Bayangkan kita sekarang berada di sebuah negeri bernama Samirah. Sebuah negeri kecil yang terletak di Palestin. Kemudian Samirah menjadi sebuah negara besar bermula ketika zaman Nabi Daud.
Di Samirah, tinggal sepasang suami isteri berketurunan Yahudi. Mereka sudah melangsungkan perkahwinan selama 31 tahun.
Selepas 31 tahun, baru mereka dikurniakan seorang bayi.
Seorang bayi yang paling membahayakan. Bukan saja kepada orang tuanya, tetapi kepada seluruh dunia.
"Kedua matanya tidur, tetapi hatinya tetap terjaga."
Pasangan suami isteri ini merupakan penyembah berhala. Berhala yang mereka sembah berupa lembu betina.
Sebenarnya ia bukan sekadar sebuah patung lembu biasa. Ada iblis yang bersemayan di dalamnya.
Pasangan suami isteri ini selalu melakukan ritual menyembelih haiwan sebagai korban untuk berhala mereka, sebenarnya korban dan arak yang mereka sembahkan itu adalah untuk iblis.
Sepanjang ritual, mereka akan memuja muja berhala tersebut.
Setiap pagi, mereka akan menemui sisa korban di sisi berhala. Lalu mereka menyangka, Tuhan telah meredhai ibadah mereka.
Sebelum itu, pasangan Yahudi itu selalu memohon supaya dikurniakan cahaya mata. Atas takdir Tuhan, wanita Yahudi itu hamil.
Dikatakan iblis telah memasuki saluran kencing si suami setiap kali pasangan Yahudi itu bersetubuh.
Pada suatu malam yang menakutkan, angin bertiup kuat. Hujan turun dengan lebat. Pokok bergoyang goyang. Anjing menyalak dengan kuat sehingga menegak bulu roma. Tiba-tiba pasangan Yahudi itu mendengar suatu suara dari Berhala mereka. Berhala itu memberitahu yang mereka telah diredhai & bakal dikurniakan anak. Berhala itu meminta supaya pasangan Yahudi mengukuhkan lagi ketaatan mereka dengan melakukan lebih banyak korban.
Pada suatu hari di Syam, tersebar berita mengenai kelahiran seorang bayi lelaki selepas 30 tahun penantian ibu bapanya. Dikatakan mata bayi lelaki itu cacat. & dia suka tidur setiap masa. Jarang sekali dia bangun, Oleh kerana bayi lelaki itu tidak mahu menyusu, ibunya telah mendapat penyakit disebabkan air susu yang berlebihan telah bertukar menjadi racun dalam sistem badannya.
Akhirnya wanita itu meninggal dunia. Ternyata, bayi lelaki ini sudah membahayakan ibunya.
Lebih aneh lagi, selama beberapa tahun selepas dilahirkan, bayi itu hanya bergerak sesekali sahaja.
Semua orang menyangka dia lumpuh. Ayahnya memberi minum susu kambing sebagai usaha untuk membuatkannya bangun dan duduk. Tetapi bayi lelaki itu hanya bangun & minum seteguk dua sahaja, kemudian menyambung semula tidurnya.
Ayahnya tidak pernah merasa senang dengan situasi begitu. Apakah anaknya masih hidup?
"Kedua matanya tidur, tetapi hatinya tetap berjaga."
Selepas beberapa tahun, pada suatu malam, tiba-tiba kanak-kanak lelaki itu bergerak.
Sedangkan sebelum ini dia tidak pernah bangun apatah lagi berjalan & merangkak.
Dia sekarang berusia 4 tahun.
YOU ARE READING
Awas Dajjal Menggempur Dunia
Science FictionBuku asalnya bertajuk Ihdzaru Al-Masih Ad-Dajjal Yaghzu Al-Alam Min Mutsallats Barmuda atau dalam bahasa Melayu, "Awas Dajjal Menggempur Dunia Dari Segitiga Bermuda"