hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu .

Rina hanya termenung sahaja memikirkan nabil .




________________

TAK ADA IDEA MAAF...

Suratan Takdir ✔Where stories live. Discover now