Aniq membuka pintu pejabatnya dengan kasar. Tali lehernya dilonggarkan sedikit. Memberikan angin menyelinap masuk. Keluhan berat dilepaskan. Penat melayan karenah Lyna sebelum menghantarnya ke KLIA. Meja kosong dibiliknya dihampiri. " Aik tak datang ke minah ni?" monolog Aniq pelik. "Syarifah, syarifah!" laung Aniq. " Ye tuan kenapa panggil saya?" soal Syarifah gopoh.
" Hana pergi mana?" tanya Aniq.
" Puan Hana ambil cuti. Katanya abangnya demam " balas Puan syarifah. " Ouh kau boleh keluar sekarang" arah Aniq. Syarifah segera meminta diri." Demam sikit nak kena jaga? Jantan ke tu?" perli Aniq. Telefonnya dicapai. Nombor Hana didail.
" Datang pejabat sekarang." arah Aniq. " Kan saya dah ambil cuti" balas Hana. " Sapa luluskan?" ujar Aniq lalu mematikan telefon.
" Tak faham bahasa apa lelaki ni? Suami siapa lah ni ergh. Owh suami aku" rungut Hana geram. Wajah polos abangnya dikerling sekita. Lena abangnya dibuai mimpi. "Maaf abang, adik kena pergi" monolog Hana serayu mencium dahi abangnya. Pintu bilik ditutup dengan perlahan. Khuatir abangnya terbangun. Syarikatnya menjadi destinasi.
.
" Awak dah kenapa suruh saya datang ni? Kan saya ambil cuti. Pergilah sana dengan adik terchentah awak tu. " perli Hana geram setibanya di bilik Aniq. Perkataan tercinta saja ditekankannya. " Siap yang luluskan kau cuti ha? Wait, Kau cemburu?" sindir Aniq. " Eh tak hadap la nak cemburu" balas Hana malu. Terserlah kemerahan dipipinya dengan kulitnya yang putih mulus
" Haha adik aku pun nak jeles hm? " soal Aniq. Badan Hana dihampiri sehingga Hana sudah sampai di hujung di dinding " Er awak ni dah kenapa?" tanya Hana ketakutan. " Nak hilangkan kecemburuan sayang lah" jawab Aniq menggoda. Hana menutup matanya pabila bibir Aniq hampir mendarat ke bibir mungilnya. Tetiba terdengar hilai tawa " Kau ni sama je dari dulu. Syok sendiri" sindir Aniq.
Aniq menjauhkan jarak antara mereka. Mejanya dihampiri. Kesal, kesal dengan perangainya yang hampir tidak dapat mengawal nafsu. Maafkan aku Hanna Nur Rafa binti Megat Azwan.
Kalau kau tahu siapa aku,
Kalau kau tahu segala dosaku,
Kalau kau tahu dendam ini,
Kalau kau tahu kau cuma boneka,
Aku tahu sayang semua rancangan mu.Kerana aku,
Aniq Hawwaz anak kepada Dato' Fawwaz yang pernah digelar mafia hebat terdunia.Don't play with fire sayang.
YOU ARE READING
B2 : Aniq Hawwaz
RomanceSambungan Cinderella untuk Mafia. Masih ingatkah dikau akan si dia? Dia ialah bukti cinta diantara Alesha dan Fawwaz. Ia juga merupakan amanah terakhir sang isteri kepada si suami. Aku, Aniq Hawwaz. Kau pun tahu ibu kandung aku dah mati kena bunuh...