Cerita 5 Nyamuk (Ice & blaze)

198 10 0
                                    

"Ice , kau comel sangat kalau macam ni . Aku suka tengok muka kau . Geram nyer "blaze mencubit pipi ice yg sengaja dikembungkan tanda tidak puas hati . Semuanya bermula .....

Flashback

Ice sedang duduk di sofa ruang tamu . Thorn , solar , hali dan taufan sibuk berjalan-jalan di sekitar bandar . Gempa sedang melakukan sesuatu yakni eksperimen yg tidak perlu diberitahu secara terperinci . Jadi ice keseorangan .

Dengan berteman novel LONG LOST TWIN karya manusia yg author tak tahu sebab tak follow lagi . Dan ketika ice asyik melayan cerita itu yg mengisahkan 2 beradik yang terpisah , mata ice mula berkaca . Adakah keperitan hidup seperti ini akan dilaluinya .

Oh , berat rasanya amat sukar diluahkan dengan kata kata . Dia rela kehilangan apa sahaja kecuali blaze . Blaze adalah tempat dia bergantung dan tumpang kasih . Blaze juga adalah kembar dan abang yg mengambil berat akan hal dirinya . Dan air mata ice jatuh mengenai novel itu . Sebetulnya bukan novel tapi cerita dalam aplikasi wattpad . Oleh itu sila lah baca dan khatam ye cerita LONG LOST TWIN . Author sungguh suka akan jalan cerita dan pengakhirannya .

Oh , sebelum tersasul dari tajuk sebenar . Marilah kita pulang kepada pangkal jalan cerita . Ice yg personalitinya seorang sensetif dilhat tidak dapat menahan perasaan lalu menangis rupanya telah diperhati oleh sepasang mata beriris jingga . Blaze juga berasa sedih melihat adegan di hadapan matanya .

Blaze mendekati ice dan memeluknya dari belakang . "Dah jangan nangis , aku takkan berpisah dari kau . Kau satu satunya kembar aku paling dekat . Kau jugak yang buat aku kuat . Jangan nangis . Aku tak suka tengok kau nangis . Aku nak ice yg periang . Boleh ?" Entah kuasa apa yang blaze gunakan sampai tahu apa isi hati ice .ice yang tersentak dengan pelukan itu terus blush , dia sedang menghayati buku itu diganggu blaze pula tetapi sebenarnya dia ingin menyembunyikan hal sebenar di dalam lubuk hatinya . Lalu keduanya mulalah bergaduh . (Perlu ke bergaduh ni)

Flashback off

"Ice ..."blaze tetiba melutut gaya orang meminang di khalayak ramai "sudikah kau memaafkan aku ? Aku janji tak kacau kau lagi " blaze mengangkat sumpah .

Ice tertawa kecil melihat blaze seperti itu lalu mengangguk tanda sudi . Dan berpaling membaca semula buku . Tetapi blaze memeluknya  dan berbisik sesuatu "ice , kembar ku yg hensem dan baik . Blaze taknak tengok ice menangis lagi . Blaze sedih kalau macam tu . Jadi .... boleh tak kalau ... "blaze tidak meggunakan kata ganti nama 'kau-aku' tetapi menukarnya kepada 'blaze-ice' . Dah macam kekasih jer . Bagai pinang dibelah chainsaw .

"Yelah , aku janji tak nangis lagi . Ni last time kau tengok aku nangis . Lepas ni aku akan selalu senyum kat kau . Tapi apa yg kau nk cakap ?"ice memandang blaze dengan pandangan seredupnya . Iris biru laut ice bertentang dengan iris oren milik blaze .

Ice terpegun seketika , sunguh redup pandangan yg disaksikannya . Pandangan oleh mata kembarnya , Blaze . Persoalan ice dibiarkan tergantung sepi oleh Blaze . Lantas menghadiahkan kiss di dahi ice . "Tolong ice , aku tak boleh kawal diri sebab kau hensem sangat . Geram aku . Hehe " blaze mencipta alasan

Tetiba ........

"Ada nyamuk !!!!"ice ingin mengubah topik dengan menyatakan ada nyamuk di pipi blaze mengambil jalan mudah iaitu menampar blaze sekuat boleh (ice nak bunuh blaze ke ?)

Blaze terperosok ke lantai kerna diperlakukan begitu . Dia menahan rasa sakit di dua tempat iaitu pipi dan hati . Hatinya panas secara tetiba
"Mana ada nyamuk !!!!"blaze meninggikan suara menyebabkan ice terkejut tetapi laju memberi alasan

"Ada nyamuk tadi " ice melihat muka blaze merah menahan marah . Blaze berlalu pergi tetapi sempat memberi jelingan maut kepada ice menyebabkan ice double shock . Kembarnya yg baik bertukar menjadi panas baran

BBB ( Romance: Slow Update)Where stories live. Discover now