Bab 1

2.3K 63 11
                                    

KLCC, 9.15 PAGI

    " Hai adik manis! Hari ini mahu sarapan apa?" Mamak pekerja di medan selera itu sudah mengangkat kening semacam. Sinar mata itu jelas mahu mencari jalan perkenalan.

   "Hmm... Beri satu roti canai garing dan kuah dal. Minumnya, teh tarik kurang manis ya!" jawapannya bernada tegas. Biar tiada ruang dan peluang mamak itu mahu cuba-cuba masuk jarum memikat dan menaruh harapan hidup bersama! 

   "Itu sahaja? " mamak itu masih tersenyum meleret. Cuba-cuba menunjuk lesung pipit.

  "Ya, itu sahaja. Berapa harganya? " beg duit sudah dibuka dan sekeping RM5 dihulur dihadapan kaunter.

   "Tidak payah bayarlah! Abang belanja. " Mamak itu geleng kepala dengan begitu bersungguh. Hingga sekali tengok mungkin menyangka tengkuknya itu ada spring anjal yang begitu fleksibel.

   Seriously!  It's too good to be true. Mana da wujud lagi dalam zaman moden ini, orang belanja makan secara percuma ? Tentu ianya strategi menanam budi dan harapkan balasan bercinta. Apa?  Bercinta dengan pekerja kedai makan?  Urghh!  Tidak sanggup rasanya! Bukanlah memilih darjat atau pangkat, tetapi sekurang-kurangnya biarlah lelaki yang dipilih menjadi suami itu punya kemampuan menanggung keluarga. Paling penting, bertaraf warganegara Malaysia kerana nantinya tidak lah risau tiba-tiba bakal suami pulang India dan terus tidak nampak muka!

   Melihat bunga-bunga perangkap itu, laju Nana Ilyana binti Yusman meletak tangan didada. Muka tersenyum manis pada kadar terlebih gula. Lalu dia berkata "Eh? Betul mahu belanja? "

   Mamak itu mengangguk lagi. Senyumnya meleret lebih lebar dari tadi.

   "Kalau begitu saya mahu tukar pesananlah!  Beri nasi beryani berlaukkan ayam rempah, ketam dan udang. Air pula, ambil jus mangga asli gelas yang paling besar sekali ya? " sebaik melihat Nana menunjuk-nunjuk deretan lauk yang mahal-mahal, pekerja mamak itu sudah meneguk air liur. Terkebil-kebil sekejap kerana tidak menyangka Nana sanggup mengenakannya. Mentang-mentanglah dibuka peluang belanja makan, terus memesan yang hebat-hebat setaraf buffet Hotel Istana! 

   "Hmmm... Maaf lah adik manis. Abang boleh belanja roti canai dan teh tarik sahaja. Disuruh belanja nasi beryani berlauk sampai RM20, mana ada duit... " Suara pekerja itu mengendur lemah. Kini matanya tidak lagi memandang gaya gatal tetapi sudah tunduk merenung kaunter bayaran. Tentu ada rasa segan dan malu apabila diperlakukan sebegitu.

   Sekejap Nana dihujani rasa bersalah kerana menjatuhkan maruah pekerja mamak itu. Namun kadang kala pengajaran mesti diberi kepada lelaki-lelaki yang mudah sangat mahu memikat dan bermanis mulut mempermainkan perempuan. Yalah, satu hari entah berapa ramai pelanggan perempuan berdahi licin yang cuba dipikatnya. Entah-entah semua! 

   "Itulah... Lain kali jangan senang-senang mahu belanja orang perempuan!  Lebih-lebih lagi di KL ini kerana semuanya bekerjaya. Minat mereka yang mahal-mahal. Makan mesti yang sedap-sedap. Takut awak tidak mampu menanggung hidupnya!  " ceramah Nana panjang lebar. Mujur roti canai dan teh tarik yang dipesan sudah sampai. Lalu bayaran dihulur dan tanpa menunggu wang baki, Nan berlalu meninggalkan si pekerja yang patah hati. Tatkala mata sibuk mencari keeusi kosong di medan selera KLCC, lenganya dicucuk berkali-kali oleh orang di sbelahnya.

   "Nana mengapalah awak kejam sangat ? Cakap negitu dengan orang yang cuba berkenalan ? " Wawa, rakan sekerja yang sebenarnya sedari tadi datang bersama tetapi senyap mengunci mulut melihat slot cerekerama Nan dan si pekerja mamak, alhirnya bersuara . Wajahnya jelas tidak setuju dan merenung tidak suka .

   " Alah! Saya bosanlah! Setiap kali makan di situ, dia mesti cuba memikat . Macam tidak faham-faham , saya tidak suka . Saya tidak berminat! " Nana membuntang mata mempertahankan perbuatannya .

Mr. Right SelebritiWhere stories live. Discover now