ST : 10 ✅

153 10 2
                                    

Pada malam tersebut, Engku Marian sempat memberitahu rina bahawa cucu-cucunya akan bertandang ke rumah agam ini untuk memperkenalkan rina pada cucu-cucu Engku Marian yg lain .

Saat itulah yg membuat hati rina tidak tentu arah kerana di dalam kotak fikirannya ada satu nama yg terukir dengan cantik iaitu Nabil Adrian .

Dia susah hati kalau nabil ada malam ni . Macam mana dia nak berhadapan dengan semua orang?

Rina ke hulur ke hilir di dalam biliknya dengan perasaan gelisah. Dia risau kalau cucu-cucu Engku

Marian tidak dapat menerimanya. Dah laa menumpang! Anak yatim piatu pula tu! Memang kena bahan habis laa .

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar . Rina terus membuka pintu .

Terpampang wajah seorang pembantu rumah perempuan sambil membawa satu pasang gaun cantik yg berwarna putih . Sangat cantik di mata rina .

" Engku menyuruh Cik Muda memakai gaun ini pada malam ini! Cik Muda mahu saya siapakan pakaian Cik? " tanya pembantu rumah itu .

Rina hanya mengangguk sahaja . Pembantu rumah itu terus masuk ke dalam bilik rina .

25 minit berlalu......

Rina menuruni anak tangga dengan berhati-hati . Pembantu rumah tadi yg membantu rina turun tangga .

Ramai mata memandang ke arahnya . Terutamanya nabil dan syabil .

Syabil terpaku melihat kecantikan rina . Hanya rina seorang sahaja yg perempuan kecuali Engku Marian .

Rina menghampiri Engku Marina lalu bersembunyi di belakang Engku Marian .

Engku Marina ketawa kecil melihat kelakuan rina . Rina terpandang ke arah nabil . Nabil tak berkelip memandangnya .

" nis buat apa kat sini? " tanya nabil dengan hairan . Syabil memandang ke arah rina dan nabil silih-berganti .

Dia tidak faham akan hubungan nabil dan rina . Adakah lebih dari seorang sahabat? Semua tidak faham apa yg sedang berlaku .

" rina, macam mana nabil boleh kenal awak? " tanya syabil . Nabil dan syabil menunggu penjelasan dari rina .

Rina meraup mukanya dengan perlahan . Nasib baik dia tak pakai makeup . Kalau tak, habis hancur makeup .

" hm boleh bagi saya masa tak untuk fikir? Saya nak pergi tandas sekejap! " kata rina dengan perlahan .

Syabil dan nabil hanya mengangguk sahaja . Syabil memandang ke arah nabil yg kelihatan tenang sahaja .

" nabil, macam mana kau kenal rina? " tanya syabil dengan series .

Nabil memandang hairan ke arah syabil yg kelihatan series sahaja . Yg syabil nak marah sangat apahal? Aduhaii pelik-pelik je laa perangai .

" yg kau nak emo sangat apahal? Rina girlfriend aku! Kau tak patut nak masuk campur hal aku! " kata nabil dengan selamba .

Terbuntang mata semua orang yg berada di situ . Engku Marian merenung tajam ke arah nabil .

" kau gila ke? Kau sedar tak yg kau tu dah bertunang? Kau nak hancurkan perasaan rina ke?

Jangan dibuat main laa dengan perasaan perempuan " bengang syabil . Memang dia marah sangat kali nihh .

Engku Marian begitu kecewa dengan sikap nabil yg selamba sahaja .

Nabil perlu berterus-terang sahaja dengan Engku Marian . Dia tidak mahu berkahwin dengan linda . Linda bukan taste dia .

" siapa yg paksa aku kahwin? Aku tak mintak pun semua tu . Semua terus setuju tanpa persetujuan aku!

Sekarang ni bila dah jadi macam ni, jangan salahkan aku . Suka sangat aturkan cara hidup aku . " kata nabil dengan tegas .

Semua terdiam apabila nabil berkata begitu . Yg paling terkesan sekali ialah Engku Marian kerana Engku Marian yg setuju tentang perkahwinan ini tanpa persetujuan nabil sendiri .

Nabil mengeluh perlahan .

Linda tu bukannya baik sangat pun . Setiap malam pergi kelab . Pagi esok baru balik . Ingat lelaki suka ke dengan perangai perempuan macam tu?

Harap muka je cantik tapi perangai mengalahkan bapak jin . Kita sebagai orang islam, perlu ke pergi tempat macam tu?

Wajib ke? Kelab malam tu bukannya masjid nak pergi setiap malam . Pergi kelab malam boleh pulak .

Pergi masjid haram jadah tak jejak langsung . Haihh budak zaman sekarang . Aneh-aneh siaa..

" nenda bukan nak paksa kamu, nabil . Nenda buat semua ni untuk kebaikan kamu juga .

Kamu boleh ubah sikap linda . Kalau bukan kamu yg ubah sikap dia, siapa lagi nak ubah?
Dia akan dengar cakap kamu, nabil . Tolong laa teruskan perkahwinan tu! " kata Engku Marian dengan perlahan .

Nabil memandang ke arah Engku Marian .

" nenda pentingkan linda dari cucu nenda sendiri? Kahwin dengan linda tu buat masa depan nabil gelap tahu tak?

Nenda memang tak pernah nak faham nabil . Disebabkan nabil sayang nenda, nabil rela kahwin dengan betina macam linda tu! " kata nabil .

Syabil mengeluh perlahan lalu memandang ke arah nabil . Dia kesian dengan nabil kerana tidak dapat perhatian lebih dari Engku Marian . Engku Marian terdiam .

" habis tu rina macam mana? Dia dah tahu yg kau dah bertunang . Aku tak rasa yg dia boleh maafkan kau dalam masa yg terdekat! " kata syabil .

" kau dah hancurkan hati dia, nabil . Hati perempuan ni tak macam hati lelaki .

Aku tahu dia sedih sangat walaupun aku tengok dia ceria je! Kau betul-betul cintakan dia ke? " tanya syabil dengan perlahan .

" aku kalau pasal perempuan, aku tak pernah tipu dengan perasaan aku sendiri . Aku sayang dia sangat .

Dia perempuan pertama yg buat hati aku lembut . Kau rasa aku sanggup ke tinggalkan dia dan kahwin dengan linda? " kata nabil dengan nada yg sedih .

Engku Marian mengeluh perlahan lalu memandang ke arah nabil .

" nenda nak jugak kamu kahwin dengan linda . Kamu boleh ubah sikap linda .

Mulai dari hari ini, nenda tak nak dengar lagi yg kamu merungut pasal perkahwinan tu .

Keputusan nenda muktamad! And lagi satu, rina tu biar iman je yg jaga .

Nenda nak kamu lupakan rina. Kamu tak boleh ada perasaan pada rina .

Rina tu anak yatim piatu! Kamu tak boleh nak mainkan perasaan dia .

Lepas ni jangan merayu dengan rina lagi! " kata Engku Marian dengan tegas lalu pergi dari situ .

Nabil mendengus geram . Geram dengan sifat Engku Marian yg keras kepala itu .

Syabil termenung seorang diri . Dia ingat dia akan berkorban lagi namun Engku Marian seakan-akan beri peluang kepadanya untuk menawan hati rina .

Dia sudah banyak kali korbankan cintanya untuk orang yg dia sayang . Kali ini mungkin tidak lagi hm .







_______________

Gambar di media itu adalah watak Nabil Adrian . Jangan lupa vote dan baca.. Terima kasih!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 10, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suratan Takdir ✔Where stories live. Discover now