Bab 5

671 26 0
                                    

6.00 pagi.

Nana sudah bangun menunaikan solat subuh. Doanya dipanjangkan ke hadrat Ilahi, semoga segala urusan dipermudahkan . Hari ini hari yang penting buat dirinya . Selepas tiga minggu menjalani segala jenis rawatan merapikan badan , menghadiri kuliah persediaan diri dan melengkapkan pengetahuan dengan gajet - gajet melaporkan gosip , hari ini menjadi penentu . Hari ini Nana bakal bertransformasi dengan imej baru . Lama dia menadah tangan dan memohon supaya dirinya berjaya dalam temuduga peserta di stesen TV terkemuka .

"Huh ... " Keluhan itu dilepaskan dan tangan menekap dada. Nana cuba mengumpul kekuatan bagi mengawal debar jantungnya . Selepas telekung dilipat dan sejadah disimpan , Nana membuka almari ... merenung segala jenis baju yang diterima daripada pihak penaja . Disertakan bersama adalah helaian tudung pelbagai warna yang boleh dipadankan sebagai pelengkap gaya.

" Baju mana yang sesuai ? Tudung warna apa ? Aduh ... Ini pertama kali aku akan bertudung di hadapan orang ramai . Ini pertama kali aku berimej baru . " Nana mengumam kata sambil menggigit jari. Merenung satu per satu pilihan busana yang sesuai dengan diri , akhirnya blaus warna merah jambu dicapai dan disua ke badan . Dia turut serta mengambil trench kot panjang berwarna hitam bagi menampakkan sisi profesional imejnya dalam penampilan . Hampir dua jam bersiap , akhirnya Nana keluar dari bilik setelah berpuas hati . Menuju ke dapur untuk mengisi perut , Nana bertegur dengan Linda secara sekali lalu .

" Sarapan apa pagi ini ? "

Linda yang sedang menyapu mentega pada kepingan roti sudah mengangkat muka . Melihat sahaja imej baru Nana , rotinya terjatuh ke meja . Matanya membulat tidak percaya !

" Nana , cantiknya ! Awak memang nampak lain sangat ! "

Nana tersengih lega . Baru mahu terkembang - kembang hidung dipuji sebegitu , Linda lebih pantas menyambung kata . " Tetapi sejak bila awak bertaubat dan pakai tudung ? Sejak bila dapat hidayah ? " Tanpa menapis kata , soalan cepumas itu diajukan . Oh , memang laser ! Ini kerana mereka sudah lama berkawan sejak dibangku sekolah . Tiada sempadan komunikasi dan istilah ' berkecil hati ' wujud dalam kamus persahabatan mereka .

" Ini penampilan baru saya dalam rancangan realiti TV . Puan Rozita kata , peserta yang bertudung lebih disukai penonton . Shahir sendiri suka perempuan bertudung . Jadi harapnya dengan bertudung , saya dapat dipilih menjadi finalis rancangan itu . " Nana menuang air kopi pada cawan sebelum menyua ke bibir dengan berhati - hati . Takut comot pula pemakaian lipstik !


" Hish ! Pakai tudung untuk dapat undian penonton ? Memang tidak ikhlas langsung ! " Linda menjuih bibir , kepalanya digeleng tanda tidak setuju .

Ketika itu Nana mengeluh sendiri . " Itulah masalahnya . Saya tahu bertudung adalah satu kewajipan . Tetapi secara jujurnya , saya belum bersedia . Ini memang betul - betul terpaksa ! " Nana tidak dapat menafikan , hatinya sendiri tidak senang dengan tujuanya bertudung .

" Tidak apalah ... mula - mula pakai tudung kerana terpaksa , lama - lama terbuka hati secara ikhlas . Mungkin itu cara Tuhan merencana perubahan diri awak . Nanti ada rezeki , saya mahu ikut jejak langkah Nana Ilyana yang muslimah ! But seriously , you look great ! Sama taraf dengan selebriti bertudung yang lain seperti Wardina, Datin Norjuma dan Yuna ! " pujian Linda membuatkan Nana terseyum lebar , sekaligus berjaya menyusutkan resah gelisah .

" Okeylah ... Saya pergi dahulu ya ! Pagi ini ada perjumpaan dengan semua ketua majalah Hiburan Panas Hangat . Tengah hari pula ke stesen TV13 . Tolong doakan ya ! "

Nana bangun selepas menghabiskan kopi . Sarapan tidak disentuh langsung kerana dia lebih takut perutnya meragam dilanda puting beliung pada saat - saat yang tidak patut . Melihat Nana tidak makan apa - apa , laju Linda mencapai bekas Tupperware plastik. Diisinya tergesa - gesa dengan kepingan biskut dan sebiji epal .

" Nana ! Mana boleh pergi temuduga dengan perut kosong ! Awak mesti bawa bekal dan isi perut ! " Linda terkocoh - kocoh mengejar Nana yang sudah berada di muka pintu . Waktu itu , Linda melopong sekali lagi apabila melihat Nana sudah menyusung beg troli besar berwarna merah jambu !

" Hei ! Awak mahu pindah rumah hari ini juga ? Awak diwajibkan terus masuk rumah agam seperti peserta Akademi Fantasia ? " Wajah Linda sudah muram semacam . Tinggal berdua sahaja dengan Nana , pasti ketiadaan temannya itu benar - benar terasa .

" Linda , bertenanglah. Saya belum mahu pindah lagi . Jadi peserta pun belum tentulah ! Ini hanyalah persiapan tiga persalinan yang saya bawa bersama . Takut Puan Rozita tidak suka baju yang saya pakai sekarang . Risau juga pegawai - pegawai majalah minta saya tukar pakaian sebelum pergi temuduga di stesen TV13. "

Linda menaeik nafas lega . Dihulurnya bekas makanan sebelum memeluk Nana erat - erat lalu membisikkan kata - kata semangat , " Nana , you go girl ! The Wannababes dahulu paling hebat di Sri Bangsar . Pastikan awak berlawan sehebat mungkin jadi peserta finalis ya ! "

Menerima kata - kata semangat itu , Nana sendiri teringat memori sepuluh tahun dahulu . Dia dikategorikan antara tujuh gadis popular yang paling disebut - sebut di sekolah . Dia antara yang tercantik dan menyerlah . Jadi dalam temuduga kali ini , dia mesti memastikan gadis - gadis lain kalah !

Mr. Right SelebritiWhere stories live. Discover now