Selepas dihalau oleh Nabi Musa, Samiri kembali mengembara sendirian melalui Sinai.
Suatu ketika, ketika dia sedang duduk di puncak sebuah gunung yang tinggi, dia memerhatikan seseorang yang sedang menaiki perahu di lautan. Dia berharap agar dapat menumpang orang itu.
Buat pertama kali, Samiri pergi ke satu negeri yang dikenali sebagai Bilad al-Ghad. Dia tinggal di situ seketika. Kemudian meneruskan perjalanan ke Al-Bulghar.
Kemudian Samiri tinggal pula bersama penduduk Al-Awral dalam tempoh yang lama. Dia juga pernah tinggal dikalangan kabilah Al-Ghuzz.
Daripada Al-Ghuzz, dia meneruskan perjalanan ke Chorcha. Setiap kali singgah di mana-mana tempat, dia akan tinggal di situ dalam tempoh yang lama. Banyak perkara baru yang dipelajarinya.
Apabila dia merindui tempatnya membesar, dia akan pulang ke pulaunya seketika.
Anehnya, walaupun sudah mencapai usia yang lanjut, tetapi fizikalnya langsung tidak berubah. Wajahnya tidak menampakkan tanda-tanda penuaan. Pergerakannya pantas seperti orang muda. Sedangkan usianya sudah menjangkau ratusan tahun.Samiri memiliki banyak ilmu pengetahuan & pengalaman hasil pengembaraannya. Dia telah bergaul dengan bermacam orang, hidup dalam kalangan pelbagai bangsa. Malah dia juga menguasai pelbagai bahasa.
Satu hari, Samiri merasa rindu pada pulaunya. Dia membuat keputusan untuk kembali ke sana. Sampai di sana, dia tidak menemui Jassasah.
Dia hidup di pulau tersebut sendirian, seperti seorang raja. Samiri cuba mencari Jassasah, tetapi tidak menemui binatang itu. Samiri menyangka Jassasah sudah mati, berdasarkan usianya yang sudah lanjut. Adakah Jassasah benar-benar sudah tiada?
Samiri tidak dapat hidup sendirian di pulau itu. Maka dia mengambil keputusan untuk kembali ke Samirah, tanah keturunannya.
Sewaktu Samiri sampai di Samirah, dia mendapati keadaan sudah banyak berubah. Tak seperti apa yang dilihatnya sebelum ini.
Di sana dia menemui sekumpulan manusia yang dinamakan As-Samiriyyah, terdiri daripada gabungan orang Yahudi & Assyria.
Kumpulan Yahudi itu kembali ke negeri itu selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Mereka membangunkan kuil di situ. Di dalam kuil itu mereka membaca syair syair Bait Al-Muqaddas.
Ketika berada di tanah nenek moyangnya, Samiri mendapat tahu ada seseorang yang mengaku sebagai nabi.
Katanya orang itu merupakan keturunan ibu Nabi Daud (David). Siapakah orang yang mengaku nabi itu?
Orang yang mengaku sebagai nabi itu adalah Al-Masih. Dia penyelamat kaum Yahudi daripada pertikaian, kezaliman & kemusnahan. Al-Masih datang bukan untuk menghapuskan, tetapi menyempurnakan ajaran agama.
Samiri sangat tertarik untuk mengenali orang itu. Dia mahu mengetahui apakah orang itu sememangnya nabi atau bukan. Lalu dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan orang itu.
Pertemuan yang bakal terjadi, merupakan pertemuan besar kali kedua dalam hidup Samiri. Pertemuan besar yang pertama adalah ketika menemui Musa.
Persoalannya, siapakah individu yang bakal ditemui Samiri ini?
Samiri bersama-sama utusannya pergi ke kediaman individu yang mengaku nabi itu.
Dia menunggu di luar & mengarahkan utusannya menemui individu tersebut.Utusannya berkata,
"Jika engkau benar-benar seorang nabi, katakan padaku siapa berada di luar."
Lalu individu tersebut berkata,
"Wahai saudaraku, khabarkan kepada orang yang mengutusmu bahawa Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Agung menerima taubat & mengampuni dosa-dosa seluruh hambaNya. Jika hamba itu mahu bertaubat, maka dia benar-benar kembali."
Sambungnya lagi,
"Allah yang melindungi anak kecil yang sedang tidur daripada kekejaman penguasa. Allah yang memeliharanya di pulau tempat tinggal binatang raksasa itu ketika dia masih kecil. Allah yang mengajarnya mengenai keesaaan Tuhan. Allah Maha Kuasa bagi memaafkan fitnah yang telah dilakukannya terhadap Bani Israel, jika dia beriman kepada Masih Ar-Rabb dan Injil."
Kemudian utusan itu keluar menemui Samiri lalui menyampaikan khabar yang diterimanya.
Namun Samiri tidak mahu menerima khabar itu, lalu berkata,
"Dia adalah tukang sihir. Syaitan-syaitan telah merasuk ke dalam dirinya."
Samiri tidak mahu menemui individu yang mengaku nabi itu. Padahal dalam sanubarinya yakin Isa bin Maryam adalah Nabi kedua yang akan ditemuinya menurut cerita dari Jassasah.
Samiri tidak mahu menjadi pengikut Isa bin Maryam. Dia manukan sesuatu yang sesuai untuk dirinya. Dia berfikir, mengapa dia sendiri tidak menjadi nabi?
Malah mengapa dia sendiri tidak menjadi Tuhan? Mengapa dia tidak mengambil kesempatan untuk menguasai seluruh tempat yang pernah dikunjunginya? Dia mahu semuanya tunduk kepadanya. Tetapi bagaimana?
Selepas itu Samiri meneruskan pengembaraannya. Menjelajah banyak tempat, lautan, tanah tandus, padang pasir, dan daratan.
Dia bergaul dengan pelbagai lapis masyarakat, pelbagai budaya, pelbagai bangsa. Dia mempelajari pelbagai pengalaman tanpa batasan.
Anehnya, dia telah melakukan banyak kejahatan sepanjang pengembaraannya, tetapi dia tidak memiliki apa-apa.
Samiri tenggelam dalam fikirannya untuk menguasai dunia. Dia berfikir unguk kembali ke pulaunya. Dia mahu mengasingkan diri dari seluruh urusan dunia.
Dia mahu merencanakan sesuatu untuk menguasai semua tempat yang bakal dikunjunginya. Lalu dia menaiki kapal menuju ke pulaunya.
YOU ARE READING
Awas Dajjal Menggempur Dunia
Science FictionBuku asalnya bertajuk Ihdzaru Al-Masih Ad-Dajjal Yaghzu Al-Alam Min Mutsallats Barmuda atau dalam bahasa Melayu, "Awas Dajjal Menggempur Dunia Dari Segitiga Bermuda"