Flashback
" Arghh Aniq, tolong jangan pukul abang. S..sakit " rintih budak lelaki berumur 5 tahun itu. Sakit dilibas menggunakan tali. Terasa kebas di badannya. " Huh, kau diam kau " marah Aniq lalu menguatkan lagi libasan. "Ya allah, tuan muda tolong lepaskan anak saya" rayu seorang wanita sambil mengendong Seorang bayi perempuan.
Di tarik-tarik kaki Aniq supaya dilepaskan anaknya. " Huh makcik jangan kacau saya boleh tak?!" berang Aniq lalu menolak tubuh wanita itu hingga terjatuh ke lantai. Kepala bayi yang dipegangnya tadi terhantuk di atas lantai. Tangisan bayi kedengaran di banglo itu. " Shuhh Shuhh , anak mak kan kuat. Sikit je ni " pujuk Wanita itu. Terasa bonggol di kepala anaknya. Tiba- tiba terdengar deruman enjin dari luar rumah. " Yeah papa dah balik" ujar Aniq riang lalu pergi ke pintu utama.
Segera wanita itu memapah anak lelakinya yang sedang mengerang kesakitan. Berbirat-birat belakang badan anaknya itu." Eh kenapa ni? " soal Dato' Fawwaz cemas. Kelihatan darah merecik di merata tempat. Anak lelaki pembantu rumahnya pula sedang mengerang kesakitan. " Kamu buat hal lagi ye Aniq?!?" marah Dato' Fawwaz kepada anaknya. " A..aniq t..tak buat apa-apa" bohong Aniq.
Pangg. Satu lempangan padu hinggap di pipi Aniq. " Papa tak pernah ajar kamu berbohong!" jerkah Dato' Fawwaz. Bukanlah ia benci pada anaknya, tidak sama sekali. Tetapi anaknya sudah terlebih manja. Dia perlu mendidik semula anaknya itu. Hajat Dato' Fawwaz untuk menamparnya anaknya lagi terbantut apabila pembantu rumahnya sekaligus penjaga anaknya memohon maaf dan mengatakan ia adalah kesalahannya sekeluarga seraya meminta diri untuk pulang kerumah
Selepas penat lelah berjalan kaki sejauh 100 meter, akhirnya Wanita itu dan keluarganya selamat sampai di rumah usangnya. Pintu kayu itu dibuka. Rumah itu tidaklah sebesar mana. Tetapi asalkan ada tempat berteduh buat mereka, mereka tidak pedulikan ia.
" Raf, sini mak sapukan minyak ye sayang" panggil wanita itu sambil menepuk-nepuk lantai di hadapannya. Budak itu terus membuka bajunya. " Tahan sikit ye nak, sakit sikit je " pujuk wanita itu lalu menyapukan minyak gamat di sekitar tubuh badannya. "Allahuakbar" zikir budak lelaki itu. Digigit bibirnya sehingga pecah. Perit. Hampir tumpah empangan air matanya. Tapi ia harus kuat, dia ialah satu-satunya lelaki dalam keluarganya.
End Flashback
Mengingatkan kejadian yang dihadapi dulu, dendam Ash kepada keluarga Aniq makin membuak. " Aku akan pastikan kau akan menderita Aniq Hawwaz. Biar kau rasa bagaimana rasa orang tersayang bagi kau hilang dalam hidup kau" ujar Ash sendirian.
Dipandang sayu bintang yang berderet dilangit. Kopinya dihirup perlahan. Suasana di balkoni amat menyenangkan. Dengan udara yang menerobos rongga hidungnya. " Nantilah kau Aniq " monolognya seraya mengambil langkah masuk ke dalam rumahnya. Cermin (?) balkoni ditutup rapat. Angin yang dingin mula terasa saat ia mencuri haba dibadan.
YOU ARE READING
B2 : Aniq Hawwaz
RomanceSambungan Cinderella untuk Mafia. Masih ingatkah dikau akan si dia? Dia ialah bukti cinta diantara Alesha dan Fawwaz. Ia juga merupakan amanah terakhir sang isteri kepada si suami. Aku, Aniq Hawwaz. Kau pun tahu ibu kandung aku dah mati kena bunuh...