001

8.5K 191 6
                                    

Digalakkan pembaca membaca dahulu buku 1 ' Cinderella untuk Mafia'. Tapi, kalau tak baca pun, mungkin 68.99% akan faham. Ikut kemampuan pembaca lah. Cewah.

Terima kasih kerana sudi membaca buku yang merapu ni.

_
_
_

Kaki melangkah segera masuk ke Office ayahandanya. Berkali-kali dilihat jam tangannya. Tetiba badannya terlanggar seorang gadis berbaju kurung. " Woi, jalan tu pandang depanlah bodoh, bukan pandang tempat lain" rungut gadis tersebut. " Ceh, pakai baju kurung, tapi mulut macam puaka je aku dengar " monolog Aniq seraya berjalan meninggalkan gadis itu terpinga-pinga.

Pintu bilik Dato' Fawwaz dikuak perlahan. Ayahandanya memandangnya tajam. " Er, selamat pagi ayah. Jangan marah, Aniq lewat 30 minit je. Hehehe" ujar Aniq lalu melabuhkan punggung di kerusi. " Haih, sama je dengan maknya dulu " monolog Dato' Fawwaz. " Hah kamu ni, baru seminggu papa bagi jawatan CEO terus lewat datang. Belum bagi syarikat ni dekat kamu lagi " marah Dato' Fawwaz. " Alaa, relax la yah, Niq muda lagi kut" balas Aniq.

" Banyaklah mudanya, 25 dah. Ayah ni dah 57 tahu? Dah patut timang cucu patutnya " keluh Dato' Fawwaz. " Ala tapi-" tidak sempat Aniq menghabiskan kata-katanya Dato' Fawwaz terlebih dahulu memotong kata anaknya itu. " Dah dah tak payah nak menjawab, Ni papa ada ambil kan PA untuk kamu, senang nak pantau kamu". " Hana, sini masuk " panggil Dato' Fawwaz.

Terdengar sahaja namanya dipanggil, terus Hana masuk ke dalam bilik Dato' Fawwaz. Tiba-tiba matanya terpaku apabila melihat susuk tubuh yang baru melanggarnya tadi. " Awak?!" soal Hana pelik. " Pa, takkan nak bagi perempuan sombong ni pa, tak nak Niq"rungut Aniq. " Aik, korang dah memang kenal sesama lain lah ni? lah bagusla" jawab Dato' Fawwaz. " Pa, tak. Tak bagus langsung. Mulut mengalahkan longkang pa" ngadu Aniq.

" Hello, sorry sikit. Awak tu yang jalan tak reti pandang saya. Tapi takpe, saya maafkan awak " sampuk Hana. " Hahaha. sapa nak kemaafan kau perempuan?" perli Aniq. " Dah dah, dua dua pergi dekat bilik masing- masing. Buat kerja masing- masing " arah Dato' Fawwaz.

_

Perut Aniq berbunyi minta diisi. Dari tadi menjerit- jerit minta diisi, tetapi hampa. Tuannya tidak mengendahkannya lansung. Tiba- tiba pintunya diketuk dari luar. " Masuk " ujar Aniq. " Hai boss, jom makan. Time lunch ni. " pelawa Hana. " Ceh kau, pagi tadi mulut puaka. Bila tahu aku bos kau baru nak baik dengan aku? Tak hadap lah nak lunch dengan kau" balas Aniq. "Alaa tak nak lah macam tu, saya belanja boss" kata Hana.

" Nak belanja aku eh? okey aku ikut kau" jawab Aniq. " Okey jom " ucap Hana teruja. " Huh, boss kedekut " ujarnya perlahan. " Kau kata aku apa?" soal Aniq yang mendengar keluhan Hana. " Saya kata boss saya hensem, hehehe" bohong Hana.

Sesampai sahaja di cafe , Hana terus memesan makanan untuk mereka berdua. Hanya bunyi sudu garfu berlaga dengan pinggan kedengaran. Tiada sedikit pun bicara yang keluar dari mulut mereka. Apabila melihat makanan mereka sudah habis, Hana terus menyeluk poketnya untuk mengambil purse nya. Tetapi poketnya, kosong. Hanya dapati kunci kereta di poketnya.

Aniq yang melihat Hana meraba-raba poketnya terus bangun menuju ke kaunter. Dikeluarkan RM 50 dari dompetnya lalu meninggalkan cafe itu. Hana segera mengejar Aniq yang meninggalkannya. " Haih, suka sangat tinggalkan orang" monolog Hana. " Kalau dah takde duit, tak payah mengada nak belanja orang. Last aku jugak yang bayar" ujar Aniq sinis. " Eh eh mamat ni" rungut Hana.

-

-

-

Tbc ~

B2 : Aniq HawwazWhere stories live. Discover now