Part 5

56 2 0
                                    

"Ana, ni saya kenalkan Irene Adila. Dia ni la yang akan ganti awak sepanjang awak cuti bersalin 3 bulan ni." Naim mengenalkan Adila kepada Suzana, setiausahanya.

"Selamat berkenalan." Ujar Kak Na, menghulurkan tangannya untuk bersalam. Adila senyum sambil menyambut tangan Suzana.

"Selamat berkenalan juga." Balas Adila.

"Jadi saya nak awak tunjukkan apa yang sepatutnya Irene buat sepanjang dia di sini, memandangkan cuti awak akan bermula minggu hadapan kan?" Pinta Naim. Suzana mengangguk kepalanya tanda setuju.

"Baiklah Encik Naim. Ada apa apa lagi ke?"

"Lagi satu, awak tolong kenalkan Irene kat semua orang lah. Saya ada hal sikit. Nak jumpa dengan Hana kejap."

"Encik ada date ek? Tak pe Encik, Encik serahkan kat saya je. Nanti saya kenalkan kat semua orang pasal staff baru kita ni. No hal ah Encik!" Adila agak terkejut apabila mendengar kata kata Suzana. Hana? Siapa dia? Kekasih Naim? Naim tak pernah bercerita pun pasal Hana.

"Kalau macam tu, kami minta diri dulu lah. Jom Irene. Saya kenalkan awak pada staff lain dulu." Pamit Suzana, membuka langkah meninggalkan ruang pejabat Naim dan diikuti oleh Adila.

__________

Sungguh hati Adila tidak tenang selagi tidak bertanyakan Suzana perihal Hana. Tak boleh jadi ni, aku nak kena tanya juga pasal Hana ni. Tak tenang aku nak buat kerja ni. Haish!

"Akak, Adila nak tanya sikit. Hana tu siapa? Kekasih bos ke?" Soal Adila, teragak agak.

"Kenapa Adila tanya? Jangan jangan Adila terpikat dengan Encik Naim tu ek? Dah lah Adila. Lupakan. Encik Naim tu dah kahwin sebenarnya." Adila terkejut. Jadi semua staff kat sini tahu yang Naim telah berkahwin.

"Ye ke? Jadi isteri Encik Naim tu Hana lah ye?" Adila buat buat Tanya. Padahal dia lebih tahu siapa Isteri Naim. Nak korek cerita punya pasal.

"Sebenarnya kami kat sini tak tahu pun siapa isteri Encik Naim. Yang pasti dia bukan Hana. Akak pun hairan sebenarnya. Padahal dulu, Encik Naim tu rapat dengan Hana. Selalu keluar sama. Tup tup Encik Naim kahwin dengan orang lain. Senyap senyap pulak tu." Jelas Suzana.

"Macam mana pula akak boleh tahu yang Encik Naim dah kahwin?" Soal Adila lagi.

"Hari tu, akak terdengar Encik Naim bercakap dengan ayah dia, Encik Hassan. Dorang ada sebut nama isteri Encik Naim tapi akak tak pasti. Yang akak pasti, bukan Hana." Adila mengangguk angguk kepalanya sambil mulutnya membentuk seakan akan huruf 'O'.

__________

"Kak Ana, Jom makan. Takkan buat kerja lagi kot? Time lunch kot! Bidadari yang kat sebelah sana tu pun, jom la join.." Arif mula membuat perangai gila dia. Adila sedikit tercengang dengan kata kata Arif. Bidadari? Siapa? Aku ke?

"Hish! Kau Arif! Mula la tu nak mengayat pekerja baru. Perangai tak ubah ubah. Jom la Adila. Kita pergi makan. Tak payah layan sangat Arif ni." Suzana mengambil tas tangannya dan diikuti oleh Adila. Mereka membuka langkah meninggalkan Arif keseorangan.

"Hei..tunggu la dulu. Mana boleh tinggal saya yang hensem ni. Helloooo!! Koranggg..." Jerit Arif bila mereka berdua tidak mengendahkan Arif langsung. Berlari lari Arif pergi mendapatkan mereka.

"Teruk betul lah korang ni." Rungut Arif, setibanya dia di hadapan lif bersama Suzana dengan Adila.

Arif dan Suzana mengambil keputusan untuk makan tengahari di restoran yang berhadapan dengan pejabat sahaja. Adila hanya mengikut kehendak mereka memandangkan dia belum lagi mengetahui selok belok kawasan di situ. Setelah sampai di restoran berkenaan, mereka terus menuju ke arah lauk pauk yang disediakan.

"Jadi, nama awak Irene Adila kan? Panggil awak apa? Irene ke Adila? Atau saya boleh panggil awak sayang?" Gurau Arif. Suzana yang duduk bersebelahan Adila hanya menggeleng kepalanya. Perangai nak mengayat tak habis habis!

"Awak panggil je Adila."

"Umur awak berapa?"

"Dah 22 tahun."

"Muda lagi. Dah ada pakwe?" Soal Arif tanpa teragak agak. Adila agak tersentak dengan soalan Arif.

"Pakwe? Saya tak pernah pun kapel. Tapi..."Belum sempat Adila menghabiskan ayat dia, pelayan datang menghantar air minuman yang disorder oleh mereka.

"Sorry..awak kata apa tadi?" Tanya Arif usai pelayan itu pergi.

"Hish! Kau ni Arif. Dah dah lah mengayat. Kesian Adila. Nak makan pun tak senang." Tegur Suzana. Adila hanya tergelak melihat wajah Arif yang terkulat kulat.

"Tak sporting la Kak Ana ni." Arif mencebik. Sampai kesudah dia mendiamkan diri daripada bercakap. Mengajuk lettew!, desis Suzana.

Genap pukul 2, Suzana dan Adila berada di meja mereka. Adila asyik memandang ke arah bilik Naim. Macam tak ada orang. Tak balik pejabat lagi ke?

"Akak, Encik Naim tak balik lagi ke? Lama betul. Daripada pagi tadi lagi keluar." Soal Adila.

"Biasa la tu Adila. Mungkin banyak la kot urusan yang nak kena bincang dengan Hana tu."

"Hana tu kerja sebagai apa, Kak Ana?"

"Ayah dia ada syarikat sendiri. Mereka memang selalu buat projek kerjasama. Ayah Hana dengan Encik Hassan tu memang kawan rapat, jadi secara tidak langsung, Hana dengan Encik Naim pun rapat." Terang Suzana. Adila makin rasa tidak sedap hati apabila mengetahui semua itu. Naim dengan Hana memang ada apa apa ke? Atau mereka hanya berkawan rapat?

__________

Naim semakin menyedari perubahan yang melanda Adila. Makin senyap. Sudah hampir sebulan hubungan mereka begitu. Sungguh Naim tidak tahu apa yang menyebabkan hubungan mereka menjadi dingin. Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dijawab. Naim buntu.

"Irene, Irene keluar lunch dengan siapa? Jom kita lunch sama sama", ajak Naim. Belum sempat Adila menjawab, datang seorang perempuan yang berbaju kemeja lengan panjang dan berseluar slack dengan rambut paras bawah bahu datang.

"Naim, jom teman I lunch!" Adila tergamam melihat perempuan yang mengajak suaminya makan itu. Herm, cantik!

"Eh, Hana. You buat apa kat sini?" Soal Naim, terkejut. Jadi ini rupanya Hana. Cantik. Elegan. Sesuai dengan Naim berbanding diri aku ni. Dah la pendek. Hana pula tinggi. Pandai bergaya. Adila mula membandingkan dirinya dengan Hana.

"Kebetulan I lalu dekat kawasan ni, So I singggah lah kat sini terus. Oh ya! Si manis ni siapa?" Soal Hana, apabila menyedari kelibat Adila di meja setiausaha Naim.

"I kenalkan, ini Irene Adila. Setiausaha sementara I." Naim memperkenalkan Adila.

"Oh ya! Ana kan dah nak bersalin. Auww! Tak sabarnya I nak tengok baby dia. Mesti comel. Eh, by the way, Im Hanani. Just call me Hana. Nice meeting you." Hana menghulurkan tangannya sambil tersenyum manis.

"Nice meeting you too." Balas Adila, menyambut tangan Hana.

"Adila, Jom lunch" Tiba tiba datang Arif mencelah. Entah dari mana dia datang, tiba tiba muncul di situ.

"Amboii..Arif, You ni kan memang cepat kan! Asyik nak masuk line je." Hana bersuara. Arif tersengih. Adila mula rasa tidak selesa. Daripada tadi, Naim tidak lepas memandang dirinya.

"Sekali sekala Hana. Mana tahu Jodoh I." Gurau Arif. Hana ketawa. Adila dan Naim saling berpandangan. Masing masing merenung tajam antara satu sama lain.

"Nak try boleh tapi jangan tersalah try isteri orang dah la ye." Hana ketawa dengan gurauannya sendiri. Adila tersentak dengan kata kata Hana.

"Ala..you pun sama. Suami orang tu. Karang tak pasal pasal you kena serang dengan bini dia, baru tau." Ketawa Arif dan Hana bergabung. Mungkin kelakar bagi Hana sampai dia menampar lembut bahu Naim. Adila terasa makin panas dengan tingkah Hana. Melampau!

"Jom Arif. Kita lunch. Maafkan kami ya, Encik Naim, Cik Hana. Kami minta diri dulu." Pinta Adila. Dia tidak sanggup berlama di situ. Cemburu dia makin meluap luap tika itu.

Hye You!Where stories live. Discover now