1

316 7 2
                                    

3.45 a.m.

Sudah menjadi lumrah kehidupan aku, seorang remaja berusia 16 tahun untuk membuang masa pada waktu-waktu begini dengan menscroll instagram yang bukan milik aku dengan galaknya. Boleh dikatakan 'akaun curi' kerana akaun tersebut adalah milik rakan aku yang dihack menggunakan kepandaian aku dalam melakukan kejahatan tanpa pengetahuan rakan aku, Anis. Sudah jahat,bertalam pula mukaku. Ya,people nowadays.

Niat aku untuk menghack ex aku punya akaun terbantut lepas aku mengetahui bahawa scandal ex aku adalah rakan yang pernah berjanji untuk tidak mengkhianati aku. Ya,seri 1-1. Dua-dua rakan syaitan. Adil dan saksama. Aku mengambil keputusan untuk tidak 'bertarik tudung' dengan Anis dan berpura-pura untuk tidak mengetahui siapakah scandal ex aku yang berperangai cam haram. Muka pecah rumah, ada hati nak awek keliling punggung.

Selepas penat membuat senaman jari,aku meletakkan hand phone berjenama Lenofo dibawah bantal. Dalam beberapa jam aku perlu bangun untuk ke sekolah. Kalau bukan disebabkan hari pertama persekolahan untuk tahun ni, memang tak lah aku nak bangun dengan muka ceria dan gembira.

...

Saat aku menjejakkan kaki di pagar sekolah,aku merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Aku dengan tenangnya ke papan notis untuk melihat kedudukan kelas. Dengan muka yang tenang pada mulanya,aku melihat namaku tiada dalam senarai nama untuk kelas tahun lepas. Mungkin turun kelas? Itulah jahat lagi. Padan muka. Ok chill. Aku mencari nama aku dalam senarai nama kelas seterusnya. Hampa yang dijumpai. Tergerak hati aku untuk mencari nama aku dalam senarai nama kelas depan. Ya,kelas sains. Nama aku tersenarai dalam kelas beraliran sains tulen yang hanya sesuai untuk top students.

Ya,itu bukanlah satu fenomena yang perlu dibanggakan dan langsung tidak membuatkan aku gembira. Aku ingin bersama dengan Anis 'palsu' dalam aliran seni.

Aku melangkah longlai ke tapak perhimpunan. Dengan wajah yang seperti meminta penyepak,aku ke barisan kelas 4 Sains 2 dan membuat pelabuhan punggung dalam barisan itu. Seperti yang sudah aku agak sejak digelar fetus lagi,budak-budak kelas tersebut memandang aku dengan pandangan hina dan jijik kepada aku kerana dari form 1 sampailah form 3, Aku ditempatkan di kelas pertengahan. Even kelas pertengahan, aku sentiasa mendapat top 3 dalam kelas. Dalam tingkatan pula,sentiasa berada dalam carta top 40 dan secara langsungnya dapat membuktikan bahawa tak semua budak kelas belakang otaknya dungu 100%. Bukan rezeki aku untuk merasai duduk dalam kelas depan semasa umur aku 13 hingga 15.

"Weh budak sains!" Aku terkejut.

"Asal?"

"Weh aku kelas account weh. Alhamdulillah, boleh aku belajar cara nak dapatkan balik ig aku. Ada hikmah kan weh." Anis memberikan senyuman manis kepada aku.

"Weh hambar kau tau tak? Account tu kelas yang ada subjek ekonomi,sayang. Bukan cikgu tu nanti ajar kau nak hack menghack ni. Kalau kau nak belajar pasal benda tu kau kena ambil sains komputer." Aku menampar mukanya membuatkan kepalanya berpusing 270°.(maaf hambar) aku mencubit lengannya.

"Taulah eleh." Anis memuncungkan bibirnya yang originally merah. Memang patut pun ex aku suka dia. Originally lawa orangnya. Bukan macam aku. Muka tak sama kaler dengan tangan. Warna bibir macam orang ketagih rokok. Ada satu bahagian pada diri aku yang aku rasa aku cantik. Kuku aku. Kuku gelas dan panjang serta menawan sehingga membuatkan pengawas-pengawas yang bertugas sentiasa ingin menahan dan membawa aku ke unit disiplin dengan kesalahan tak potong kuku atau yang lebih berdosa ialah mengilatkan kuku serta memakai kuku palsu. Pengawas tu jeles je sebenarnya sebab kuku mereka macam kuku lembu. Heh!

"Asal kau datang sini?" Aku direct bertanya dan tidak berkias.

"Takde apa. Awal lagi kan. So saja nak lepak kejap." Anis tersengih. Rasa nak tumbuk je muka cantik dia ni! Jeles tau.

"Hmm yelah"

"Weh ex kau text aku semalam." Anis memulakan perbualan.

"So?"

"He said he miss you."

"Eleh tipu je jantan tu. Cakap dengan dia suruh cakap kat awek baru dia 'hai setan pembawa kemusnahan'. Pastu cakap kat dia neraka kirim salam." Sengaja aku cakap macam tu depan Anis. Ternyata riak wajahnya berubah.

"Nanti aku cakapkan. Weh oklah aku chaw dulu. Pape roger."

"Set." Hehe jahat sangat lah pula. Kikikiki

Aku sebenarnya tak kisah pun pasal mereka. Masa ex aku cakap nak minta break pun aku takde lah menangis meroyan meraung minta dia jangan pulangkan hati yang ku berikan padamu kasih. Aku dengan redha melepaskan sebab aku tau siapa-siapa yang couple dengan aku akan bosan sebab aku tak suka keluar dan tak nak call. #gengantisosial. Lagipun, dia first love aku. Kitorang kenal masa form 3. Yup,satu kelas.

Ceritanya begini. Dalam kelas aku ada student perempuan yang boleh kira dia ni hot jugaklah dalam kalangan lelaki-lelaki yang gemarkan filem porno. Dia punya body memang top lah. Berisi dan pendek tapi sexy. Suka menggoda dan sangat suka game laki. Dia jugak suka melepak dengan budak² lelaki dekat belakang kelas dan bercerita tentang benda-benda yang boleh membuat lelaki mula membuat perkara jijik lepas balik sekolah.

Satu hari,ada student baru. Lelaki. Namanya Asyraf. Dia kira jatuh cinta pandang pertamalah pada perempuan tu. Lupa,namanya Syuhada. Dalam sekolah dia sarung tudung, luar tudung dia hilang. Kena curi mungkin.

Syuhada ni suka melayan. Time Asyraf tu alone, dia tegur lah. Lama-lama Asyraf macam terpikat. Syuhada tu kira rapat jugaklah dengan aku. Best kawan dengan dia. Cuma aku tak suka perangai dia yang suka bergaul.

Aku dulu dak wicet. Si acap ni add aku sebab kwn kelas aku yg bagi id aku kat dia. Lepas dia add dan aku accept, dia start la bagi salam. Aku pun jawablah. Sesaja jerwps. Bosan kan emm. Then chat punya chat, dia pun cakap la yang dia suka si syuhada tu. Aku pun "ouh ye ke?" then dia sent emoji sengih. Meluat aku.

Aku macam nak cakap yang dia tak suka laki cam si acap tapi tulah, tak terucap. Nanti dia ingat aku suka dia. So aku biar jelah.

Next week nya, dia chat aku lagi. Dia kata si syuhada rejected dia. Aku pun "sabar lah weh. Nak buat cemana en. Orang dah tak suka. Terima jelah. Hormat keputusan dia" tapi aku tak memburukkan crush dia. Takut kena serang ngan lelaki-lelaki classmates aku nanti. Aku dah la insan yang lemah.

Then, dia reply, "tulah. Maybe jodoh aku dengan orang lain"

"maybe"

Then senyap untuk 5 minit.

"aku rasa jodoh aku yang tengah chat aku lah hehe"

"ouh yeke. Baguslah. Cepatnya dapat jodoh"

"tulah. Hehe"

Then aku taktau nape jari aku gatal sangat nak type untuk bertanya.

"siapa weh? Aku dah bau nasi minyak ni. Hahah"

Wah hambarnya.

"ni. Yang tengah bau nasi minyak ni."

Aku terkedu. Gila la kau acap.

"hahah sape ? Apa nama dia?"

"nama dia kamalin. Or can I call you sayang?"

Shit!! Muka aku dah panas!! Oh mai gad!! Dia hensem kot. Asal suka aku? Hahah gila dia ni. Gila.

"hahah lawaknya."

"aku serious."

"okay"

"so, kau terima aku tak?"

"entahlah."

"kau pun tolak aku?"

"tak! Bukan cemtu. Kita sekelas kot. Takkan la nak couple ni."

"lepas sekolah boleh?"

"bila?"

"pukul 1.10 esok"

"tu tamat waktu sekolah. Bukan lepas sekolah untuk setahun"

"sama je. alaaaaa sayang bolehlah"

Ouh aku cair!!

"tak!! Okay bye mak aku suruh tolong masak"

"alololo comelnya tolong mak masak. Rajin. Bye sayang"

Dan begitulah cara kami mula menyukai. Ouh aku rindu!!

MimpiWhere stories live. Discover now