" Aku terima nikahnya Hannah Nur Rafa binti Megat Azwan dengan mas kahwinnya sebanyak 20,000 ringgit tunai dan senaskhah al-quran " ucap Aniq satu lahfaz. " Sah?" soal Tok kadi.
" Sah "
" Sah "Ternitis air mata Hana ke ribanya. Tidak sangka dia sudah menjadi milik orang lain. Masak pun tak reti, ni nak jaga orang lain? Adakah dia sudah bersedia. Tetiba Datin Meirlyn datang memeluknya erat. " Ye mama tau Hana risau kan? " soal Datin Meirlyn. Jangan risaulah kami semua ada kat sisi Hana " sambungnya lagi. Hangat. Itu lah yang dirasakan Hana sekarang. Sudah bersaban tahun ia tidak merasakan pelukan erat daripada sang ibu.
Datin Meirlyn meleraikan pelukan apabila acara pembatalan wudhuk sudah tiba masanya. Aniq menghampiri tubuh Hana. Umbun-umbun (?) rambut Hana dikucup lembut. Lalu, tangan sang suami diraih Hana pula . Dicium lembut tangan kasar itu. Sama seperti tadi, lama. Juru gambar tidak habis-habis menangkap gambar.
-
-
Hana membaringkan tubuhnya ke atas katil milik Aniq. Penat melayan karenah tetamu dan mencuci periuk belanga. Dia dan Aniq yang harus mencuci itu semua. Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Muka Aniq terpacul di depan pintu. Keringat bercucuran di mukanya. Mukanya yang putih melepak lagi menampakkan kemerahan di pipinya. Penat." Kau pakai macam tu je? " soal Aniq dingin. Tergeli hatinya melihat Hana memakai baju tidur kanak-kanak sambil memeluk anak patungnya. Persis seperti kanak-kanak comel. " Kenapa je dengan baju saya ni? Comel je saya tengok. " balas Hana. " Haih " keluh Aniq lalu meloloskan diri ke dalam bilik air.
Seusai mandi, Aniq keluar dari bilik air hanya memakai seluar. Lalu matanya tertancap kepada muka Hana yang sedang lena dibuai mimpi. " Haih budak ni " keluh Aniq lagi seraya membaringkan tubuhnya bersebelahan Hana. Dipeluk erat tubuh kecil itu. Dan matanya pula lena dibuai mimpi pula.
-
-
Sinaran mentari yang menerobos dari celahan langsir tepat mengenai si anak dara. Matanya terbuka perlahan. Terasa ada lengan sasa yang memeluknya. Erat. Macam tidak mahu lepas. Dipusingkan badannya. Muka Aniq terpampang di hadapan mukanya. Dekat. Ditatap muka itu dengan penuh perasaan. " hensem jugak suami aku ni" monolog Hana seraya mengelus lembut pipi sang suami." Kau ni memang suka usha aku ke apa? " tanya Aniq. Kantoi lagi usha anak teruna orang. Mendengar suara Aniq, segera Hana meloloskan diri ke dalam tandas. Malu.
" Assalamualaikum warrahmatullah "
" Assalamualaikum warrahmatullah " ujar Aniq yang mengimami solat Hana. Selepas mengemas sejadah, mereka mengambil langkah ke dapur. Semua sudah ada di meja makan. " Aik lambatnya dua orang ni turun " perli Datin Meirlyn. " Alah biasa lah, diorang penat tu semalam " jawab Dato' Fawwaz tidak berlapik. " Ish apa abang ni? " marah Puan Meirlyn. Muka Hana tu dah merah macam tomato." Abang..sorry tak dapat datang semalam, tiket flight dah habis untuk ke Malaysia masatu" ujar Lyna dengan suara manjanya. Dipeluk tubuh Aniq dari belakang. Lalu dikucupnya pipi Aniq seperti pasangan kekasih. " Pape jelah " balas Aniq acuh tak acuh. " Ni ke isteri abang?" tanya Lyna. Matanya melihat persis orang berasa jijik." Ah ye, perkenalkan akak Hana " ujar Hana seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tetapi malangnya, tangan itu dibiar tidak disambut.
YOU ARE READING
B2 : Aniq Hawwaz
RomanceSambungan Cinderella untuk Mafia. Masih ingatkah dikau akan si dia? Dia ialah bukti cinta diantara Alesha dan Fawwaz. Ia juga merupakan amanah terakhir sang isteri kepada si suami. Aku, Aniq Hawwaz. Kau pun tahu ibu kandung aku dah mati kena bunuh...