Shownu segera menuju ke dapur bagi menyediakan makanan untuk Cik Jiae. Semasa Shownu menuang sup ke dalam mangkuk secara tidak sengaja mangkuk yang dipegang terjatuh. Shownu tergamam dan tangannya mula menggeletar.
-----
Beberapa hari sudah berlalu, Jiae mula menjalankan kehidupannya seperti biasa. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk tidak mengetahui lagi tentang perihal Lee Minhyuk.
Semasa Jiae sedang mengulang kaji datang seorang pelajar lelaki dihadapan meja Jiae.
"Jiae-ssi." tegur pelajar itu. Perbuatan Jiae terhenti apabila mendengar suara milik pelajar itu. Dia mula mengambil nafas sebelum menghadap pelajar yang sedang berdiri dihadapannya.
"Nae, Minhyuk ssi." balas Jiae sambil memberikan senyuman yang tidak ikhlas.
"I'm sorry. Saya boleh jelaskan semuanya. Ni semua bukan keputusan saya tapi ibubapa saya yang putuskan semuanya. Saya tak tahu apa-apa pun. Saya dipaksa." terang Minhyuk dengan riak yang penuh jujur dan harapan supaya Jiae percaya akan dirinya.
"Ha. Ha. Ha.Wow! Saya rasa macam drama sekarang. Macam nilah Minhyuk ssi. Saya tak kesah dengan semua tu. Sebab apa? sebab saya tak kenal awak. Dan rasa menyesal pun ada bagi masa saya untuk bercinta dengan awak. Oh one more thing. Congratulation. I have to go." Jiae terus mengemas barang-barangnya. Semasa Jiae hendak keluar dari kelas. Dia terserempak dengan Shownu dan Kihyun. Mereka bertentang mata beberapa saat sebelum Jiae meneruskan perjalanannya.
Minhyuk terus melangkah keluar apabila panggilannya tidak disahut oleh Jiae. Akan tetapi langkahnya terhenti apabila Shownu menarik lengannya.
"Do you know how much you kill her? Saya cuma nak minta satu je. Jangan ganggu Joeanna-ssi. She need a space." kata Shownu dan berlalu pergi.
----
Tamat saja sesi persekolah, Jiae terus melarikan diri daripada Shownu serta pemandu peribadinya. Dia tidak larikan diri cuma dia perlukan ruang untuk bersendirian. Tanpa pengetahuan Jiae, Shownu memerhati Jiae dari jauh apabila mendapat tahu Jiae tidak pulang dengan menaiki kereta. Jiae tidak perasan akan kehadirannya kerana tempat itu penuh dengan orang awam yang lalu lalang.
Jiae memberhentikan langkahnya lalu memeluk lututnya ditengah-tengah laluan. Shownu pula hanya memerhati. Dia hanya membiarkan saja kerana dia tahu itu saja yang boleh buat Jiae melepaskan tangisannya setelah beberapa hari memendam.
Tak lama kemudian, Shownu melihat sekeliling dan satu papan tanda menarik perhatiannya apabila melihat papan tanda itu seperti hendak tercabut dan benda yang membimbangkan adalah benda itu betul-betul berada di atas Jiae yang sedang duduk memeluk lutut. Orang- orang yang lalu lalang tidak perasan akan papan tanda tersebut.
"Cik Jiae!" Shownu terus menolak Jiae sebelum papan tanda itu betul-betul jatuh tepat pada Jiae tetapi kepala Shownu menjadi mangsa.
"Shownu!" Jiae terkejut apabila melihat Shownu sudah terbaring dan badannya terhimpap dengan papan tanda. (okay, papan tanda saiz dia tak besar sangat just stardard)
"Shownu! Are you okay?" tanya Jiae dengan risau.
"Cik Jiae okay? Cik Jiae tak cederakan?" tanya Shownu tanpa menghiraukan kecederaannya.
"Yah! Jangan risau pasal saya boleh tak?!" Tanpa membuang masa Jiae terus menelefon ambulans.
----------
TBC
YOU ARE READING
[C] Begging You ; Shownu Monsta X [Malay Fanfic]
Romance"Semua berubah sejak......" Kisah seorang gadis berkacukan Canada yang pulang ke Korea iaitu tanah air ommanya. Seorang bodyguard yang setia melindungi gadis itu dan berjaya mengeluarkan gadis itu dari dunia kegelapan yang dialami. "I'm begging y...