Bab 1

691 50 5
                                    

----------------------------------------------------------------

Air mata Adira mengalir laju keluar. Dia hanya mampu berdiri tegak tidak mampu langsung dia untuk bergerak. Gelak tawa gadis dihadapannya menambahkan ketakutan pada dirinya. Gadis dihadapannya senyum melihat Adira sambil memegang bilah pisau yang berlumuran darah. Terbaring di atas lantai ialah kakak dan ibunya. Ibunya yang masih lagi hidup, masih lagi boleh mengesot. Perlahan-lahan mengesot kearah Adira.

"Adira lari..lari sayang lari!"

Dam! Kepala ibunya dipijak gadis genit yang memegang pisau terbabit. "Diam la mangkuk!" Dia terus memijak. Ibunya mengerang sakit. Gadis itu ketawa kemudian perlahan-lahan dia mendekati Adira.

"Adira sayang, kenapa menangis ni?" ucap Gadis tersebut sambil mengesat air mata yang jatuh di pipi Adira.

"Ke..ke..kenapa..?"

"Sebabnya aku kan kau. AHAHAHAHAH"

<><><><><><><><>

Rafiq melangkah berat menuju ke sekolah. Sepanjang perjalanan sudah berapa kali dah dia mengeluh. Mengeluh tentang kehidupan barunya disini. Mengeluh tentang motornya yang tiba-tiba rosak. Malah dia mengeluh untuk kembali ke sekolah. Untuk orang macam dia, bila dah tak layak masuk U, stpm pun jadilah walaupun setahun setengah jadi pelajar sekolah. Separuh kaki masuk universiti dah kata orang.

Rafiq memerhati gelagat budak kelasnya. Antara mereka ada yang sudah lama kenal sama sendiri. Maklum la kot sejak dari form 1 hingga form 6 belajar sekolah yang sama. Dia pula baru je masuk dan baru je pindah ke negeri ni. Sedikit sebanyak perbezaan loghat membuat kan Rafiq rasa seperti tak leh nak masuk dengan member kelas.

Dalam asyik memerhati, Rafiq tertarik dengan seorang gadis. Perempuan ni duduk di kawasan sudut kelas. Mukanya cantik, ayu, manis namun menghairankan bila tak ada satu orang pun yang bersembang dengannya. Mungkin budak ni pun macam dia. Baru sahaja pindah. Itulah tanggapan awal Rafiq pada mulanya.

Rafiq cuba merapati gadis tersebut. Dia mengambil tempat duduk hadapan meja gadis tersebut. Tempat duduk ini kosong begitu juga tempat duduk sebelah gadis ini. Hairan kenapa gadis ini duduk tempat yang terasing.

"Er..hi...boleh saya tanya sesuatu." tanya Rafiq.

Gadis tersebut pandang wajah Rafiq. Mukanya seakan tidak senang dengan kehadiran Rafiq. Dia gelisah. Rafiq perasan. Rafiq cuba memberi kan senyuman. Dia fikir dengan senyuman kegelisahan gadis tersebut akan mereda. Itu dia fikir. Namun tak macam dia fikir, gadis itu bangun lalu terus keluar dari kelas. Rafiq sudah berkerut muka. Aih, kenapa dengan dia ni?

"Bro boleh aku cakap dengan kau?"

Rafiq dikejut kan dengan suara yang datang dari belakangnya. Dia memusingkan kepala. Dilihat seorang lelaki berdiri tegak dengan wajah seperti ingin cari gaduh.

"Boleh." jawab Rafiq. Ini mesti kes jangan kacau awek gua nih. Sebab tu la kot awek tadi takda orang nak bercakap pun. Kaki konkong. Jantan sundal. Balak tak guna. Macam-macam perkataan lain yang keluar dari pemikiran Rafiq.

"Aku tak nak hang teguq perempuan tu lagi." lelaki itu memberi amaran. Kan dah kata.

"Kenapa?"

"Hang akan menyesal."

Rafiq buat muka piss off. Dia bangun dari kerusinya. "Well kalau macam ni la sikap kau, alamatnya mati kesunyianla awek kau tu. Cemburu tak bertempat." balas Rafiq.

"Tu bukan awek aku."

"Habis tu? Ke kau minat kat dia?"

Lelaki tersebut mengeluh. "Baiklah, bukan aku tak bagi amaran kat kau. Nanti kalau apa-apa jadi, kau jangan menyesal pulak." ujar keras lelaki tersebut sebelum dia terus berjalan keluar dari kelas. Tak sempat untuk Rafiq menanyakan soalan.

Dewi PersonalitiWhere stories live. Discover now