Pukul 2.00 petang , seperti dijadualkan ... Nana ditemani Puan Rozita bagi menyertai ratusan peserta perempuan yang memenuhi dewan menuggu di dewan Seri Perentas , TV13 . Sesi temuduga bagi saringan pertama berlangsung hari ini dan Nana menjadi antara gadis yang bakal mencuba nasib .
" Ya Allah ! Takutnya ! Pandang kiri dan kanan , semua persaingan cantik - cantik sangat ! Saya takut tidak terpilih ! Saya rasa mahu balik ! " Nana berbisik pada telinga Puan Rozita . Tangannya sejuk menahan takut . Jari jemarinya menggigil dek gemuruh.
" Awak jangan buat fasal , Nana . Kami semua bergantung kepada awak . Awak kena berani. Awak memang boleh buat ! " Puan Rozita yang bagaikan jurulatih peribadi buat Nana , terus - terusan membakar semangatnya .
" Lagipun inilah waktunya mahu bergaul menemubual peserta dalam situasi yang tidak formal . Sekarang ini saya akan tinggalkan awak sendiri sebab saya ada mesyuarat pada pukul 3.00 petang . " Puan Rozita tegas bersuara dan bergerak pergi , tidak mahu tunggu lama.
" Puan ! Nanti dahulu ... Puan ! " Nana jadi kelam kabut apabila mengetahui dia bakal ditinggalkan sendirian .
" Apa lagi Nana ? " Puan Rozita mula hilang sabar.
" Saya takut ! " Nana teragak - agak meluahkan rasa hati sebelum menyambung lagi. " Saya takut teramat sangat ! " ketika itu muka Nana sudah pucat lesi.
" Apa saya mahu jawab dalam sesi temuduga di hadapan juri profesional nanti ? Bagaimana saya mahu bergaul dengan gadis - gadis disini ? " Nana bertalu - talu menyatakan rasa kurang yakinnya sambil memandang wajah Puan Rozita dengan penuh pengharapan . Meminta simpati dan sokongan .
" Nana ! Tidak mungkin saya perlu ajar awak bercakap ! Buatlah sendiri dan mesti yakin diri . Nanti apabila terpilih jadi finalis , selama empat bulan awak perlu duduk di banglo bersama 12 lagi gadis . Bukannya saya boleh teman sepanjang masa di sisi ! " Puan Rozita memang benar sudah hilang sabar dan terus berlalu meninggalkan Nana terkontang - kanting sendirian .
Lama - kelamaan , Nana mula tenang kembali . Anggap sahaja ia bagaikan sesi bergosip dengan The Wannababes ! Nana kini sudah mampu tersenyum dengan yakin . Dia segera mendekati seorang wanita berwajah kacukan Inggeris. Duduk di sebelah mangsa gosip yang pertama , rupa - rupanya wanita bernama Ivy Nadia itu sangat peramah ! Pelbagai kisah dikongsikan dan dalam tidak sedar , soalan - soalan berbentuk kontrovensi ditanyakan oleh Nana . Nana dapat mengumpulkan maklumat sensasi yang Ivy hanya mahu menjadikan rancangan ' Mencari Jodoh Sehati Sejiwa ' ini sebagai platform mengembangkan bakat . Dia lebih berminat menjadi pengacara seperti Farah Fauzana dan merasakan inilah peluang keduanya selepas gagal terpilih menyertai rancangan Malaysian Top Host .
Kini Nana begitu bersemangat . Dia merasakan dia boleh melakukannya ! Mencari gosip adalah sesuatu yang disukainya ! Dalam hati , Nana menanan azam . Dia mahu melakukan tugasan wartawan perisik dengan penuh dedikasi. Pada masa yang sama , dia perlu berjaya menawan hati angkasawan simpanan negara iaitu Shahir !

YOU ARE READING
Mr. Right Selebriti
RomantikPENULIS : AIN MAISARAH TAJUK : MR.RIGHT SELEBRITI Nana ilyana, dahulu popular sebagai The Wannababes di Sekolah Sri Bangsar. Kini usianya di penghujung 20-an, masih seorang tiada berteman. Tiada calon suami boleh dibawa bertemu keluarga dan diperken...