2

171 4 0
                                    

Aku duduk barisan paling belakang. Terpinggir dan dipinggir. Aku tak kesah. Asalkan aku duduk tepi tingkap.

Cikgu kelas masuk. Ciss nampak garang. Habislah. Mesti PIBG nanti dia suruh bayar faedah. Haha.

Lepas memberi salam, kami duduk. Cikgu menulis sesuatu yang setiap awal tahun akan ditulis. Bagi yang tak faham atau selalu ponteng untuk first day sekolah, meh aku cakap.

Senarai yang ada perkataan 'ketua' , 'penolong' semua tulah. Alaa senang cerita, senarai jawatan.

Dah sah-sah aku tak terpilih. Dorang pilih geng-geng dorang je. Aku cuma perlu mengangkat tangan untuk mengundi je. Yang mana aku rasa tak gedik, aku undi. Yang gedik, terkinja-kinja macam beruk kena siram sambal belacan, jangan harap aku nak murahkan tangan aku dengan undi beruk.

Selepas selesai memilih, cikgu minta perkenalkan diri. Apalah cikgu ni. Nak perkenalkan diri, patutnya sebelum mengundi dan melantik.

Sampai di giliran aku, semua pura-pura tak dengar tentang diri aku. Perghh, hina betul la budak kelas belakang cam aku ni. Yang lain kenalkan diri, boleh pula tepuk tangan, tanya macam-macam. Hmm nasib badan. Dah la tak lawa.

Then, "okay, ada apa-apa persoalan?"

Seseorang mengangkat tangan.

"cikgu, siapa yang pilih kami masuk kelas ni?"

"cikgu kurang pasti. Tiap tahun lain-lain cikgu. Kenapa tanya?"

"macam mana budak kelas belakang boleh ke kelas ni?" lalu dia memandang aku dengan pandangan sinis.

"rezeki dia. Lagipun, dia boleh je masuk kelas kedua masa form 1, cuma kemahiran hidup dia lain dengan kamu semua. Tengok pada prestasi dia pun, dia memang layak. Jadi, cikgu nak kamu semua jangan pulaukan dia. Cuba hidup bersatu padu dan bekerjasama sebagai rakan sekelas."

Lalu cikgu memandang aku dan senyum.

Ouh cikgu!! Kalau PIBG cikgu kenakan faedah, saya sanggup bayar!! Terima kasih cikgu!! Saya telah bersemangat kembali!!!

....

Waktu rehat, biasalah. Ramai orang yang berebut beli makanan macam zombie jumpa otak orang.

Tak, yang aku bengang sekarang ni, aku nampak budak-budak laki yang main tolak-tolak budak pempuan nak beli makanan. Kurang belajar!! Heshh, aku rasa macam nak join yakuza je. Demi menegakkan maruah seorang perempuan yang sampai dulu ke kantin untuk beli makanan!!

Aku tak ketinggalan. Aku merempuh semua orang yang halang aku nak beli nuggets makcik kantin. Terdengar juga la bebelan manusia yang kelaparan memarahi aku. Ah, kisah apa gue. Janji orang tau yang perempuan pun kuat. Heh.

"akak tu macam budak-budak kot. Padahal form 4"

"dia lapar kot. Semalam makan kotak je kot hihi"

Aku terdengar orang mengutuk aku. Dasar mulut insurans kena potong!! Aku datang ke arah mereka.

"weh, kalau bukan sebab aku, orang takkan tau yang orang perempuan pun kuat." aku menjegilkan mata yang tak berapa bulat ni.

"eww tak matangnya alasan!" mereka membuat muka cekodok acik kantin yang aku simpan tahun lepas dan berkulat dalam beg. Baru aku perasan haritu time nak basuh beg. Semua ni si acap punya pasal la. Sebok nak belanja aku cekodok. Aku taknak tapi dia letak jgak dalam beg aku. Dah letak tu, bagilah mesej ke apa sebagai peringatan. Ni tak, dia ingat aku jenis yang check beg ke lepas balik sekolah. Patut la aku rasa beg aku berhantu je. Rupanya ada mayat cekodok.

"who cares" aku flip tudung lalu blah dari situ mencari Anis. Aku nampak dia dengan classmates dia. Orang lawa memang senang dapat kawan.

Aku membatalkan niat nak pergi kat dia. Aku niat nak rehat kat koperasi je.

"weh alin sinilah!" Anis memanggil aku sambil melambaikan tangan. Aku segera menuju ke arah dia walaupun aku nak ke tempat lain tadi.

"kau nak pergi mana?"

"koperasi. Rehat kat sana"

"dengan kawan kau?"

"sorang"

"hekeleh dah tak sudi ke rehat dengan aku?"

"kau dengan kawan kau so aku malas nak kacau" aku melemparkan senyuman palsu kepada Anis. Belagak jgak classmate dia ni. Macam la lawa sangat. Lawa lagi aku dari dorang. Kau bayangkan, muka aku macam ohnanana komatsu, muka dorang macam didi alians ngan zila bakarindong (tak boleh guna nama betul) so, lawa lagi aku en? Emm tau dah. Korang takyah cakap haha.

"hakalah dorang tak kesah la. Kan, korang?" Anis memandang rakannya.

Mereka hanya tersenyum yang dibuat buat.

"takpelah weh. Aku chaw dulu."

"alaa weh. Sini la" Anis merayu. Mukanya memang ikhlas menunjukkan perasaan sedihnya. Kesian pula. Tapi dah kawan dia tak senang dengan aku, nak buat cemana. Kang terkeluar balik nanti ayam goreng yang diorang makan tu masuk reban balik. Hmm, hambarnya author.

"sini, dengan aku! Aku yang dapatkan tempat ni so dorang takde hak nak halang"

Anis bangun dan menarik lengan aku. Kuat juga minah ni. Aku hanya menurut.

Dan aku makan nuggets aku dengan penuh berselera disebelah Anis.

Dan, kawan-kawan Anis pun buat muka badmood macam orang tercekik tulang ayam tapi terpaksa cover sebab ada crush kat depan.

Muka macam orang sembelit pun ada.

MimpiWhere stories live. Discover now