Suatu hari, Dajjal terjaga dari tidur. Dia mendapati rantai besi yang membelenggunya sudah pun berusia 63 tahun. Seusia dengan umur Rasulullah s.a.w pada masa itu.
Tiba-tiba, rantai itu mula cair seperti garam yang larut di dalam air. Dajjal yang mengaku dirinya sebagai Tuhan, bebas dari ikatan yang sangat kuat itu.
Dalam masa yang sama, Al-Jassasah muncul di hadapannya, lalu berkata,
"Selamat tinggal wahai manusia yang paling jahat di muka bumi. Engkau menuju dunia yang penuh kepalsuan, sementara aku menuju ke kerajaan Tuhan."
"Ke mana?" Tanya Dajjal.
"Engkau sudah lupa? Pemergianmu kali ini, sekaligus akan menenggelamkan pulau ini." Jawab Jassasah.
"Engkau telah memilih qadarmu sendiri. Laknat Allah ditimpakan ke atasmu dan ke atas orang yang melindungimu."
Lalu Jassasah pergi ke dalam hutan belantara meninggalkan Dajjal. Sementara Dajjal menaiki perahunya, menuju ke negeri-negeri baru yang belum sempat dijejakinya
Ingatannya berpusat pada kisah tentang kaum-kaum yang menyembah iblis. Di sana iblis memiliki lautan dan daratan. Ingatannya masih kemas tersimpan cerita itu. Sekali lagi nafsu menggoda dirinya bahawa dia layak menjadi Tuhan untuk kaum-kaum yang menyembah sesuatu yang tidak mereka lihat itu.
Masa terus berjalan. Tetapi Dajjal masih memiliki kekuatan seakan-akan dia baru dilahirkan, bukan 3,000 tahun lalu.
Sebelum mengembara ke tempat-tempat baru, dia berpendapat lebih baik dia melihat negara-negara Arab terlebih dahulu. Pada masa yang sama, Nabi S.A.W baru sahaja wafat. Saat rantai yang membelenggu dirinya selama 63 tahun itu cair.
Dajjal mahu mengenal dahulu ajaran yang dibawa Muhammad Al-Amin. Lalu dia memulakan perjalanan ke Yaman, Syam seterusnya Iraq.
Kemudian dia menuju ke Afrika Selatan dan Maghribi. Dia menyimpan banyak pengetahuan. Setelah beberapa lama berapa di Maghribi, dia berdikari untuk pergi ke sebelah Barat, dunia baru. Iaitu benua Amerika. Ada apa di sana? Dan apa yang terjadi?
Sebelum dunia dikiamatkan, akan muncul beberapa individu penting.
Salah seorangnya adalah Al-Masih Ad-Dajjal.Tiga agama samawi, iaitu Judaisme (Yahudi), Nasrani (Kristian) & Islam memperkatakan tentang individu ini.
Apa yang menjadi persoal adalah, selain Dajjal, ada seorang lagi individu. Iaitu Nabi Isa al-Masih (Jesus).
Ketika dunia di gerbang kiamat, terjadi fitnah besar. Dajjal cuba menjadi Nabi Penyelamat Palsu (Messiah), dia cuba mengelirukan orang ramai. Fitnah yang berlaku, bukan biasa-biasa. Semoga kita tidak terpedaya.
"Pada akhir zaman nanti akan muncul seorang khalifah yang adil, yang akan membahagi-bahagikan harta kepada rakyat sehingga tidak terhitung banyaknya." -Riwayat Muslim.
Siapakah individu tersebut?
Setiap Muslim wajib yakin bahawa hari kiamat pasti terjadi. Ia termasuk dalam 6 rukun iman.
Sebelum kiamat terjadi, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia sudah semakin hampir. Perkara ini diceritakan di dalam al-Quran dan hadis. Sebahagian tanda-tanda tersebut sudah pun berlaku. Sementara yang lain masih menunggu masa.
Ulama membahagikan tanda-tanda kiamat kepada dua iaitu tanda kecil & tanda besar.
Sedangkan kiamat juga terbahagi kepada 2. Iaitu kiamat kecil & kiamat besar.Sebelum kiamat, dunia akan melalui beberapa peringkat zaman atau fasa.
" Zaman Rasulullah, Zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Zaman fitnah, Zaman diktator, Zaman Khalifah yang mengikut manhaj kenabian. "
Zaman ke-5 tu, Khalifah yang mengikut manhaj kenabian ialah zaman yang berjalan mengikut bentuk dan pendekatan yang sama dengan zaman nabi.
Ia juga dikenali sebagai era kebangkitan Islam. Pemimpin pada era ini akan bergelar khalifah. Dia bukan sekadar pemimpin sebuah negara, tapi bertaraf antarabangsa.
Abdullah bin Mas'ud memberitahu bahawa Nabi S.A.W bersabda,
"Apabila usia dunia berbaki sehari, Allah akan memanjangkan hari tersebut. Pada hari itu, seorang lelaki dari keturunanku akan diutuskan. Namanya sama seperti namaku, dan nama ayahnya juga sama seperti nama ayahku."
Hadis riwayat Abu Daud.
Siapakah individu tersebut?
Dia adalah,"Muhammad bin Abdullah" atau Al-Mahdi.
Mungkinkah zaman khalifah yang mengikut manhaj kenabian itu akan berlaku semasa hayat kita?
Adakah kita akan sempat menyaksikan kemunculan Al-Mahdi? Adakah ia akan terjadi di depan mata kita? Adakah ketika itu kita berada di pihak yang betul?
Wallahualam.
Menurut tulisan Muhammad Isa Dawud, beliau mendakwa bahawa Dajjal sudah dilahirkan (berdasarkan kisah As-Samiri). Itu dakwaan beliau. Saya hanya berkongsi sebab ada yang minta saya kongsi.
Ketika zaman Al-Mahdi, si pengancam dunia, Al-Masih Ad-Dajjal akan tampil ke khalayak ramai bersama pengikutnya. Kemunculan Dajjal akan diikuti oleh turunnya Nabi Isa (Jesus) ke dunia.
Selepas itu baru datang kaum perosak, Yakjuj & Makjuj.
YOU ARE READING
Awas Dajjal Menggempur Dunia
Science FictionBuku asalnya bertajuk Ihdzaru Al-Masih Ad-Dajjal Yaghzu Al-Alam Min Mutsallats Barmuda atau dalam bahasa Melayu, "Awas Dajjal Menggempur Dunia Dari Segitiga Bermuda"