Part 7

69 3 0
                                    

"So, how's your life with Naim?" Soalan Hana membuatkan Adila terbatuk.

"Are you okay, Adila?" Hana menghulurkan air kosong kepada Adila. Adila menyambutnya dan diteguk perlahan lahan.

"Sorry Cik Hana. Cik Hana tanya apa tadi?"

"Hish..you ni! Tak payah la bercik cik. Call me Hana pun dah cukup. You pun dah macam kakak ipar I tau. Eh wait. You muda dari I, so you patutnya jadi adik la kan? But since you dah kahwin dengan Naim, hah! Jadi betullah, you ni ibarat kakak ipar I la."

"Apa maksud cik..ops..sorry..apa maksud Hana ni? Saya tak faham."

"I tahu la hubungan you dengan Naim. You isteri Naim kan? Sorry la. Masa majlis akad nikah you all, I tak datang. Masa tu, I kat oversea."

"Tapi bukan ke awak ni dulu kekasih Abang Naim?" Hana ketawa mendengar soalan Adila.

"Naim kekasih I? Tak sesuai langsung. Kami ni ibarat langit dengan bumi tau. Naim tu bestfriend I. Satu satunya kawan yang I percaya sampai sekarang. Orang kata lelaki dengan perempuan tak boleh bersahabat baik sebab salah seorang akan jatuh cinta. Tapi luckily, we are not. Jadi kata kata tu, tak boleh diguna sangat la kan?"

"You jangan risau lah. Naim betul betul cintakan you. I percaya, you pun cintakan Naim kan? So, why don't you clear up this messy thing with him? I tengok Naim tu asyik bad mood je kebelakangan ni." sambung Hana lagi.

"Herm..Hana, saya minta maaf sebab saya ingat awak ni ada affair dengan Abang Naim. Saya minta maaf."

"Its okay my dear. So, lets be friend? A bestfriend?" Hana menghulurkan tangannya. Adila tersenyum dan menyambut tangan Hana.

"Yup. Sure."

"Yeay! I dapat sorang lagi kawan. By the way, tak sangka teruk juga kalau Naim tu jealous kan? Padahal I tengok you dengan Arif tu bukan rapat sangat pun. Setakat keluar lunch sama sama je pun."

"Orang sayang bini. Macam tu lah." Jawab Adila spontan. Ketawa mereka berdua terletus. Alhamdulillah Ya Allah. Kau permudahkan urusan aku. Terima kasih Ya Allah.

__________

Hari ini merupakan hari last Adila bekerja. Sampai sahaja Adila di rumah, dia cepat cepat membersihkan diri. Adila mahu memasak kesemua makanan kegemaran Naim. Maklumlah untuk memujuk si buah hati. Tepat pukul 8 malam, Naim sampai di rumah. Adila yang sedang menonton tv cepat cepat ke arah Naim. Adila menghulur tangannya untuk bersalam.

Walaupun Naim agak pelik dengan kelakuan Adila, Naim menyambut tangan Adila. Naim terpana dengan tindakan Adila apabila Adila mencium pipinya.

"Selamat pulang abang. Abang, apa kata abang mandi dulu, lepas tu kita makan sama sama ya." Tanpa menghiraukan kata kata Adila, Naim bergerak ke biliknya. Adila agak terasa dengan Naim yang tidak menghiraukannya namun disabarkan hatinya. Naim masih merajuk tu.

Walaupun, Naim agak dingin tetapi suaminya masih lagi mahu menjamah masakannya itu. Itu sudah cukup membuatkan hati Adila gembira.

"Abang, Cuma abang rasa ikan 3 rasa ni. Sedap tak?" Soal Adila. Namun tetap tiada respond daripada Naim.

"Abang kena makan banyak banyak tau. Irene masak semua ni khas untuk abang. Irene tahu abang memang sukakan lauk ni. Mama lah yang bagitahu kat Irene." Adila tergelak sorang. Seperti dia bercakap seorang. Sabar hati. Kau jangan mudah mengalah.

Naim terasa untuk menjawab pertanyaan Adila tetapi bila memikirkan jambangan bunga yang diberikan Arif untuk Adila membuatkan hatinya meluap luap marah. Sungguh dia cemburu. Apatah lagi melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Adila sewaktu menerima hadiah perpisahan itu.

Hye You!Where stories live. Discover now