005

3.2K 141 11
                                    

For the old reader's knowledge, Hana's character was changed in previous episode. So, reader boleh usha balik. 

-

Telefon Hana berdering menunjukkan panggilan masuk. Terus jari runcing itu menyeluk poketnya untuk mengambil telefonnya. " Apahal pulak nombor tak di kenali ni telefon aku memalam ni " monolog Hana. Skrin di slide kan ke bulatan hijau. " Ni Hana kan?" soal suara di hujung panggilan. " Yurp, siapa ni?" tanya Hana pula. " Kau punya hensem bos" jawab suara itu. " Pape jelah, bos call saya ni dah kenapa?" soal Hana kembali. 

" Ni aku nak jadual aku untuk minggu depan, hantarkan kat rumah aku sekarang " arah Aniq. " Alaa kan dah pukul 10 malam " rengek Hana. " Hantar cepat, aku tunggu ni " ujar Aniq lalu menamatkan panggilan. " Ei lah mamat ni " keluh Hana. Handbag dan kunci keretanya dicapai. " Kau nak pergi mana?" soal Ash. Matanya masih tertumpu kepada skrin telefonnya. " Nak pergi rumah Aniq tulah " jawab Hana. " Kau tahu ka rumah dia dekat mana?" tanya Ash. " Hmm, pernah lah jugak adik pergi rumah dia sekali. Dia tinggal sorang diri " ujar Hana seraya menuju ke keretanya. 

Sepenggal senyuman sinis terukir di bibir Ash. Tiba-tiba idea bernas muncul di otaknya. " Sorrylah adik ku sayang, tapi ni kebaikan untuk kita berdua" monolog Ash sambil melihat pemergian adiknya. Dia segera mendail nombor telefon pejabat agama.

-

-

Hana memberhentikan keretanya didepan sebuah rumah banglo putih dua tingkat. Wajah Aniq tersembul di pintu. Tidak senyum mahupun masam mencuka. Keretanya di parking elok disebelah kereta milik Aniq. 

" Assalamualaikum awakk " sapa Hana lembut. " Waalaikumussalam, masuk ah dulu " pelawa Aniq yang memakai kain pelekat. Hana melabuhkan punggungnya di sofa. Dikeluarkannya jadual itu lalu memberikan kepada Aniq. Aniq menerima huluran itu. Dibacanya jadual itu dengan muka berkerut . " Kenapa jadual minggu depan padat sangat ?" soal Aniq. " Manalah saya tahu " balas Hana. 

Tiba-tiba terdengar ketukan bertalu dari luar. Aniq pun membuka pintu utamanya. " Eh kenapa ni ?" tanya Aniq.  " Assalamualaikum, kami dari pejabat agama menerima aduan dari seseorang bahawa kamu berdua-duaan bersama seorang wanita tanpa ada ikatan yang sah " Tegas seorang lelaki berkopiah putih. 

Hana menapak perlahan kepada mereka. " Masyaallah, ini pekerja saya je tuan. Dia hantar jadual saya je. Kami tidak membuat apa-apa pun " ujar Aniq. Ada sedikit riak marah dimukanya. Rambutnya diramas seperti orang kebuntuan idea.

Hana menghamburkan tangisannya. Tidak sanggup dikatakan ' tangkap basah'. Apa yang harus dikatakan kepada keluarga Aniq? Dato' Fawwaz. Dan abangnya?

-

-

Suasana yang berlaku memang tidak dijangka. Adakah ini dikatakan urusan dipermudahkan dari Allah?  " Ya Allah , terima kasih kerana mengurniakan keluarga yang baik hati Ya Allah " monolog Hana. Tidak sangka tiada seorang pun yang memarahinya. Tidak ada seorang pun yang menyatakannya 'perempuan murahan'. Malah, ibu kepada Aniq yang menenangkannya. Dierat tubuh kecil Hana. Cuba memberi kekuatan. Dato' Fawwaz pula mengembirakan keadaan. " Hah baguslah, kahwin jugak anak aku ni". Hampir menitis air matanya. Terharu sekali. Kali ini, hidup dia bukan seperti novel. Tertanya juga dibenaknya mengapa abangnya benci akan keluarga yang baik hati ini.

Dan abangnya, abangnya tidak menghiraukan keadaan seperti tiada apa yang berlaku. Hanya jawab apa yang perlu. Pelik juga dengan abang dia sorang ni. Takkan suka pulak adik sendiri kahwin dengan musuh?

B2 : Aniq HawwazWhere stories live. Discover now