Bang bangg banggg!!!
Bunyi tembakan kedengaran disetiap penjuru bilik tersebut menandakan seseorang ada di bilik tersebut . Kaki di hala menuju ke kawasan bilik tersebut untuk berjumpa dengan si ketua yang digeruni ramai orang yang mengenalinya sebagai mafia terkejam dan tidak berhati perut .
Pintu ditolak dan terlihatlah susuk tubuh seseorang lelaki yang kacak rupa parasnya tetapi disebalik keindahannya itu tersimpan sesuatu sifat yang mengerunkan tidak diketahui semua orang ..lelaki yang sedang berlatih menembak di satu sudut berseorangan dengan pistol ditangan tak lepas di hala ke arah hadapan. Gerun menyelubungi diri tapi digagahkan juga melangkah ke arah si ketua dan berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku kepada dirinya..
"Tuan muda...kami dah jumpa budaknya. " tanpa berlengah ia terus memberitahu tujuannya yang sebenar dan secara automatik bunyi tembakan tidak kedengaran lagi ..secara tidak langsung senyuman sinis terukir di bibir si ketua menambahkan lagi aura seram di sekelilingnya ..pandangan masih dikekalkan menghadap kehadapan tanpa memandang si anak buah yang setia melakukan segala suruhannya .
"Baguss ...aku nak korang culik budak tu dan bawak dia pada aku hidup-hidup ,aku taknak dia cedera or whatever ..secepat mungkin faham!!" Wajah yang sedia serius itu menambahkan lagi ketakutan pada dirinya sehingga terasa hendak terkucil saja ..mahu tak mahu dia harus juga memberitahu perkara yang sebenar kepada si ketua
"Ta..ta..tapi tuan muda.. susah sikitlah sebab budak tu ada bodyguard yang jaga ,dengar cerita bodyguard tu rapat dengan budak tu.. mana-mana aje mesti melekat kalau boleh tido pon budak tu taknak lekang dengan bodyguard dia tu" muka yang takut-takut itu di tenung tajam oleh si ketua dengan pandangan maut .
Gatal sangat dah ke sampai tido pon nak sama-sama budak ni ? Desis hatinya
"Berapa orang bodyguard yang orang tua tu upah untuk jaga budak tu?" Katanya dengan muka bengis
"La ....laa.. laaapannn orang tuan muda " jawabnya dengan tergagap-gagap ..sejak bila pulak la aku gagap ni aduh ...Desis hatinya ..rasa bertambah nak terkucil dia bila si ketua memberi renungan tajam tepat kearah mukanya tanpa berkelip ..kepala pula semakin ditundukkan memandang kasut di kakinya
"Siapa bodyguard yang paling budak tu rapat? Sampai tido pon nak sama-sama? Kecik-kecik dah gatal sama macam bapak dia dasar orang tua tak sedar diri ,anak pun tak guna!! " maki si ketua atau lebih dikenali sebagai tengku khairish Harraz yang menjadi pujaan setiap gadis di universitynya tempat ia melanjutkan pelajaran di kuala lumpur ini ..nama seindah tuan empunya badan tetapi tidak pada sikapnya yang panas baran ,kaki perempuan ,kaki clubbing itu dan sebagainya. .Disebalik status penuntut di universiti terkemuka di kuala lumpur siapa tahu bahawa dia juga memegang jawatan ceo di syarikat yang dimilikinya hasil titik peluh keluarganya termasuklah tiada siapa yang tahu bahawa dirinya juga adalah seorang mafia yang di geruni ramai orang ..dendam semakin bergelora didalam hati bila teringatkan pada si tua bangka nak mampos itu yang telah merosakkan kebahagiaan keluarganya dan penyebab dia kehilangan kedua orang tuanya
Makin cuak muka si anak buah yang setia berkhidmat untuknya itu atau tuan empunya badan azzam namanya ..tersedar akan kesilapannya memberitahu tentang bodyguard itu lekas dia membuka mulut .."eehhh ehh ..tak tuan muda bukan macam tu ..budak tu bukan gatal .errr eerr ...se ..see ..benarnya ...." tergagap-gagap dia hendak menerangkan situasi sebenar kepada tengku khairish Harraz. Bukan apa takut kene hempok tak ke naya walaupun dia lebih tua daripada tengku khairish Harraz tetapi dia tetap takut ..
Bosan menunggu terus dijerkah oleh tengku khairish Harraz "SEBENARNYA APAAAA??!!!"
Terhinjut bahu azzam dengan jerkahan yang kuat itu habis bergema satu bilik latihan menembak ini dengan suaranya saja .."Eerrr ..sebenarnya ...antara lapan orang bodyguard tu ada sorang perempuan tuan muda.. perempuan tu lah yang paling rapat dengan budak kecik tu" beritahunya takut-takut ...wajah tengku khairish Harraz yang bengis tadi beransur seperti sediakala selepas mendengar hal yang diberitahu azzam tadi .berkerut wajahnya yang handsome lagi putih melepak itu dengan peluh di dahi menambahkan lagi kehandsomemannya .
"Perempuan ??" Tanya tengku khairish ..tanpa teragak-agak mendapat anggukan daripada si anak buah .laju saja kepalanya di angguk serupa burung belatuk dah .." iyaa tuan muda ....dah la cantik ..baik lagi tuh. ..haish melting aje saya tengok dia layan budak kecik tu ." Dalam pada memberi info sempat lagi azzam memuji bodyguard tersebut ..
makin membuak rasa ingin tahu tengku khairish Harraz ..siapa perempuan tu .? Takkan bodyguard pulak .?
"Bodyguard ke?" Tanya tengku khairish lagi bagi mendapat kepastian ,berkerut dahinya memikirkan perempuan itu. .
"Iyee tuan muda ..bodyguard lah ..dia sorang aje perempuan. ."bersungguh-sungguh si azzam bercerita ,bersinar saja matanya siap tersengih-sengih lagi ..
Terangguk-angguk kepala tengku khairish sambil pandangan dihalakan semula kehadapan bagi menyambung latihan menembak yang tergendala sebentar tadi .."aku tak kisah dia bodyguard ke apa ..tapi budak tu wajib ada ..aku nak korang culik dia dan bawak pada aku .tak kesah cara apa sekali pun dapatkan budak tu" kata tengku khairish dengan muka seriusnya
Azzam terdiam sebelum berkata "perempuan tu macam mana tuan muda?" Runsing jadinya dia hendak menarik perhatian perempuan tu supaya berjauhan daripada si kecil molek tengku erina yang menjadi target utama kes penculikan ini
Tengku khairish hanya mampu bersabar saja dengan kerenah anak buahnya ini kalau tak difikirkan pengikut kesayangan yang telah dianggap abang kandung sendiri sudah lama dia tembak kepala si azzam biar mampos terus .."aku cuma nak budak tu aje. Bukan perempuan tu ..so kau culik budak tu aje .make sure berjaya bawak budak tu pada aku paham!!" Ujar tengku khairish Harraz setegasnya kepada azzam
"Baik tuan muda.. saya pergi dulu "ujar azzam sebelum berlalu pergi meninggalkan tengku khairish Harraz ,sempat lagi dia menunduk hormat kepada tengku khairish Harraz.
Tengku khairish hanya sekadar menganggukkan kepala sebelum dia memulakan latihan menembak..sempat lagi dia tersenyum sinis dan melepaskan tembakan berdas-das ..
Bersambung .....
Untuk permulaan cerita ini saja yang mampu dipersembahkan ..
Sekian ...
![](https://img.wattpad.com/cover/130695747-288-k7414ee.jpg)
YOU ARE READING
CIK BODYGUARD I LOVE YOU
RomanceDisebabkan tugas yang digalasnya DIA menjadi mangsa kerana dendam lama SI DIA ..gadis yang tidak bersalah perlu menanggung segala derita atas perbuatan orang lain. dipukul , di maki , dijadikan seperti hamba abdi.. DIA sanggup demi menjaga keselam...