Sejak kejadian tengahari tadi, keadaan mereka menjadi semakin teruk. Adila mahupun Naim, masing masing terus membisu. Sewaktu makan malam pun, mereka langsung tidak bercakap. Adila dengan dunia dia sendiri dan Naim dengan dunianya sendiri.
"Irene, We need to talk!" Naim mula membuka mulutnya. Adila yang sedang menuju ke bilik, terhenti apabila mendengar arahan Naim.
"Lain kali je la. Irene letih." Adila memberi alasan.
"No excuses!" Tegas Naim. Adila mengeluh. Perlahan lahan dia membuka langkah menuju ke arah sofa yang bertentangan dengan Naim.
"Nak cakap apa?" Soal Adila, 3 perkataan.
"Irene, ada apa apa hubungan dengan Arif ke?" Soal Naim, lembut.
"Tak ada lah. Kawan je." Jawab Adila, malas.
"Tapi abang tengok Irene bukan kemain rapat dengan Arif lagi.." Ujar Naim, seakan akan tidak puas hati.
"Abang ni kenapa? Susah sangat ke nak percaya? Irene rapat dengan Arif tak boleh. Tapi Abang rapat dengan Hana boleh pulak!" Tempelak Adila tetapi dalam nada yang terkawal.
"Abang dengan Hana pun kawan je.."
"Dah tu? Sama je la Irene dengan Arif."
"Tak sama! Abang tahu, mesti ada sesuatu antara Irene dengan Arif!" Tegas Naim.
"Abang ni kenapa? Irene cuma rapat dengan Arif. Tak boleh. Sedangkan Abang rapat dengan Hana, siap bertepuk tampar depan Irene, tak apa. Dah la. Irene dah malas. Irene letih. Irene nak tidur. Malam ni abang tidur sorang sorang! Irene nak tidur kat bilik lama Irene!" Irene cepat cepat menuju ke bilik lamanya. Naim mengejar Irene. Namun, tindakan Irene lagi cepat dengan mengunci pintu biliknya.
"Irene, We haven't finished it yet!" Bertalu talu Naim mengetuk pinti bilik Adila.
"Dah la abang. Tidur lah. Irene dah letih ni. Lain kali la kita bincang." Naim mengeluh. Dengan lesu, Naim membawa dirinya ke bilik. Hampa kerana masalah mereka masih lagi belum selesai.
Adila tidak mampu menahan air matanya daripada jatuh. Maafkan Irene, abang. Irene tahu, Irene berdosa tapi Irene tak mampu nak mengendahkan hati Irene yang sakit sekarang ni. Irene perlukan masa, abang. Maafkan Irene.
__________
Naim bangkit daripada katilnya dengan tergesa gesa. Oh, dia sudah terlambat untuk ke pejabat. Kenapa Irene tidak kejutkan dia? Tergopoh gopoh dia memasuki ke bilik mandi. Mandi dengan ala kadar. Sampai di almarinya, dia capai baju kemeja yang berwarna biru lembut dan dipadankan dengan neck tie yang berwarna hitam.
Naim keluar daripada biliknya terasa hairan. Mana Irene? Langsung tidak nampak kelibatnya. Naim menuju ke arah dapur untuk melihat sama ada Irene ada di situ atau tak. Kelihatan di atas meja terdapat roti sandwich dengan sekeping nota.
'Maafkan Irene. Hari ini Irene pergi sendiri. Abang makan lah sandwich tu. Assalamualaikum.'
Tidak semena mena Naim menggumpal nota tersebut. Nampaknya Irene sudah memulakan perang psychology ke atasnya. Irene benar benar melancarkan mogok ke atasnya. Naim serabut! Sampai bila situasi ini akan berpanjangan?
Adila berpura pura menaip apabila ternampak kelibat Naim. Tidak disangka, hari ini suaminya itu terlambat ke pejabat. Tiba tiba terdetik di hatinya, Naim terlambat bangun atau dia keluar sarapan dengan Hana?
Tanpa memandang Adila, Naim terus membuka pintu biliknya. Hatinya agak terluka dengan tindak balas Adila yang berpura pura menaip. Macam dia tidak tahu Adila mahu mengelak akan dirinya.
YOU ARE READING
Hye You!
RomanceSecara tiba tiba dia dilamar oleh seseorang yang tidak dikenali atas alasan ingin membalas budi arwah neneknya. Kehidupan dia mula berubah namun lama kelamaan terbit bibit bibit cinta di antara kedua-duanya. Pada mula dia malu untuk mengaku namun di...