Pukul menunjukkan 10 malam. Adila bergerak ke bilik Naim untuk memeriksa keadaan Naim. Perlahan lahan Adila meletakkan tapak tangannya di dahi Naim. Suhu badan Naim kembali normal. Adila yang bersila di atas lantai sambil memangku kepalanya di birai katil hanya memandang Naim yang nyenyak tidur.
Dia menilik satu persatu raut wajah Naim. Tidak dinafikan Naim mempunyai aura tersendiri yang mampu menarik perhatian wanita wanita lain. Dia dikira beruntung kerana dapat memiliki lelaki yang baik seperti Naim.
Adila tersenyum apabila teringat kenangan apabila Naim membela dirinya di hadapan ibu saudara Adila.
"Hah Adila! Kamu tu kena jaga sikit laki kamu tu. Kamu kena jaga betul betul makan, pakai suami kamu tu. Sentiasa berhias untuk suami kamu. Si Naim tu dah la hensem, berduit. Ramai perempuan kat luar tu yang tergila gilakan suami kau. Jangan jadi macam mak kamu dah. Ayah kamu dilarikan perempuan lain sampai sekarang tak balik balik. Kamu nak ke jadi macam tu?"
Kata kata Mak su membuatkan Adila terasa. Semalam beria ia telefon ajak makan tengah hari bersama. Kononnya nak berkenalan dengan Naim. Alih alih aku datang sini, free free kena kutuk. Hati Adila geram. Adila hanya menunduk kepalanya. Langsung tidak memandang suaminya di tepi.
"Kamu dengar tak ni Adila?" Suara Mak su bergegar di cuping telinganya.
"Adila dengar, Mak su." Perlahan Adila menjawab. Kenapa harus perihal bapa dibangkitkan?
"InsyaAllah Mak su. Saya takkan sia sia kan Irene. Perkahwinan ini bermakna untuk saya. Takkan la saya nak lepaskan orang sebaik Irene ni. Saya janji Mak su. Saya akan jaga Irene sebaiknya. Lelaki yang gentleman adalah lelaki hanya setia pada yang satu, kan sayang?" Naim tersenyum manis sambil memegang erat tanggan Adila. Adila agak terkejut dengan reaksi Naim. Naim membela dirinya? Terasa berbunga bunga hatinya saat itu.
Malah, Naim suka membahasakan dirinya Irene dan bukannya Adila. Katanya Adila dah mainstream. Irene rare sedikit. Mengingatkan peristiwa itu membuatkan Adila terlena dalam tidurnya tanpa disedari tangannya sedang erat memegang tangan Naim.
Tepat pukul 1 pagi, Naim terkejut lenanya dan merasakan demamnya telah kebah. Naim jatuh kasihan melihatkan posisi tidur Adila. Mesti dia letih setelah hampir seharian berjaga. Perlahan lahan Naim meleraikan pegangan tangan Adila. Kemudian dia mencempung Adila ke atas katil. 'Terima kasih sebab sudi jaga aku', bisik Naim perlahan di telinga Adila. Naim merebahkan dirinya di sebelah Adila dan kembali menyambung lenanya.
__________
"Hye, bangun. Dah lewat ni." Naim mencuit bahu Adila. Adila yang dalam keadaan mamai terkejut melihat dia sedang berbaring di sebelah Naim dan lebih mengejutkan tangannya sedang melingkari pinggang Naim. Lantas Adila terus terduduk. Naim gelak melihat gelagat Adila.
"Hai sleeping beauty. Best tidur?" Soal Naim, menyindirnya mungkin.
"Macam mana saya boleh tidur kat atas ni?" Soal Adila kehairanan.
"Kau tak ingat apa apa ke?" Adila menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada soalan Naim.
"Semalam kau yang panjat katil aku. Lepas tu, kau peluk aku dan akhirnya...."
"Tak. Tak mungkin! Saya takkan buat macam tu!" Potong Adila.
"Kau betul betul tak ingat ke apa yang kita lalui semalam? Atau pun kau nak laluinya sekali lagi?" Soal Naim, senyum gatal.
"Maksud awak..maksud awak..kita..." Adila menggelabah.
"Takde la. Aku gurau je. Dah la aku nak mandi pastu solat subuh. Kau pun sama. Pergi mandi cepat. Then kita solat sama sama. Ke kau nak join mandi dengan aku?" Sekali lagi Naim menayangkan senyuman gatalnya.
YOU ARE READING
Hye You!
RomanceSecara tiba tiba dia dilamar oleh seseorang yang tidak dikenali atas alasan ingin membalas budi arwah neneknya. Kehidupan dia mula berubah namun lama kelamaan terbit bibit bibit cinta di antara kedua-duanya. Pada mula dia malu untuk mengaku namun di...