"Welcome to your house."
"Ni bukan rumah saya." kata Hyunwoo sambil menggeleng.
"I know. Tapi Hyunwoo sekarang dibawah tangunggajawab saya. Dan sekarang Hyunwoo kena panggil saya appa."
"Jinjjah?!"
"Yeah. Hyunwoo suka?" Hyunwoo terus mengangguk laju.
"Oh, lagi satu. Sekarang Hyunwoo adalah Shownu Choi dan Bukan Sohn Hyunwoo."
-----
Setelah selesai membuat beberapa proses pengambilan anak angkat. Mr Siwon mula meletakkan Hyunwoo perlahan-lahan diatas katil supaya tidak Hyunwoo tidak terjaga. Hari sudah lewat malam.
Dia mengusap rambut Hyunwoo dengan penuh kasih sayang. Kesian Hyunwoo yang hidup sebatang kara. Dia pun bangkit dan menuju ke meja kerja. (btw time ni Mr Siwon stay dekat hotel)
Dokumen data peribadi Hyunwoo dibuka. Sungguh ringkas. Tiada langsung data-data saudara mara. Heechul kata lepas je kejadian kemalangan yang menimpa keluarga Hyunwoo, Hyunwoo terus menghidap penyakit misteri iaitu hilang deria tetapi dia akan jadi lemah apabila terkena hujan.
Dan sejak itu, hidup Hyunwoo kembali normal tetapi dengan personaliti yang baru iaitu Shownu.
-----
Kembali realiti,
Jiae terdiam dan memandang Mr Siwon.
"Jadi appa kenal Shownu sebelum Jiae?" Mr Siwon mengangguk.
"Sebab tulah appa tak risau dengan keselamatan Jiae. Appa percaya yang Shownu akan jaga Jiae macam mana dia jaga appa masa appa di Korea." balas Mr Siwon sambil mengusap rambut Jiae.
"Dan appa takkan senang -senang serahkan anak gadis appa dekat orang sebab appa dah janji dengan omma yang appa akan jaga Jiae sebaik yang mungkin."
-----
Pada keesokkan hari, Jiae mendengus geram apabila dipaksa untuk pergi ke sekolah. Dia kalau boleh taknak datang sebab nak jaga Shownu. Tapi Heechul sudah memberi amaran supaya pergi ke sekolah. Bukan dia taknak melawan.
Cuma dia tak tahan dengan bebelan Heechul bila melawan. Kalah ahjumma dekat rumah tu. Macam mana lah appa boleh ambil Heechul tu bekerja. Tak penat ke dengar dia bebel je.
Tiba saja dikelas, Jiae terus menuju ke meja Kihyun. "Awak kawan baik Shownu kan?" Kihyun yang sedang menulis terkejut apabila Jiae menegurnya buat pertama kali. Agak janggal disitu.
"Yeah." balasnya sambil menggaru kepala.
"Lepas habis sesi persekolah. Saya nak jumpa awak."
"Oh, sure. Tapi boleh saya tanya sesuatu? Shownu mana?" Jiae hanya mendiamkan diri.
"Okay, class!" tepat pada masanya. Guru Mathematic sudah masuk. Jiae terus kembali ketempatnya.
-----
Setelah tamat sesi persekolahan, Jiae menunggu Kihyun ditempat yang telah dijanjikan.
"Mianhae, I'm late."
"It okay. Jom kita pergi cafe berdekatan." mereka berdua pun menuju ke cafe yang berdekatan.
Setelah menerima pesanan. Kihyun memulakan biacara.
"Kenapa Shownu tak datang?"
"Dia ada dekat hospital." balas Jiae dengan nada yang agak perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Kihyun.
"Macam mana dia boleh masuk hospital?" Kihyun terkejut dengan jawapan Jiae.
"Sebab-- sebab diaa--" Jiae tidak dapat menjawab soalan itu. Dia rasa bersalah sangat sebab sampai sekarang Shownu masih tidak sedarkan diri.
"Hey, Jiae what's wrong." Kihyun mula gelabar apabila melihat Jiae menangis.
"He try to protect me until he can't make himself to wake up until now." balas Jiae.
"Calm down Jiae. Awak jangan risau. Saya yakin Shownu akan sedarkan diri. Dia kuat." Kihyun cuba meyakin Jiae.
"Macam mana awak tahu dia kuat? Awak yakin ke dia akan sedarkan diri. Macam mana kalau dia tak boleh."
"Jiae! Awak tak sepatutnya cakap macam tu. Saya yakin sebab saya dah lama kenal Shownu. Dia seorang yang kuat dan istimewa."
"Maksud awak??"
-----
3 tahun yang lalu,
"Pelajar semua. Ambil perhatian. Hari ini kita akan ada pelajar baru. Jadi saya harap kamu dapat beri tunjuk ajar yang baik kepada pelajar baru."
"Annyeong. Shownu Choi imnida." Kihyun yang memberikan perhatian sepenuhnya mula tersenyum gembira. Dia suka dapat kawan baru.
----
"Hai! Saya Kihyun." Kihyun mula menegur Shownu apabila melihat Shownu berehat dibawah pohon.
"Hi." balas Shownu biasa.
"Kau dari sekolah mana?"
"Huh? Aku tak sekolah." balas Shownu sambil makan sandwich yang dibawa dari rumah.
"Habis macam mana kau belajar sebelum ni?"
"Homeschooling." balas Shownu ringkas.
"Woah. Maknanya kau orang kayalah kan?"
"Tak? aku tak kaya yang kaya appa aku."
"Sama lah tu. Oh lupa pula. Boleh kita berkawan?" kata Kihyun sambil menghulur tangan. Shownu memandang tangan dan muka Kihyun. Dengan perlahan-lahan dipun menyambut tangan Kihyun.
-----
Seminggu sudah berlalu, Kihyun dan Shownu semakin rapat. Hampir setiap hari mereka meluangkan masa bersama.
Suatu hari, Kihyun dan Shownu berjalan menuju ke tempat biasa mereka. Tetapi mereka ditahan dengan beberapa orang sunbae.
"Hey! Lalu sini kena bayar tol dulu."
"Maaf, sunbae. Duit saya dah habis." balas Kihyun takut. Shownu yang berada disebelah hanya mendiamkan diri.
"Aku taknak dengar alasan. Yang aku tahu, aku nak duit!"
"Saya takda duit."
"Kalau kau takda duit. Kau kena terima ni!" Salah seorang sunbae mula menumbuk perut Kihyun. Shownu yang dari tadi memerhati mula hilang sabar. Dia mula menumbuk semua senior.
"Shownu belakang kau!" Kihyun terus memberi amaran apabila salah seorang senior siap sedia untuk memukul Shownu dengan alat pemadam api. Tetapi semua itu sudah terlambat apabila Shownu sudah terbaring dengan darah yang mula mengalir keluar.
Pelajar senior semua lari lintang pukang apabila melihat keadaan Shownu.
"Yah- Shownu!" Kihyun mula risau.
"Aku okay. Cuma kena lap je." balas Shownu sambil mengesat darahnya dan berlalu pergi. Kihyun berada disitu sudah menjadi patung. Biar betul! Kena alat pemadam api tu bukannya penyapu!
"Shownu!" Kihyun terus mengejar Shownu.
----
"Lepas je benda tu berlaku, semua kembali normal dan ramai orang tak berani nak kacau kitaorang. Saya pun rasa gembira dan selamat bila berkawan dengan dia. Dan kalau awak nak tahu, Shownu seorang yang genius. Dari permulaan disekolah dekat sini sampai sekarang tiada siapa yang berjaya mengalahkan Shownu."
"Dan sebab tulah dia dapat jadi President Student." kata Kihyun dengan penuh bangga. Jiae yang mendengar mula mengangguk-angguk.
"Alamak. Saya dah terlambat. Saya kena pergi dan ni tolong sampaikan dekat Shownu ye. Dan pesan dekat dia esok saya datang melawat." Kihyun terus pergi setelah menyerah sebuah bungkusan besar kepada Jiae.
------
TBC
YOU ARE READING
[C] Begging You ; Shownu Monsta X [Malay Fanfic]
Romance"Semua berubah sejak......" Kisah seorang gadis berkacukan Canada yang pulang ke Korea iaitu tanah air ommanya. Seorang bodyguard yang setia melindungi gadis itu dan berjaya mengeluarkan gadis itu dari dunia kegelapan yang dialami. "I'm begging y...