Assalammualaikum semua! 😘 Saya nak minta maaf sebab lama sangat menyepi tanpa khabar berita. 😭 Saya sedang hadapi banyak masalah pada tahun ini dan belum selesai satu pun lagi. Moga anda semua maafkan saya. 🙏
Keadaan di halaman rumah Encik Khai amat meriah pada pagi ini dengan ramai kawan Encik Khai membantu yang kebanyakan dari pejabat datang menghulurkan tangan merealisasikan majlis perkahwinan antara James dan Juliana. Majlis yang dilakukan tidaklah terlalu meriah dan James meminta agar Encik Khai hanya membuat sekali majlis kerana dia anak yatim piatu. Juliana setuju sahaja kerana dia tidak mahu membebankan pak ciknya dengan majlis ini walaupun dia tahu pak ciknya amat ingin melakukan majlis dengan penuh meriah dan girang. Jika boleh satu dunia ingin dikhabarkan berita perkahwinan Juliana , anak angkatnya ke media massa.
Hanya ringkas tapi tidak tahu kenapa Juliana rasa amat bahagia yang dirasainya sekarang. Mereka tidak berhubung sejak dia mendapat mesej selamat malam dari James. Dia tahu James sibuk dengan dunia perniagaan begitu juga dengannya. Tipulah jika dia kata dia tidak ternanti akan mesej encik tunangnya. Ketika ini pun dia amat menantikan mesej dari James. Tangan gatal sahaja ingin menghantar Whatsapp kepada James namun bimbang akan menganggu encik tunang pula.
Bunyi notification dari telefonnya. Juliana melihat siapa yang menghantar mesej di Whatsapp dia ketika ini. Alangkah terkejutnya dia melihat nama encik tunang di skrin telefon.
💌 Dah tak sabar nak suami awak dan peluk awak setiap masa. 😘
Amboi , sejak bila encik tunang tukar perangai lebih manja ni? Terbit senyuman di bibir Juliana membaca mesej James. InshaAllah perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayatnya. Aamiin. Doa Juliana di dalam hati.
💘 Semoga Allah permudahkan urusan awak nanti. 😊
Juliana membalas mesej James. Ingin memberi semangat pada dirinya kerana Juliana tahu dalam sejam lagi James akan membaca akad nikah mereka. Mesti James berasa gementar.
"Senyum sangat boss kitA baca mesej. Dari encik tunanglah tu." Usik Amira iaitu setiausaha Juliana.
Hanya Amira sahaja kawan yang dia ada dan boleh dipercayai. Tak sangka Amira lompat gembira apabila dikhabarkan tentang perkahwinannya. Rasanya dia juga turut senang melihat penerimaan sahabatnya.
Juliana malas nak layan usikan Amira. Amira tengah sibuk menghias wajahnya ketika ini. Jadi jurumekap tak berbayar kerana dia yang menawarkan diri untuk memekap Juliana kerana dia ingin Juliana nampak ringkas dan tidak terlampau tebal mekap yang dikenakan.
Dia membaca mesej James. Tak mahu membuat James menunggu balasab darinya.
💌 InshaAllah , aamiin. Meet you soon dear. 😘
💘 😊😆
Setelah siap semuanya. Encik Khai masuk ke dalam pintu setelah mengetuk pintu beberapa kali. Terlakar senyuman di wajah Juliana melihat Encik Khai. Wajahnya yang berseri dengan kebahagiaan.
"Alhamdillah , nampak cantik dan manis anak ayah dengan baju nikah ni." Puji Encik Khai.
"Ayah juga nampak segak dengan baju Melayu warna coklat tu." Tak lupa juga Juliana memuji ayah angkatnya. Senang hatinya nelihat wajah Encik Khai ketika ini. Rasanya tidak salag dia membuat keputusan dengan mendengar kata Encik Khai dengan mengahwini James iaitu pilihannya.
"Selepas ini , ayah harap Ana mampu menjaga James dengan baik. James pun ayah dah bagi pesanan penaja siap-siap walaupun ayah tahu dia memang akan jaga Ana dengan baik. Nanti , datanglah lawat ayah kat rumah ini. Bosan ayah seorang sahaja kat rumah ini."

YOU ARE READING
Hold Me Tight
RomansaSiapa yang akan menolak tuah jika bakal suami ialah seorang jejaka idaman para wanita di luar sana? Juliana Evianne ialah seorang gadis yang tak tahu apa-apa tentang cinta lalu dijodohkan dengan sesorang yang ditentukan oleh pak ciknya , Encik Khai...