Part 1

92 2 0
                                    


" Hye you! Jom kita kahwin!"

"Hah?!". Tercengang Irene Adila dibuatnya. 'Entah datang dari mana mamat ni tetibe ajak aku kahwin. Gila ke apa mamat ni?'. Gumam Adila.

"Yes! Aku serius. Jom kita kahwin."

"Awak ni siapa? Tiba tiba datang kat tempat saya, ajak saya kahwin. Awak pun saya tak kenal. Jangan jangan awak ni...awak ni.." Adila tergagap gagap untuk meneruskan percakapannya.

"Awak apa?". Potong lelaki tersebut

"Hemmm...awak ni gila ek? Baru terlepas dari wad orang gila ek?"

"Amboii..mulut kau. Boleh tahan. Pernah tak mulut kau tu kena tenyeh dengan cili?". Soalan lelaki tersebut membuatkan Adila menggeleng kepala dengan lajunya.

"By the way, sekarang ni kau free tak? Aku nak bincang sesuatu dengan kau." Ujar lelaki itu.

"Sekarang ni saya tengah kerja. Saya rasa tak boleh kot."

"Leceh la kau ni. Dah la petang ni aku ada hal lain. Lelaki tu kau punya tauke ke?" Soal lelaki tersebut sambil menunding jari ke arah lelaki yang sedang berdiri di kaunter bayaran.

"Ha'ah. Dia la bos saya." Setelah mendengar jawapan Adila, terus lelaki itu menuju ke arah tauke tersebut. Adila hanya memandang kehairanan melihat lelaki tersebut. 'Entah apa yang diorang berbual bual tu? En Jamal duk angguk angguk kepala dia'. Bisik hati Adila.

"Ok, settled! If you don't mind, please take your seat, miss." Ujar lelaki tersebut lalu mengambil tempat di hadapan Adila.

"Tapi encik, nanti tauke saya..." Belum sempat Adila menghabiskan kata katanya, lelaki tersebut terus memotong.

"Dia dah bagi kebenaran. Kau jangan risau." Adila perlahan lahan menarik kerusi di tepinya.

"Sekarang awak nak bincang apa?" Soal Adila.

"Aku nak kita kahwin. By next month." Terlopong Adila mendengar permintaan lelaki tersebut.

"Awak ni siapa? Nama awak pun saya tak tahu. Ni alih alih awak ajak saya kahwin? Tak logik." Balas Adila.

"Sorry. Lupa nak kenalkan diri. Just call me Naim. I'm 30 years old."

"Oh..dah tua rupanya. Patut la tiba tiba ajak aku kahwin." Spontan mulut Adila berkata kata.

"What?! Are you insane?". 'Gila celupar mulut minah ni',hati Naim mula panas.

"Sorry sorry..mulut saya ni memang macam ni. Suka menjawab". Adila menampar lembut mulutnya.

"So, kau setuju tak?", Soal Naim lagi.

"Macam saya kata tadi la. Saya tak kenal awak. Dan untuk jawapan itu, semestinya saya tolak. Jadi izinkan saya sambung balik kerja saya", ujar Irene Adila. Saat dia hendak bangun, Naim pantas menghentikan pergerakkannya.

"Nanti dulu. We haven't finished it yet! Take back your seat!". Mendengarkan nada Naim seakan akan berubah membuatkan Adila kembali duduk. 'Gila ke apa orang tua ni. Buang tebiat la.'

"Maybe You do not know me but I do know you. Nama kau Irene Adila binti Mohd Amir. Kau umur 22 tahun. Kau belajar sampai peringkat SPM je sebab family kau tak mampu nak tanggung. Tapi kau punya result SPM memang cun cause you managed to get straight A's. Kau ade 3 orang adik beradik..."

"Dah! Cukup! Cukup! Macam mana awak boleh tau semua pasal saya?", soal Adila, gementar. Mendengarkan maklumat tentang dirinya daripada mulut Naim membuatnya takut. Siapa lelaki ni sebenarnya? Kenapa dia tahu semua tentang dirinya? Apa yang membuatkan lelaki ni berminat dengan dirinya?

Hye You!Where stories live. Discover now