Sebaik saja berlabuh di pulaunya, tiba-tiba Jassasah yang disangka telah mati tiba-tiba muncul.
Jassasah menghalang laluan Samiri. Binatang itu bersama 20 makhluk yang berwajah seperti matahari yang bersinar dan bercahaya. Tubuh mereka sangat tinggi, melebihi segala yang ada. Pada tangan mereka terdapat rantai besi yang besar dan berkilat.
Samiri melihatnya 20 makhluk tersebut, lalu menggigil. Dengan penuh rasa takut, dia berkata kepada Jassasah, "Apa ini semua? Siapa mereka? Bagaimana mereka dapat sampai ke sini?"
Mendengar kata-kata Samiri, Jassasah menjerit, "Wahai manusia paling bodoh, engkau telah mensia-siakan dua kesempatan dan tidak akan tersisa untukmu kecuali janji terakhir."
Belum sempat Jassasah menghabiskan bicara, tiba-tiba 20 makhluk tadi meluru ke arah Samiri dengan pantas. Samiri tidak sempat berbuat apa-apa, akibat ketakutan yang amat, dia pengsan.
Apabila tersedar, Samiri mendapati dirinya sudah berada di dalam gua, manakala Jassasah ada dihadapannya.
Ketika dia mahu menggerakkan kedua-dua kaki & tangannya, dia merasa amat berat. Dia mendengar bunyi loceng yang menakutkan.
Sementara itu, cahaya pagi sudah mula menyinari guanya melalui celahan lubang di bahagian atas. Samiri mendapati kedua-dua tangan & kakinya diikat dengan rantai yang sangat panjang.
Dia diselubungi ketakutan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Dia cuba melepaskan ikatan yang membelenggunya tetapi gagal kerana rantai yang mengikatnya terlalu kuat.
Jassasah membuka mulut,
"Wahai Dajjal masa hadapan, dewa kekufuran & kejahatan, sekarang engkau berada di zaman penutup para nabi, kekasih Allah, Muhammad s.a.w. Dia sudah lahir beberapa hari yang lalu ketika engkau berada di tengah lautan. Engkau berada di penghujung zaman. Janji Allah sudah datang."
Jassasah menyambung bicara,
"Engkau tidak akan terlepas daripada rantai yang membelenggumu kecuali selepas penutup para nabi wafat."
"Tanda saat kau keluar daripada gua ini adalah penghijrahan Nabi Muhammad ke tanah suci (Madinah) selepas orang-orang Arab memeranginya & mengusir pengikutnya daripada Mekah."
"Sedangkan tanda keluarmu sebagai orang sombong di dunia adalah pohon kurma Baisan tidak berbuah lagi, air tasik Thabary berkurangan, mata air Zughar kekeringan dan banyak terjadi gempa bumi dahsyat."
Dajjal membalas,
"Bagaimana aku dapat meyakini kata-katamu itu benar?"
"Aku ingin keluar. Dunia ini tidak ada raja kecuali aku. Aku adalah manusia paling tua kerana waktu tidak memberi kesan kepadaku. Seluruh dunia disekitarku sudah berubah terapi aku tidak pernah berubah. Jadi, akulah anak para dewa." Tambahnya lagi.
Jassasah mahu menamatkan perbualan lalu dia berkata, "Engkau bersabar atau tidak, janji Allah pasti benar. Engkau dilaknat & diusir, dilemparkan seperti Iblis terkutuk."
Selepas itu Jassasah berlalu pergi.
Jassasah sentiasa mengunjungi Dajjal yang berada dalam ikatan.
Binatang itu mendatanginya dengan buah-buahan tetapi dia enggan bercakap dengan manusia terkutuk itu. Dajjal cuba memulakan perbualan tetapi Jassasah tidak melayannya.Pada suatu hari, setelah sekian lama, Jassasah melihat seorang lelaki bersama pengikut-pengikutnya berlabuh ke pulau itu.
Jassasah menghampiri lelaki itu, sambil memberitahu, ada seseorang sedang menunggunya di dalam gua. Lelaki itu adalah Tamim Ad-Dari.
Tamim Ad-Dari mendekati Jassasah dengan rasa takut.
" Hilangkan rasa takutmu. Aku bukan syaitan. Aku diperintah oleh Tuhan untuk menjaga seseorang yang mempunyai kaitan dengan masa depan."
Kisah berikutnya disebut di dalam Shahih Muslim, mengenai pertemuan Tamim Ad-Dari & Al-Masih Ad-Dajjal
YOU ARE READING
Awas Dajjal Menggempur Dunia
Science FictionBuku asalnya bertajuk Ihdzaru Al-Masih Ad-Dajjal Yaghzu Al-Alam Min Mutsallats Barmuda atau dalam bahasa Melayu, "Awas Dajjal Menggempur Dunia Dari Segitiga Bermuda"