Malam tu, lepas makan malam bersama keluarga tercinta, aku naik ke atas dan terus merebahkan badan atas tilam empuk aku. Kertas yang aku dapat dari orang tengahari tadi aku biarkan tersadai depan komputer. Aku tindihkan dengan mouse. Aku tak terasa nak buka link tu. Entah. Rasa macam tak menarik minat.
Bam!! Bam!! Bam!!
Aku terkejut. Heshh si epul ni memang nak bagi bilik aku hilang pintu ke apa?! Pintu dah la mahal. Aku dah la tak main pintu dari kayu yang berkualiti. Aku main kayu jati jer. Pewww
Aku membuka pintu. Agak dah si epul.
"apa? Kau ni tak reti bagi salam ke?"
"weh ibu mana?"
"bawahlah. Kau asal?"
"dia tak datang bilik kau?"
"tak"
"eh?" mukanya berubah cuak.
"kau dah pahal?" aku pun dah start takut tengok reaksi dia yang memang bukan dibuat-buat.
"meh sini" epul menarik tangan aku masuk dalam bilik aku lalu dia mengunci pintu.
Dia ni nape?
"kau pahal?"
"shh" dia menunjuk isyarat supaya senyap.
"nape?" aku bertanya lagi dalam nada berbisik.
"tadi aku nampak ibu masuk bilik kau time aku nak turun bawah ambik fon aku. Pastu bila aku turun aku nampak ibu tengah basuh pinggan kat dapur. Aku nak tegur tapi tak berani. Aku naik balik pastu aku nampak ibu baru keluar bilik kau dengan muka yang tak macam ibu kita"
"muka dia macam mana?"
"macam ni"
Suasana sunyi seketika.
Muka dia berubah. Macam nak...
Prottt prot Pruitt
Emm agak dah.
"ahh legaaaaaa"
"Busuk la gila! Kau cirit ke?!" aku menutup hidung sambil tangan sebelah lagi aku lempang muka dia. Kurang ajar!!
"haa tau takut. Hahaha!!"
"kau makan sampah ke tadi?"
"hahah bye chaw dulu"
"kau main-main la. Skali betul kau kena kacau padan muka."
"tak kesah. Tak kesah" epul berjalan seakan model yang sedang memperagakan baju yang sedang dipakainya sebagai tanda sedang mengejek.
Kalau aku lahir dulu dari dia, dah lama aku campak dia dari atas. Geram aku!
Aku menutup menutup pintu dan berjalan ke arah komputer. Aku merenung kertas tadi. Alang -alang dah takde mood nak tidur, memandangkan esok ahad, so apa kata aku try tengok web ni.
Aku memasang plak komputer dan menghidupkan suisnya. Sebenarnya, komputer ni parents aku belikan untuk epul. Tapi memandangkan dia dah ada laptop, dia sedekah komputer ni kat aku. Baguslah, at least aku tak payah duduk dalam 'tong sampah' bila nak guna komputer. Sebelum ni, kalau aku nak guna, aku kena pergi bilik dia. Bau bilik dia kalah bau tempat pelupusan sampah. Tikus pun boleh mati. Bila aku tanya asal busuk sangat, dia jawab tu bau orang lelaki sejati.
Aku menekan app chrome. Aku menaip link tersebut.
Tunggu punya tunggu, lipas pula yang keluar dari belakang meja komputer.
Aku bangun lalu menuju ke tepi katil dan mengambil ridsect(betulke eja dia?) dan menyembur lipas tadi. Lipas tadi terjatuh dan segera keluar melalui lubang bawah pintu. Mesti dia nak pergi bilik epul. Maksudnya syurga masyarakat lipas.
Aku kembali duduk dan menunggu. Apehal lembab sangat internet malam ni?
Aku mencapai telefon bimbit aku dan membuka app instagram. Eik? Laju pulak?
Link ni menipu je kot. Ntah-ntah tak wujud. Orang yang bagi tadi kan orang gila. Aduuii alin asal kau bengap pergi percaya?? Ni kalau classmates kau tau ni, dah sah kena gelak.
Aku hampa. Aku rasa macam nak tidur. Sewaktu aku ingin meng-off komputer, tiba-tiba ada satu gambar yang keluar. Gambar orang tidur atas katil. Katil dia tengah padang rumput. Atas tempat dia baring, ada awan besar. Dalam awan tu ada seseorang dalam istana bersama sorang putera.
Bawah gambar tu, ada tulis 'click here'. Aku menekan button tersebut.
'choose your language'
Aku menekan 'malay'. Maklumlah, aku kan melayu. Aku tak malu pun guna bahasa melayu.
Aku tunggu. Dia buffering.
Tiba-tiba ada satu penerangan yang keluar. Dia suruh aku baca penerangan tu.
CARA MENGAWAL MIMPI ANDA.
Anda hidup dalam kesedihan? Tiada langsung kebahagiaan yang terukir dalam sejarah hidup anda? Anda teringin hidup seperti dalam novel yang bahagia pada akhirnya? Tahniah! Anda telah membuat keputusan yang bijak! Tetapi ingat!! Semua yang berlaku adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Disini kami akan menunjukkan cara-cara untuk mengawal mimpi.
1) baring dalam keadaan selesa.
2) semasa ingin tidur, tutup separuh mata anda sambil mereka mimpi yang anda ingini.
3) selamat bermimpi!
AMARAN KERAS!!
Perkara ini tidaklah 100% benar dan hanya sesetengah orang sahaja yang berjaya melakukannya. Tetapi, jika anda benar-benar ingin merasai pengalaman sebenar mimpi anda, kami ada menjual alat mengawal mimpi yang boleh didapati hanya dengan mendaftar borang yang kami sediakan di bawah dan menjelaskan bayarannya secara tunai.
Emm macam best.
Aku scroll ke bawah nak tengok alat dia cemana namun hampa. Takde apa-apa gambar. Cuma borang je. Emm nak try isi ke eh?? Emm takyahlah. Aku taknak ambik risiko.
Aku meng-off komputer dan naik ke katil lalu tidur.
Selamat malam dunia.
tingg!
Aku mencapai henpon aku. Dari whatsapp.
'hye sayang. dah tido?'
YOU ARE READING
Mimpi
RandomApa benda yang paling menyeronokkan bagi seorang remaja yang berumur 16 tahun selain dapat tidur? Mungkin sesetengah manusia memilih untuk spend time dengan boyfriend or girlfriend. Mungkin juga memilih untuk berkurung di dalam bilik sambil ditemani...