Bab 2

1K 41 2
                                    

Balai Berita Majalah Hiburan Panas Hangat.
8.50 malam

   Kata dikota , Nana sampai awal sepuluh minit dari masa yang diletak dalam buku catatannya . Memandang persekitaran pejabat moden yang mempunyai empat tingkat , tiada berada disitu kecuali kelibat dua orang pengawal keselamatan . Seorang berjaga di pintu masuk dan seorang lagi mendominasi kaunter pertanyaan .

   Nana terseyum hormat sebelum bergerak ke lif utama . Tidak perlu bertanya lokasi yang mahu dituju kerana dia sememangnya sudah arif dengan selok-belok pejabat produksi majalah hiburan itu . Selama ini dia sering dipanghil meyolek artis . Malah apabila ada penggambaran kaver majalah , sentuhan solekan Nana sememangnya disukai Mama Jujie dan Rania . Itulah permulaan persahabatan antara Nana dengan dua wartawan hiburan yang kini menjadi antara teman akrab .

   Berhenti di tingkat empat , lif terbuka teris ke ruangan pejabat ketua editor yang sangat dihormati semua . Siapa tidak kenal Puan Rozita Che Win ? Wartawan hiburan tersohor yang dikenali kerana krediniliti , stail dan personaliti setaraf artis . Usianya masuk 40-an tetapi kecantikannya , tubuh bergetahnya dan gaya berpakainnya memebuatkan ramai menyangka dia masih di ambang 20-an .

   " Nana mari masuk sini! " sejenak ralit memerhati , Nana dikejutkan dengan suara panggilan Mama Jujie . Dia sudah berada di meja mesyuarat . Malah Rania dan Puan Rozita Che Win juga turut duduk di situ . Memebuatkan Nana mempercepatkan langkah dan meneguk air liur.  Alahai! Sangkanya dia sudah datang lebih awal daripada klien!

   Menolak pintu gelas bilik mesyuarat itu , Nana menunduk-nunduk kepala persis orang Jepun.  " Maaf sangat , saya terlewat! " sebaik duduk , Nana meletakkan beg bagasi yang berisis segala barangan kelengkapan mekap . Dia kalut mahu mempersiapkan kapas , berus-berus pelbagai saiz dan palet warna yang mahu digunakannya.  Sesi menyolek bos besar itu perlu dimulakan pada kadar segera dan kecemasan!

   " Nana , tisak payah susah-susah buka beg mekap " kata-kata teguran Rania berbunyi serius . Membuatkan pergerakan Nana terkaku dan keningya bertaut menjadi satu .

   " Hmm ... Saya minta maaf . Tetapi saya rasa saya datang tepat pada masanya . Janji kita pukul 9.00 malam . Saya tidak terlewat . " Nana meneguk air liur memepertahankan dirinya . Seketika dia memandang Rania bagi mendapatkan sokongan , sebelum memberanikan diri mengerling Puan Rozita . Mungkin wanita hebat itu memang pantang sekiranya dirinya datang dahulu . Sebagai klien , sepatutnya Nana sudah sedia menunggu . Bukannya terkial-kial membuka segala lipstik dan bedak! Mana boleh bos pula yang menunggu pekerja!

   Mengetap bibir sendiri , Nana mengeluh lemah . Nampaknya rezeki yang diharap , tidak semurah yang disangkakan . Susah-susah datang pejabat majalah hiburan , kini tempahan solekannya dibatalkan!

   " Sebenarnya kami panggil awak bukan untuk menyolek sesiapa " Mama Jujie yang diam seribu bahasa akhirnya sudah berkata-kata .

     Nana makin berkerut. Apakah semua ini ? Memanggil Nana bukan kerana mahikan perkhidmatan jari-jemarinya menyolek orang ? Habis ? Buat apa dia datang  ? Mahu ajak main tepuk amai-amai beramai-ramai ? Nana makin pelik! Dia sempat memandang setiap sudut bilik mesyuarat . Mana tahu ada kamera tersembunyi yang mahu mengenakannya dalam rancangan 'Bang Bang Boom' . Nana juga cuba mengingati tarikh dalam kalendar masihi . Sah , bukan 1 april ! Jadi ini juga bukanlah percubaan April Fool!

   " Nana Ilyana binti Yusman ? " suasana hening seketika apabila Puan Rozita bersuara . Tegas , penih berkarisma dan kini dia bangun mendekati Nana . Nana meneguk air liur , tiba-tiba seluruh bulu romanya tegak semacam . Seram! Dia bagaikan seekora kancil yang didekati sang harimau.  Tambah mendebarkan apabila wanita itu berdiri betul-betul disebelah Nana.  Kemudian Puan Rozita mula memegang rambut Nana serta memebelek setiap jurak kemuka.  Tidak cukup dengan itu , pipi Nana turut dicuit-cuitnya ! Buatkan Nana terkaku badan seperti batu kerana diperlakukan sebegitu .

  
   " Bagus! Rambutnya sihat dengan potongan kontemporari . I like! " komen Puan Rozita bergema ke telinga . Jari-jemari wanita itu masih mengelus rambut Nana , bagaikan seorang ibu membelai rambut anaknya . " Pipi pun okey . Tidak tembam sangat dan tidak pula cengkung macam jerengkung . Kulit pula sihat , berseri dan tiada jerawat . Saya boleh beri markah bonus sebab Nana juga pandai mekap sendiri . Memang bagus! " Puan Rozita mengalihkan pemeriksaan kepada kulit muka Nana pula . Dicuit-cuit , dipegang-pegang dan dinilai sesuka hati . Buatkan Nana hairan sendiri . Ah! Konspirasi apakah ini ? Terasa dirinya seperti spesimen dan bahan ujikaji eksperimen sains . Dibelek sesuka hati , bagaikan barang dan bukannya orang !

  
   " Memang sesuai ... Memang padan sangat . Nana adalah orang yang kita cari bagi dijodohkan dengan Mr.Right  Selebriti kita! "

   Kata-kata Puan Rozita memebuatkan mata Nana terbeliak . Rania dan Mama Jujie pula takut-takut memandang kerana ada rahsia terbesar dan agenda tersimpan yang tidak diberitahu kepada sahabat mereka! Mahulah Nana bersetuju dan akur pada permintaan yang teramat gila?

Mr. Right SelebritiWhere stories live. Discover now